Sabtu, 16 Disember 2017

Usaha Mencari Tilam Dan Divan Size King

Updated 16 Dec 2017

Seperti yang dijanjikan kita update kat sini jelah pasal pembelian tilam saiz King. Bukan tak boleh buat entry baru, dah janji nak tepek sini kan..kekeke..

Akhirnya hari ni kami membeli tilam baru...setelah sebulan mencari2. Sebenarnya nak pergi banyak kedai tapi last2 masuk kedai pertama, tengok2 baring2 terus buat pembelian.

Ok pasal pemberitahuan kedai ni buat sale, laki yang tahu melalui FB. https://m.facebook.com/mingo1220/photos/?mt_nav=1

So kami pun ke Dewan JKK Puchong Batu 14. Senang waze ke sekolah kebangsaan puchong batu 14 la. Elok je sampai masuk parking dan jalan beberapa langkah dah masuk tengok macam2 jenis tilam dan divan. Mula2 kami tengok2 kat luar je. Macam tak menarik sangat. Tapi ada tarikannnnnnn...siapa ada tilam lama saiz Queen diorang akan bagi rebat RM200 bila tukar beli. Saiz King takdak ya. Wah wah...tilam Queen semurah RM800 leh dapat. Tapi kami ni suka saiz King...so memang akan pakai King selamanya.

So kami masuk dalam la pulak. Lagi banyak tilam dan ada jenama yang terkenal juga. Tilam2 ni semua harga dari kilang. So tak mencekik. Ada yang dijual bersama katil ada yang tidak. So kami pun main2 baring2 la. Test sedap ke tak...

Aku prefer tilam pocket spring. Sebab bila orang sebelah ko bangun ke or bergerak ke ko takkan sedar. Gitewwwww. Lagi satu tilam biar keras ok. Kami ni kan heavy duty. Eh eh...ko jangan nak gelak...so untuk tulang belakang tu pentingla..

Setelah mencuba banyak tilam akhirnya kami pilih.....tilam Goodnite. Harga dibayar laki RM2100. Transport kena caj RM60. Dekat je maaa...pastu upah orang buang tilam dan katil lama kami RM40 untuk 2 orang. Laki aku bayar dengan senang hati. Kami dapat free 2 biji bantal Silentnight dan 1 topper saiz King jenama Goodnite juga. Yang syoknya dia hantar hari yang sama....ewahhhh. Terus boleh pakai tido malam ni.

Bilik pameran

Testing tilam

Buat bayaran guna kredit kad

Tilam2 kat luar ni murah2 la



Oklah citer selanjutnya entri lain la..hehe..

Entry 19 Nov 2017

Bulan ni banyak betul berjalan mencari tilam dan divan. Bermula paling dekat dengan rumah. Laki hampir2 nak beli tapi dia tak beli...bila masuk kereta nak balik kami berfikir2 bukankah kita suka buat perbandingan. Mengapa mesti nak terus beli. Maybe ada offer lain lebih menarik.

Okey spec kami mestilah saiz King. So bila saiz King harganya akan bertambah beberapa ratus berbanding saiz Queen. Kami juga nak tilam yang ada sedikit spring. Itu keperluan khas suami. Tilam kami sekarang latex murah je. So dah tak sedap dan selalu sakit2 badan. Bukankah tilam yang elok menyumbang kepada tidur sambil merehatkan badan dengan baik sepanjang malam. Divan seeloknya sedap disandar. Kami punya sekarang ni nak sandar tak sedap..keras..maklum dulu beli tilam dan divan saiz King RM1100 je. Kan ke murah..memang murah tapi tak tahan lama...selalu juga pusing2 tilam tapi tetap tak sedap dah.. memang meminta tilam baru sangat. Divan pun dan rosak sedikit..maklum jelah dah campur berat kilo laki bini dah berapa..tambah lagi budak kecik yang masih nak tidur bersama walau dah sedia keperluan katil dia. 😧😧😧

So kat kedai pertama tu dalam RM2300 dengan divan la..so aku tanya laki ok ke...sebab bajet dia RM1500 je..tapi....

Bila kami ke Mines 2 esoknya pulak kami dapati harga purata memang dalam RM2300 untuk tilam dan divan. Ada tilam mahal ikut brand..ada tu divan lak mahal sebab ikut jenis dia. Kalau yang berlaci tu atau boleh angkat ada storage bawah tilam tu memang mahal la..haha berkenan juga yang ada drawer tu sebab boleh simpan segala cadar.

Kemudian kami ke kedai second hand pulal di Brickfields. Barang second hand memang murah tapi tengok tilamnya tak berkenan. Ada satu tu katil dan tilam saiz King dari Mandarin Oriental harha RM1200 je. Kalau amik divan je RM400. Tapi aku tak minat divan dia. Style divan kayu dengan tiang 2 ke atas kemain tinggi. Dah macam old fashion pun ada aku rasa..kata mereka kalau nak beli tilam diorang akan tukarkan sarung tilam tu. Mana2 penghantaran kena caj RM100. Sekitar KL Selangor la kot..tapi kat sini aku lebih berkenan sofa. Hahaha...lain kali pergi aku amik gambar la. Kalau korang kreatif macam Sabrina Soto dalam rancangan High Low Project di HGTV bolehla beli. Tukarkan jadi sesuatu yang fresh dan terkini serta nampak mahal.

Kami juga ke Ikea untuk lihat tilam dan divan. Tapi kami tengok saiz ukuran King buatan Ikea ni lain sikit dati biasa. 180x200. Biasa 190x190. Kalau beli bed frame je pun tak sesuai sebab semua ada saiz standard Ikea. Kalau beli tilam tempat lain akan ada lompong sikitla. Tilam Ikea semua lembut. Duduk terus tenggelam. Hahaha...nehi nehi.. kami nak tilam yang sedikit keras untuk support tulang belakang. Jadi misi ke Ikea gagal sepenuhnya untuk beli tilam tapi biasalah bini mesti nak beli juga sesuatu. Pulak2 ada tawaran card member kan..belanja between 7 Nov until 6 Dec 2017 kumpul perbelanjaan sehingga RM350 dan dapat 5x ganda points. Wah.. siap sempat tukar voucher hari tu RM40 jadi laki pun happy2 la bayar. Bini belanja aiskrim dan karipap telur je ok.

Pastu last sekali kami pergi ke Endah Parade. Ni lama sikit sale dia. Sampai 26 Nov 2017. Tilam2 dah sedap tapi takde spring. Latex semata. Aku ok je. Tapi ikut keperluan laki tak ok. Harga memang RM2300. Ada tu dia sengaja letak harga dah sampai 4 ribu. Tapi yang mahal sebenarnya divan. Boleh je pilih mana2 divan yang berkenan...yang untungnya harga ditawarkan tu semua termasuk divan. Sebab ada kedai2 lain kami pergi harga tilam je dia tunjuk. Belum masuk harga divan. Sekali campur terus dah 3k-4k. So memandailah memilih divan.

Jenama2 tilam yang best harganya pun membuntangkan biji mata.. Tempura...King Koil.. Dreamland. Tapi aku kenan betul King Koil. Hahahaa tataula nape tapi tilam sahaja paling murah dah 2 ribu lebih....ada tu siap ada muka Fattah Amin.

Bila bertemu penjual tilam depa mesti sungguh2 nak menjual. Yelah berapa pulak komisen dia dapat kalau dah harga 2-3k kan. Tapi bila pergi dengan anak ni kerja dia lari2 dan turun naik tilam. Nasib dia pandai buka kasut sebelum naik. Cuma kalau makin besar kawasan ekspo makin payah kami nak kawalnya. Adoii. Dan itulah alasan kami bagi bila nak tinggalkan penjual..hahaha...maafkan kami.. memang nak beli tilam tapi hati tak tenteram la.

Gambar selfie terbalik. Masa ni di Ikea.

Nanti ada cerita cari tilam kami sambung kat sini jelahhhh... banyak lagi tempat nak jelajah.

18 ulasan:

  1. tilam mahalkan kalu yg elok tapi xpe dia tahan lama...yelah elokla ada spring elok utk tulang belakang..heeeee

    BalasPadam
  2. comel Aqlan... dari muka fatah amin baik letak muka sendiri hahahaa
    tilam aku tu lama dah Dreamland sampai sekarang elok.. beli mahal kualiti sikit.. tapi tgk sekarang harga buntang jik mata.. mahal jugak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe..usaha cari perlu ni..laki dah up bajet.. hehe..

      Padam
  3. x reti la bila masuk bab2 tilam ni haha. yg thunye nak yg jenis selesa utk tido. hehe

    oh btw nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa bujang tak peduli sangat. Dah kawin ni kena ambil tahu juga...

      Padam
  4. Katil mmg subject utama kann?? anis napa lah ak tak penah amek tauuu pun jenis2 tilam, spring ke apa.. suami i propose, i anggukkan aja.. janji sedap,supportive... tapi divan mmg saja pilih yg comfort boleh sandar kalau tgk tv dalam bilik.. kalau mengaji ke reading ke leh sandar2 situ jg. but as u told..smua tu kos kos kos! hhhahahah. cecah 7-8k.. kalau bagi i duit tu dulu, leh buat beli gelang lipat lipan.. *sigh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7-8k mahal bebeno..ko beli katil superking ke apa...

      Memang tilam yang elok mesti ada spring sikit. Mada pilih2 tilam tu depa tunjuk co toh spring dan latex. Hehe..

      Padam
  5. Tilam king size kat rumah kakcik ni dah berbelas tahun rasanya digunakan...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusla tahan lama tu...tilam mahal guarantee 12 tahun tuhh

      Padam
  6. Nk tanya ,,,klu size queen brp Ye puan...sebab sye nk beli di perniagaan perabut Yip dye bagi harga rm1500 utk queen size,free comfy topper je Xde dpt pillow Sbb dye kata harga dah sgt murah,,,
    Plz bagi pendapat ok ke harga segitu?
    Sye masih ragu2 nk bank-in?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pergi jenguk kedai dia tak? Beli online ni bab2 harga dan barang2 macam lebih 1K ni lebih baik fikir habis2 kan. Kot tak dapat yang diingini pulak. Gambaran tak sama dengan realiti tu yang tak risau. Tahun ni harga memang dah naik sikit.

      Padam
  7. Katil tu lepas pasang camne nk bukak balik?x jumpe skrunya kat mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katil ni mmg datangnya sebongkah besar. Pastu dipasang pekerja. So tataula ada skru2 ni.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.