Kami pada mulanya tak bercadang memberi hantaran sebab
keluarga Zcat hanya datang untuk merisik. Tapi dia hendak mebawa tepak sirih
dan cincin. Kemudian mengikut kata mama dia hendak membawa manisan. Setelah
berbincang akhirnya aku dan Zcat akan bertukar hantaran 5 berbalas 7.
Pencarian hantaran bermula apabila kami dah
list down kan apa nak diberi. Daripada aku;
- Apam polkadot
- Buah anggur
- Cupcake
- Songkok
- Kain pelikat
- Kain pasang untuk nikah
- Biskut bangkit
untuk buah anggur |
untuk apam polkadot |
untuk cupcake |
Semua hantaran ni berdasarkan cadangan Zcat.
Aku ikutkan saja.
Manakala daripada Zcat pula;
- Sepasang baju nikah
- Coklat
- Buah-buahan (strawberi, kiwi, dan plum)
- Sebentuk cincin merisik
- Kuih bakar kemboja
untuk diisi buah-buahan |
Kemudian memikirkan tema hantaran, aku
mahukan light pink & light green. Dan aku bercadang menggubahnya sendiri.
Maka pencarian membeli bahan2 untuk membuat bunga gubahan pun bermula.
Kami ke 2 kedai Bunga Reben di Jalan TAR,
ke kedai Fah Lean di Balakong, Mydin Jalan TAR & Subang untuk membeli
peralatan menggubah, reben2, bunga2 tiruan dan bekas2 untuk mengisi makanan.
Aku juga ke Econsave Kajang untuk membeli anggur pada harga yang murah – betul2
sehari sebelum hari aku dirisik.
Aku juga beremel dengan teman2 rapatku, Ann
& Reen untuk bertanya dan update persediaan merisik. Mereka berdua dengan
senang hati menyumbangkan apam polkadot & cupcake sebagai hantaran. Aku
sangat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan mereka berdua.
Di Jalan TAR juga kami ke Wisma Yakin untuk
membeli songkok & kain pelikat buat Zcat. Kami tak pandai menawar banyak.
Jadi songkok baldu dari RM65 dapat RM60. Kain pelikat dari RM60 dapat RM50. Zcat
pula menambah wang sendiri untuk membeli sehelai lagi kain pelikat kerana
warnanya sangat cantik.
Kembara mencari kain pasang untuk nikah
sangat jauh. Sehingga ke Shah Alam. Namun tiada apa pun dibeli kecuali sehelai
selendang untuk majlis merisik. Aku pun cuma bercadang memakai baju kurung yang
ditempah. Kain tu diberikan oleh emak, dan emak memang mahu aku pakai ketika
dirisik.
Dan akhirnya aku berkenan dengan sepasang
kain baju kurung chiffon berwarna off white yang sudah siap berjahit di salah satu butik
di Ampang Park. Dari harga asal mencecah RM300.00 baju itu dapat dibeli pada
harga RM200.00 sahaja. Dan itu juga minggu terakhir untuk beli kain yang memang
murah dari seorang pembantu kedai yang
akan tamat kontrak bekerja pada keesokan harinya iaitu 16 Mei 2012! Hah,
sudahnya Zcat terus ke ATM dan membelikan untuk aku pakaian tersebut pada hari
itu juga. Hari tu aku bercuti sebab nak ambil keputusan ujian darah.
Alhamdulillah. Paras kolesterol dah turun 5. Zcat gembira sambil berkata,
“bakal isteri saya sihat..” hehehe.
Pada hujung minggu kami keluar mencari kain
pasang untuk Zcat pula. Disebabkan aku lupa bawa kain pasangku, maka kami tak
jadi membeli. Aku cadangkan Zcat beli sahaja tapi dia tetap mahukan kain itu
dibawa bersama baru boleh beli. Sudahnya kami bertekak dan aku sentap sekejap.
Sambil Zcat terus memandu untuk ke Masjid di Wangsa Maju. Kemudian kami
berjumpa kawannya Izwan(Maharisi Design) sebab Zcat nak pinjam dulang hantaran.
Keesokan hari kami ke Gulati’s Subang untuk
membeli kain pasang. Aku pun dah bawa bersama siap2 kain baju nikahku untuk
dipadankan warna. Senang je dah dapat padanan. Selepas diskaun, aku membayar
hanya RM80.00 untuk 5 meter kain chiffon. Kemudian kami melihat2 kain untuk
resepsi. Kot2 ada yang cantik dan harga berpatutan.
Pada minggu terakhir, aku siap menggubah
bunga2. Hatiku puas melihat hasil kerja tangan yang serba ringkas dan
membayangkan bahawa Zcat gembira menerimanya. Ialah aku dapat tahu dia hantar
ke kedai, mestilah lagi cantikkan.
simple dan cantik..
BalasPadamoh my apam polkadot
BalasPadamBoleh tak saya nak copy semua penulisan ni untuk blog saya
BalasPadamMaaf ya awak ni siapa? Nama tak ada..profile picture pun tak ada.
Padam