Tuesday, March 7, 2017

Post Birthday Party Aqlan Shah On 5th March 2017, Sunday

gambar2 dibidik dari kamera godang laki & smartphone family. kita pun tak sempat nak guna hp sendiri sebab konon2 sibuk..hihi.

Mula gantung kertas crepe tu hari Selasa lagi. sikit2 kan, supaya last2 tak kelam kabut. kemudian baru buat roket dan last sekali gantung belon pagi 5 March tulah..



mula2 adik dah sampai tapi masa tu hujan lebat sangat nak masuk rumah pun susah jadi dia pergi Giant dulu. kemudian mak sampaila..mak sempat tolong buat sosej cucuk dengan spaghetti. hehe tak dan nak ambil gambar la, tapi makanan tu paling top! semua budak suka makan dan muka masing2 happy. haha nanti aku tunjuk macam mana rupanya..biasalah google laa..

lebih kurangla buat macam ni

mak macam suka pula siap tanya2 buat macam ni? rebus je? aahla makkk paling senang ni ha bagi budak2 makan. rasa macam aku sempat makan seketul je masa merebus...nasiblahh.








wahai anak, jangan menjual diri demi sebuah hadiah! lepas adik datang semua bantai makan dululah...kek adalah perkara terakhir dipotong!



ko tengok, asal dapat hadiah siap beli jiwa kiss kiss semua orang.. pastu blah cepat2, hahaha






riuh rendah rumah ni dengan suara anak2 buah berkejaran sambil main belon... adoyaii... semua seronok sangat.




masa blow ni, Aqlan lambat sangat, terus sepupu2 datang bergilir2 tiupkan. mula2 Hanii, pastu Habib..hahaha...last2 aku kena tolong tiup2 sikit dari tepi sebab dia tak kuat tiup...alahai...




lepas tu sessi bagi hadiah pada siapa yang datang..kesian kak Pa nak datang, anaknya yang selalu bawak keta tak sihat, pastu dua anak dara kecil takmo datang. yang bongsu asyik tanya kenapa tak pergi rumah cikneng? terdiam tak tahu nak bagi alasan apa...kan dengan budak2 ni takleh berjanji dituntutnya!!!



gambar kami bertiga susah nak elok! aku takdak baju planets! i is jelly with this 2 guys!! apapun muah muah...




last sekali dengan sepupu sebaya, Hanii sambut birthday last 21 Feb. elok baju style lebih kurang. bila dah kelam kabut balik, tertinggal hadiah yang diberi termasuk roket. pasal roket tu nanti up another entry la ye.. hehe..penatlah edit gambar, aku memang malas tau!


esoknya sapu sampah banyak jumpa belon pecah!
Previous Post
Next Post

About Author

14 comments:

  1. Happy belated birthday Aqlan. Sekejap je dah 3 tahun. Bujang dah. Semoga membesar dengan sihat, cerdik dan soleh... :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Aqlan.
    Moga menjadi anak yang soleh dan kuat serta sihat dalam menjalani rutin harian.

    ReplyDelete
  3. susuhnya nak dpt famili photo kan..hppy bezday aqlan, disebabkan untie duduk overC & hadiah nak bwk naik kapal tak muat, hadiah postpone tahun depan hahah

    ReplyDelete
  4. meriahnyer birthday party aqlan shah tuuu., ;p

    ReplyDelete
  5. Comey birthday backdrop tu.. Ceria..mesti aqlan happy sgt kan.. Dpt plok hadiah... Smoga kamu trs mbesar dgn baik ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ringkas sangat ni, ikutkan nak tambah lagi

      Delete
  6. Replies
    1. ha la...lepas ni bela balik rambut panjang dia

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.