Kami duduk kat Kinrara. Kat sini kedai makan tak banyak Melayu. Memang mamak jelah. Cuma baru2 ni kedai2 baru dibelakang Giant BK5A kemain berlumba2. Kalau dah jadi macam kat Seksyen 7 Shah Alam atau Seksyen 9 Bandar Bangi best jugak. Yang aku kenal Zawara Coffee. Haha.
Okay berbalik pada PUJ singkatan untuk Puncak Jalil ya, ada 3 kedai makanan kami suka pergi. Restoran Nasi Lemak Nana, Char Koay Teow Sg. Dua Telur Ayam Dibasuh dan Azee Cafe.
Kedai Nana ni kedai nasi campur Melayu dan Cina Muslim. Asal aku pergi je aku tak makan nasi lemak. Sebab lauk pauk dia banyak. Semua aku nak try kalau boleh. Memang takkan kecewa datang sini. Dan sebagai penggemar teh ais...datangla sini. Harga makanan murah dan owner pun peramah. Takde gambar sebab asal datang je..cedok lauk terus nomnomnom.
Sg. Dua char koay teow tu memangla cawangan dia. Tempat asal kat Butterworth nun. Tapi hari tu aku pergi aku makan nasi kak wok. Kat situ ada jual jugak. Hahaha.
|
Nasi kak wok aku yang nak. Aqlan makan nasi goreng cina takde gambar pulak. |
|
Koay teow special Zcat nak makan. |
Azee Cafe ni syok sebab ada 2 kawasan. 1 berekon dan satu lagi untuk smoker. Ada akuarium jadi aqlan suka sangat tengok fish katanya. Makanan sedap.
|
Ikan halia ni aku punya tapi last2 bagi Aqlan makan. |
|
Ikan pari masak asam pedas kering. |
|
Ayam buttercream. Patut ada cili tapi tak mahu sebab nak bagi Aqlan. Sudahnya aku yang makan sebab ada rasa pedas sikit. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.