Tuesday, July 31, 2007

Lihat Sekeliling & Jangan Lupa Lihat Diri Sendiri

Lihat Sekeliling & Jangan Lupa Lihat Diri Sendiri
Pada akhir2 ni aku melihat diri sendiri..cuba mendalami diri sendiri..mungkin aku dah hidup 30 tahun tp blm kenal sepenuhnya diri sendiri..

Aku dihantar ke sekolah pada usia 6 tahun, aku belajar dan menulis serta membaca.pada usia begini, aku hanya tahu baca buku bahasa cakap2 sehari. kadang-kadang bila mak bercakap mula speaking, aku tergagau jugak mencari maksudnya..

bila di sekolah rendah bahan bacaan semakin banyak.bapak mula membeli ensiklopedia, masa tu rasa seronok sangat.sebab ada juga buku2 cerita dongeng, sains dan macam2 lagi. kerana harga buku yang mahal, kawan2 tak dibenarkan pinjam bawa balik rumah..tapi aku pernah meminjamkan pada seorang kakak, sudahnya buku tu dipulangkan dlm keadaan yg agak rosak sedikit. pada masa itu aku rasa bersalah.

masuk tahun ke-4 aku dihantar ke sekolah pondok. aku belajar bahasa arab, belajar agama, belajar mengaji.aku didedahkan dgn ilmu fardhu ain dan kifayah. tiada ilmu2 dunia sangat..setakat mengira dan mengeja.

7 stgh thn kemudian aku berhenti. aku rasa kekeliruan yg amat.banyak perkara2 yg aku persoalkan tapi tiada jawapan.aku nekad dan bapak berkata aku bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan aku berhenti sekolah pondok.

bila tinggal balik di rumah, jiwa mula rasa kosong perlahan-lahan.aku perlukan ilmu.aku dah biasa hadiri kuliah, kelas mengaji, bersukan dgn kwn2. untuk hilangkan bosan aku mula mebaca buku2 agama di rumah bapak. tp membaca tanpa ilmu bahaya, syaitan dtg mengganggu dan bermulalah persoalan yang tak patut dipersoalkan.