In Tips

Dapur Yang Tersusun Sangat Penting Untuk Ketenangan OCD Person

Banyak je OCD macam aku yang pentingkan penyusunan. aku bukan boleh tengok benda berterabur. yang aku tak rajin nak kemas selalu ialah mainan anak aku. kemas tak sampai berapa jam....kemudian sepah balik.

ada banyak jenis penyusunan aku buat. kali ni nak up pasal susunan barang dapur. belum semuanyalah. kalau aku tak buat aku sakit hati tengok..dapur ialah macam bilik pertama seorang perempuan? kat situ nak masak, kat situ nak buat air..mostly masa berjaga banyak habis kat dapur. eh ye ke?

bila dah kemas2, laki aku akan cuba pastikan dapur sentiasa kemas. walaupun dia bukan yang mengetuai proses pengemasan. semua ni pun aku buat sebab aku selalu tengok mak buat. ya..apa yang orang tua kita buat, kita pun nak tiru..mak aku punya penyusunan tentulah lain sikit. aku ada unsur2 mudah untuk dicapai. aku tak minat susun pinggan dalam almari kaca. hahaha. aku bukan jenis display person. aku beli, aku pakai. sebab tu aku takde sangat set pinggan mangkuk. aku suka guna barang dengan praktikal.

tapi...nafsu perempuan ni satu hal juga, suka sangat shopping. jadi setiap kali beli barang kalau ada laki kat sebelah dia akan tanya, apa keperluan u nak guna? dulu2 masa bekerja, aku ahhhh kan je kadang2. sekarang aku kena fikir banyak kali jugakla hahaha sebab laki yang akan bayar. tapi kalai dia takde, kadang aku zas zas jugak..erk..

rak ni beli kat MR. DIY RM9.90 je tanpa kehadiran laki. jadi pastikan benda tu berguna.

rak MR. DIY kat atas, kat bawah tu sebenarnya tempat simpan CD laki. dari tak guna, baik aku pakai.

hook S tak muat nak gantung kat besi rod ni. jadi aku beli rak besi kecil 2 untuk RM12.90 di MR. DIY jugak. so bolehla sangkut segala senduk dan benda2 yang perlu digantung.

aku mesti cakap, laci untuk simpanan rempah ratus ni buat kami berdua rasa terlampau gembira. laki aku suka beli rempah dan cili bangla..hahahaha. cili bangla rosak, kami tanam...tapi selalu tak dan membesar sebab dah kena serang dengan siput babi.

bekas2 jar kaca jangan dibuang, elok simpan rempah dan cili yang telah diblender. pengalaman aku, cili kalau simpan dalam bekas Tupperware, kulat naik. cili elok blend bersama sesudu kecil minyak zaitun. sedap wei..tapi kes aku ada gak pakai bekas plastik sebab dah banyak sangat rempah nak kena simpan, sampai habis dah bekas2 kaca.

rak pantri ni mudah untuk tengok apa stok barang yang dah habis. aku memang tak suka simpan dalam almari. dah la tak nampak, asyik nak kena cek buka tutup pintu almari..pastu serangga buat rumah.aiiiiyyy geli den.


Related Articles

12 comments:

  1. penting sebenarnya pengurusan kat dapur nihhh.. sebab semuanya kat situ pusat utama hiii.. pengurusan masa yang cepat pun sebab pengurusan benda kat dapur tu tengok macam mana .. banyaknya jar rempah..saya pun susun cam tu gak .. memang kena letak kat luar main dalam2 ni susah.. lama2 x nampak berkulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena letak expired date. Lagi satu bila nak pakai kena guna sudu kering kalau nak cedok.

      Delete
  2. jar rempah tuh saya labelkan.. senang nak ambik dan senang nak kenal.. sokmo confuse jintan putih or jintan manis (tulis mi pun dah confuse hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah labelkan. Pastu skrg ingat nak label kat penutup pulak sebab leceh asyik angkat nak cek satu2. Hahahaha.

      Delete
  3. bnyak rempah ratus,mcm dh boleh bukak kedai runcit..hahha
    klu bab mainan anak,memg angkat bendera putih,kemas kjp kang sepah balik,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde alasan takde rempah masak. Kalau malas cakap kena bagitahu je. Haha.

      Delete
  4. sy pun suka menyusun.. tp sekrg, penat sgt.. entahlah cepat letih.. selalu x lart..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai PB dah letih2 ni takkan cepat benar..ke kurang darah atau kurang gula..?

      Delete
  5. oo..ye ke, cili yang diblend lebih tahan jika disimpan dalam balang kaca...baru tahu ni..thanks ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab dah banyak pengalaman simpan cili dalam bekas plastik tak sampai seminggu rosak. Bukan rajin pun nak rebus blend cili setiap minggu.

      Delete
  6. Thanks ye Anis. Baru tau cili blend tak thn lma simpan dlm bks plastik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak yon. Apa yang berguna dan bagus kita share...

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Weekly Popular

Comments

Subscribe