Gigi ni dah berapa kali ditampal ganti tampal lagi. Doktor terakhir dah cakap elok dicabut tapi aku nak pertahankan gigi tu jugak. Atas alasan aku fikir jika dicabut satu gigi ni mulalah berjangkit ke gigi2 seterusnya. Maklumlah gigi geraham. Nak kunyah2 pakai gigi ni. Tapi lama dah aku tak mengunyah guna gigi sebelah kanan ni. Sebab kalau silap gigit, ada masa2 memang ngilu.
Nak jadi cerita Rabu malam Khamis aku menghisap lozenges. Sebab aku sakit tekak dan batuk jadi lozenges aku makan last sekali. Kan kalau hisap dia lidah semua akan kebas. Hisap2 punya hisap dia gerak ke gigi kanan. Aku pun dah mula.rasa ermmmm....lozenges ni kan manis juga. Gula2 batuk la. So bila dah manis dan duduk je kat gigi kanan tu memang mengundang la. Lagipun dah berapa hari aku menghisap lozenges. Tapi kali ni nak jadi kisah dia jadi trigger sakit gusi gigi geraham bongsu ni.
Ok gigi aku semua dah lengkap tumbuh. Tapi masa gigi ni tumbuh aku kegatalan jadi selalu main2 dengan lidah. Jadi dia tumbuh tak elok. Dia jadi berlubang dan makanan selalu lekat kat situ. In the end memang kena tampal. Lama2 tampalan makin besar setiap kali aku renew tampalan. Itu yang doktor suruh cabut je. Tapi aku tanakla kan.
Tapiiiii disebabkan lozenges ni.. nak jadi asbab la kan...gigi aku start sakit berdenyut2. Khamis tu ada helper datang rumah. Nak taknak aku kena tunggu dia buat kerja. Aku masih boleh bertahan. Tapi makin lama makin sakit. Tak boleh tidur lena dah. Jumaat makin bertambah sakit jadi laki siapkan appointment dengan Klinik Pergigian Zakwan area Kinrara 5 jam 5.30 petang.
Jadi aku pergilah sorang, laki bawak anak jalan2. Tunggulah dalam klinik nak jam 5.50 baru masuk kot. Doktor yang merawat ialah Dr. Hazizi. Dia cek kata ni saya cadang buat root canal atau cabut je. Tapi root canal susah sebab jauh kan gigi belakang. Jadi dia cadang korek sikit bahagian tampal dan masukkan ubat. Tapi last2 dia trim gigi tu supaya tak bergesel dengan gigi atas bila nak mengunyah. Sebab nak cabut masih sakit. Ok aku pun dah dapat ubat tahan sakit semua dengan harapan akan kurang sakitla...
First aku makan ubat ponstan tu gigi kurang sakitlah. 2nd time makan dah tak jalan. Aku pun sampai menangis2 la malam tak leh tidur. Berjam2 sakit. Orang kata sakit gigi sakit no 2 lepas beranak. Aku rasa sakit gigi nombor 1 la. Sebab beranak aku czer. Ok lain orang lain rasa sakit dia. Tapi sakit gigi aku kali ni lain macam. Terlalu sakit. Nangis tu untuk kurangkan tekanan sakit tapi tak jalan la.
Esok hari Sabtu tu aku bangun2 je aku minta laki call klinik aku nak cabut dan dan tu jugak. Sebab aku dah tak tahan aku takleh tidur. Ok laki call klinik dan diorang suruh datang jam 10.
Aku terus siap2 sebab masa tu dah nak jam 10 pun. Sampai2 sana kena tunggu jap sebab ada patient ke aku tak tahulah tiba2 keluar seorang budak lari2 ke tandas. Kemudian jam 10 camtu aku masuk.
Diorang semua memang ingat akulah. Semalam baru datang. Tak sampai 24 jam datang lagi. Doktor cek sekali lagi dan usik2 gusi dengan peralatan dia tanya sakit tak. So bila sentuh gusi gigi bawah tu memang sakit lah.. dia tanya aku apa nak buat? Nak saya masukkan ubat ke? Aku cakap in the end kena cabut jugak kan. Sambil mulut tu mengepit sebab dah sakit gila nak cakap pun susah. Dia kata aah kena cabut juga cuma kalau sekarang sakitla kalau cabut sebab tengah sakit. Wehsss aku takleh bayang nak tunggu berapa hari pulak aku nak kena tahan... semalam pun aku marah2 diri sendiri kenapa bodoh tak teruskan je dengan cabut. Aku macam nak ambik playar je nak cabut gigi tu terus.
So aku proceed nak cabut dan doktor tanya aku dah makan ke? Memang belum makan sebab takleh kunyah apa...so dia risau dia minta pembantu klinik belikan Milo ais untuk aku. Wehs first time kot klinik gigi bagi patient minum air Milo sebelum cabut. Dia kata takde gula nanti aku gigil pulak. Sebab tanak jadi apa2. Jadi precautions la kan. So lepas aku minta untuk dibius sikit aku pun minum Milo tu. Lama gak nak tunggu ubat bius tu berkesan. Aku tengok jarum dia punyalah panjang... pedih sikit2la masa kena suntik kat gusi tu. Kalau kau jenis penakut tengok jarum baik tutup mata je. Tiba2 aku rasa macam dalam movie pulak...dentist punya alatan kan memang banyak.
Sementara tunggu aku kebas sampai area bibir, doktor Hazizi cek gigi2 lain. Aku pun dalam hati cakap doktor ni mulalah kan nak suruh aku datang lagi untuk buat rawatan gigi lain pulak. Amboiiii... tapi aku tak prejudis. Doktor ni sangat lemah lembut. Masuk bilik je dia bagi salam. Lidah dia selalu diucapkan Insyaallah...semua perkataan yang baik2. Everytime pun dia suruh mention jika aku sakit bila dia sentuh mana2 area gigi dengan peralatan dia tu.
Siap bius dah sampai ke bibir maka startla...mula2 prosedur biasa je. Tapi dia rasa macam agak payah. Berapa kali dia cuba cabut dan tak berjaya. Aku tengok playar dia pun, aku cakap cepatlah settle. Sakit one time ni sudahlahhhhh. Jadi dia cadang nak buat xray nak tengok apa kedudukan gigi ni...
Maka aku pun kena xray lah..xray gigi. Aku dipakaikan baju khas. Baju tu macam baju perisai. Agak berat. Pembantu dia terus pakaikan atas baju aku je. Kemudian dia letak sejenis alat untuk aku ketap gigi sebelum dia buat xray. Aku kena pegang alat tu sebab diorang semua keluar tinggalkan aku sorang. 2 saat je tapi radiasi xray kan bahaya. Jadi aku tutup mata masa dia tekan butang dari luar pintu bilik.
Siap xray tengok kedudukan gigi tu akarnya senget. Sebab tu payah nak cabut. Jadi dia kata kena buat surgery. Nampaklah gigi tu dah berlubang. Sebab yang tampalan je dapat cabut tadi. Nampak juga kehitaman pada akar gigi tu sebab tu kena cabut je.
So doktor duduk dan cerita pada aku pasal prosedur. Kalau aku tanak dia akan cucuk ubat dalam gigi je dan tampal balik. Aku terus tanya je..kos dia berapa? Sebab laki aku bagi cash RM100. Memang ada debit kad tapi kalau tak cukup amaun kad tak guna jugak. Laki aku memang letak aku kat klinik dan layan Aqlan makan. So aku buat keputusan sendiri jelah. Nak tanya dah tak kuasa sebab aku dah sakit sangat. Macam antara hidup dan mati. Doktor cakap tak kurang RM500 la. Paling tinggi RM700. Aku kata ok je. Aku dah nampak duit untuk beli mesin jahit tepi akan digunakan. Nasib tak beli lagi kan. Allah dah tentukan ni. Aku tanak kos jadi sebab aku nak stopkan semua prosedur cabut gigi ni. Ye aku tak bekerja dan laki aku baru je bulan pertama kerja baharu. RM500 tu banyak tapi aku fikir aku shopping2 pun kadang2 sampai jumlah tu. Bukan selalu ye sebab aku suka simpan duit. Dan bila nak shop till drop tu memang habis..so duit nak beli mesin jahitlah kena korbankan.
Maka mulalah prosedurnya. Mula2 doktor kata dia kena belah dua gigi aku ni. Sebab keras sangat. Cabut2 tanak tanggal. Akar gigi geraham kan 2. Belah 2 dan satu2 aku ditarik keluar. Ya Allah masa tampalan tu dicabut pun sakit ni nak cabut sampai ke akar 2x. Memang aku ada mengaduh jugalah. Aku tengok dia cucuk lagi sekali jarum bius tu. Penyuntik dia panjang lagi dari sebatang pensil panjang tu. Bleeding tak banyak sebab all the time sedut guna suction tu. Dari suction biasa aku dengar dia minta pembantu gunakan surgery suction. This is big matters guys!
Dalam hati aku tak putus2 doa minta pada Allah mudahkan prosedur ni. Maka aku tengoklah doktor guna drill untuk belah gigi aku ni jadi 2. Ko boleh bayangkan tak aku nampak semuanya. Bila sakit sangat je baru aku tutup mata. Tapi mostly sakit sebab peralatan tajam tu cam menghiris2 kulit aku. Tapi drill gigi? 2 ke 3 kali kot. Kemudian cucuk bius lagi. Sebab yeah aku makin rasa sakitnya. Aku siap berbisik...Gigi sampai sini je khidmat kau..kau kena pergi. Aku perlu sihat untuk mudah beribadah. Aku nak ngaji dan takmo kesakitan ni mengganggu. Jadi please go. Ya Allah aku teringat pulak kes2 orang yang buat surgery dan mati. Aku belum sedia nak mati banyak lagi aku tak buat...kan mulalah fikir macam2. Ngerinya macam czer nak beranak dulu.
Kemudian bila separuh gigi pertama dapat dicabut aku lega. Sakit weh..tapi doktor tu selalu bercakap2 dengan aku. Gigi aku terlampau keras. Masa tu dah sejam lebih aku dalam bilik. Dengar2 ada patient lain yang ada appointment jam 11 kena tunggu. Tak tahu jam berapa nak keluar. Rasa beranak pun kejap kot. Bila yang kedua dah boleh dicabut keluar aku pun macam ok....dahla tempat aku baring duduk tu memang boleh terus direct nampak jam. Aku tengok je masa berlalu...dah 11.30 kot ke lebih.. kemudian kena xray balik. Nak tengok semua yang nak dicabut tu dah habis ke. Aku tengah pening2 lalat kena bangun weh sebab kerusi xray belah lain. Tadi bangun ok lagi. Ni dah macam tak mampu. Ok tangkap dan tengok. Semua dah habis cabut. Doktor terangkan.. so dia trim mana2 patut. Kasi bulat...dannnnnnnn dijahit. Ok 3x bekas tapak gigi dijahit. Aku tengok je dia masukkan benang. Dan simpul jahit. Mula2 sekali. Pastu eh ada lagi..pastu eh kali ketiga dia cakap nak pastikan betul2 elok. Jahit tak rasa apa tapi tengok benang...alatan jahit tu..ermmmm....
Siap semua dia masukkan kapas untuk serap darah. Aku rasa prosedur surgery ni hampir 2 jam la. Aku keluar dan tunggu kat sofa, staff dia bagi minum Milo ais lagi. Hehe. Muka aku dah bengkak2. Aku pun text laki lah. Nak bayar pakai kad debit aku ke. Hehe. Pastu laki cakap jangan dia nak guna kredit kad dia. Oklah jadi aku tunggulah dua beranak tu datang. Aqlan macam biasa senyum2 dan bawak mainan doktor2 dia.
Pain killer lagi kuat dari Ponstan. Doktor tak caj ubat2 dah. Yang caj tadi tu untuk surgery je. So aku dapat juga ubat kumur dan satu tiub kecil ubat gigi lagi. |
Siap semua kami pun balik. Cerita seterusnya proses pemulihan la pulak. Dah panjang bebeno rasa type ni. Makan pain killer la. Kalau tak mahu aku nangis lagi lepas kesan ubat bius habis.
Ya Allah anis...baca je pun sambil ak tutup2 telinga..boleh? terbayang ngilu bunyi machine2 tu semua... seramm nya wei!! siyes takotttt! so camner skrang???
BalasPadamOk je sekarang sebab dah 9 bulan berlalu. Hahah baru nak jawab. Eso lepas prosedur tu aku menangis macam orang gila bila ubat bius habis. Sakit sangat2 tak tahu nak cakap. Aku turun naik tangga masuk keluar bilik...macam kucing nak beranak kekdahnya.
PadamSkrg hari ke4 sy lps operate. Sdg tersiksa skrg.
BalasPadamEh memang sakit kalau operatr gigi ni..rasa beranak pun tak sakit lama camni.
Padamberapa hari ye boleh sembuh atau dah tak rasa sakit lagi? huhuhu boleh makan sedap2..sekarang tengah dalam dilema samada nak cabut atau tak
BalasPadamSeminggu kot. Sebab lepas tu jumpa doktor untuk buang benang jahit kat gusi tu. Pelik sikitla nak makan takde gigi sebatang. Hehe.
PadamSetuju. Saya hari ni hari ke-3 lepas operate. Ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu. Bersalin 3 org anak pun boleh tahan lagi tanpa painkiller. Berapa lama akak tunggu sampai betul2 sembuh?
BalasPadamBetul2 sembuh tu ikut kekuatan masing2 tahan sakitla..berdenyut kepala tu jangan cakap..kerja rumah pun tak boleh buat..dah la lepas tu buat check up diri tu pregnant so menambah pulak dengan morning sickness.
PadamKak , hri ni hri kedua sy operate gigi tu , sy kena jahit . Nk bkk jahitan tu dye bius x kak . Sakit x
BalasPadamLepas seminggu dia akan buka jahitan. Takde bius ok. Tapi tak sakit pun..dalam tempoh sebelum buka jahitan tu ada benang yang mereput sebab kita kan makan minum.
PadamSaya baru lps operate wisdom tooth masuk harini dah hari ke enam bekas tempat kena jahit still sakit. Risau pulak.
BalasPadamPercayalah dah cabut benang esok memang lega. Gigi ni kalau tak cabut sakit dia berhari2 dan datang sakit tu akan kerap.
Padamπππ
BalasPadamπ¬π₯Άπ₯΄
PadamHari ni hari ketiga..sakit berdenyut2.boleh tanya berapa hari untuk surut bengkak dekat pipi.
BalasPadamTak ingat dah lama...tapi memang elok minum ais untuk surutkan bengkak gusi tu. Juga untuk hentikan pendarahan.
Padamthanks sharing, baca sblm g operate,mental preparation. skang ubat bius br habis, telan air liur pun x selesa
BalasPadamYang penting boleh tidur lena lepas ni. Sabar ya.
PadamSaya Dalam klinik Gigi ni..plan operate Gigi bongsu..waaaaa..kerani klinik ni ckp..tadah je laaa..tgh pujuk hati ni..alaaa..tahan la seminggu je sakit Tu...huu
BalasPadamSabar ya...sakit tu seminggu je...memang sakit sangat2 especially bila bius dah hilang.
PadamSalam sis.. Jumaat lepas saye baru hbis buat surgery dkt gg bongsu geraham.. Hari ni msuk hari ke 3. Sis ade mengalami bengkak tak dekat bawah leher ke sis? sbb sye skrg mengalami situasi tu.. Mmg tak selesa.π
BalasPadamSalaam, takde pulak bengkak leher. Actually bila cabut gigi ni macam2 kesan boleh terjadi..sila jumpa doktor kalau masih sakit leher tu. Risau pulak.
PadamSy pernah bengkak dekat leher.
Padam.ade dr kate xde kaitan.tpi ade ckp ade..kuman dah turun
camne boleh berkuman ek? infection after cabut?
PadamSalam sis..sy bru operate cabut gigi rbu mggu lepas
BalasPadamPastu kna buka jhtan sbtu ni
Tpi sy xdpt dtg kinik ada urusan pntg
Boleh ke buka jhtn lmbt skit mggu dpn ke
Ok je kot, tapi lebih baik tanya doktor tu ya.
PadamMemang normal ke terbentuk lubang dekat tempat cabut gigi lepas jahitan dibuka?
BalasPadamLubang tu akan tertutup semula tak?
ikut pengalaman saya lepas jahitan dibuka lubang gigi tu tertutup. kalau rasa2 dengan lidah area kena cabut gigi tu, macam tak pernah ada gigi kat situ.
PadamSaya nak tanya kalau lepas pembedahan gigi tapi masih berdarah lagi sehingga hari ke 3 mcm mane ye? Adakah itu normal?
BalasPadamkena rujuk doktor. macam kes saya memang berdarah teruk nak solat susahnya asyik kepit kapas. camna nak solat dengan tenang kan..bacaan pun susah nak buat. mentua suruh buh ais kiub tu alhamdulillah stop terus. maafla awak lambat reply..
PadamSy bru lepas cabut kak.. YA ALLAH seksa amat kak.sebab mula2 pergi klinik kerjaan.sparuh je dpt cabut.terus pergi swasta kena 500 ..byknye bius kena sbb masih sakit walau dah 4 5 bius. Dengar gerudi tu takut betul.ni ubat biua dah habis sakitnye Ya Allah.
BalasPadammesti kes kita lebih kurang kan. memang pergi private mahal tapi bab gigi tak boleh tunggu. rasa sakit lagi teruk dari nak beranak.
Padam