Bila KWSP benarkan untuk keluarkan duit semasa musim PKP 2021..kita pun apply juga atas alasan untuk survival. Ya kita dah tak bekerja..suami je yang menanggung nafkah semua. Memang tanggungjawab dia. Tapi kita nak beli barang personal takkanla asyik nak minta dari dia. Pulak2 beli barang harga kena fikir 10 kali. Suami pun terkesan dengan keadaan ekonomi. Boss potong gajinya. Jadi merasalah kami berempat keadaan sukar sekejap. Bila dah boleh keluar KWSP rasa la sikit leganya.
Banyak juga pemotongan perbelanjaan dibuat. Terutamanya pergi bercuti. Elokla PKP nak ke mana pun. Memang kena perap dalam rumah dan sekitar 10km je. Memang rasa lemas kadang2 sebab kami suka berjalan. Alhamdulillah makanan tetap terhidang atas meja kadang2 banyak jugak. So berat tetap tak turun2 jugak. Hahahaha.
Oklah berbalik pada apa yang dibelanjakan..aku dulu masa kerja dapat bonus mesti beli barang2 yang nampak di mata buat ingatkan duit tu ke mana.. jadi dapat keluarkan KWSP ni macam bonus jugak jadi beli la juga barang2 itu.
Barang2 tanda ingatan KWSP (kikikiki) - jangan lupa bayar zakat kalau korang dah keluarkan jugak!
1. RM2,850. Cermin mata multifocal. Cermin mata brand Stepper Eyewear, kanta Zeiss. Aku pergi specialist kali pertama. Bukan perkhidmatan biasa2 ni. selalu cek tahap kerabunan pastu pilih cermin mata dan bayar la deposit. Yang ni cek mata sampai guna 3 jenis alat. Aku pun dapatla tengok dalam bola mata aku ada pecah darah kemungkinan aku dah kena hypertension.
3. Rizalman Items. Ok ni semua bermula bila aku beli apron belang2. Aku tak terkira pulak berapa habis. Tapi T'Neeq tu paling banyak habis. Walaupun slow sikit perubahan lepas makan supplement dia. Tapi bila period aku dah teratur aku teruskan aja. Tapi memang sikit2 je aku makan. Kadang tak makan berhari2 sebab lupa.
4. Shopee. Ok jangan tanya berapa.
5. Instagram. Ada barang dah dibayar tapi barang tak dapat2. Kena pujuk diri nak berlapang dada bukan senang ya sebab jumlah besar. Yang dapat alhamdulillah...
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.