Duit tepi. Apa yang difikirkan bila disebut duit tepi? Duit
rasuah/duit bawah meja/duit kopi? Duit jumpa di tengah2 perjalanan ke suatu
tempat? Duit terpijak?
Bagi aku duit tepi ialah pendapatan bukan utama. Macam aku
bekerja makan gaji. Tiap2 hujung bulan dapat gaji. Kerja baik…atau bos
baik..akan bagi bonus tahunan. Ah itu duit utama bukan duit tepi tau.
Duit tepi bagi aku; dari emak, dari kawan2 yang suruh beli
hadiah sendiri bila birthday. Sebab mereka dah malas nak belikan hadiah. Sebab
aku dah dewasa, nak barang2 yang kadang2 mereka tak terfikirkan. Juga duit2
belen hasil duit kumpul bayar makan kat restoran, dan kawan tu cakap..ko simpan
jelah belen tu. next time turn aku pulak. hahahaha macam2 pe’el kan kawan2 ni.
Dan kita yang dapat duit cara mcam tu mesti cakap halal tau. Jangan korang
tuntut kat akhirat pulak. sangkut aku nanti nak masuk syurga. Eh berangan.
Harusla beramal soleh kalau nak masuk Syurga.
Okay serius sikit. Duit tepi boleh jadi hasil dari ko
berceloteh kat blog dan ko benarkan
pengiklan letak banner kecik diorang dalam blog korang yang meletup2
ceritanya. Harusla 200-300 ribu pengujung..income barulah besar. Kalau setakat
50 orang je..RM50 pun belum tentu kau dapat. Hahahahah ---à macam aku sangat2.
Hahahaha..pulak2 sekarang aku banyak entry tanpa gambar. Sudah. Aku sekarang
nak cerita ikut sedap mulut aku. Sebab dulu aku banyak cerita ikut sedap perut
-à asyik cerita makan
je….
Duit tepi juga boleh dapat dari hasil ko jawab soalan
survey. Macam aku masuk Global Test Market. Memang seronok jawab soalan. Tapi
tengokla berapa point dia nak bagi. kalau kau jawab lain macam je…dan-dan dia
matikan survey. Kalau nasib untung..dia bagi sampai 40 points. Tukar points2
jadi US$. Kan best. Contoh zcat la paling dekat. Dia dan kumpul point banyak.
Boleh redeem dan joli katak. Heheheheh.
Boleh jadi juga duit tepi ialah hasil kraftangan. Aku dah
kaku sekejap. Dulu aku rajin jahit manik. Sekarang aku dah malas. Aku ni memang
ikut trend. Sekarang trend jawab survey. Jadi itu pasal blog aku ke laut.
Hahahaha, eh mesti selamatkan sebelum lemas kena tarik dek obor2.
Okayla..aku nak order makanan dari blogger yang rajin buat
duit tepi. Itulah post lagi gambar masakan sendiri yang buat aku drooling.
Heheheh.
tepi tepi nak duit..hehehe ko dpt durian runtuh anak felda kan...tahniah beb..hihihi duit tepi tu
BalasPadammak aku yang dapatla....anak2 tumpang tepi jek.. hehehehe
BalasPadam