Rabu, 24 Oktober 2018

Baby Had Been Kissed..Again

Terjadi Isnin lepas. Dalam perjalanan suami pulang ke rumah. Selepas siap2 dia tapau makanan untuk ahli2 keluarga. Malang memang tidak berbau. Ia cuma perlukan kesabaran.


Hari ni kereta dah masuk bengkel. So suami pun dapat la kereta lain sebagai ganti sementara.


Imbas balik kali pertama kena langgar Oct 2008. Masa tu baru 5 bulan pakai kereta..senang2 diri tunggu kereta depan membelok kita pula rasa hentaman yang amat kuat.

Kali kedua puh tunggu trafik light bertukar hijau. Tiba2 kena langgar dengan motor. Koyak sikitla...masa tu 1st anniversary kahwin dan tengah mengandungkan Aqlan. Suami yang bawak..kita kat depan nasib tak terlanggar perut tu ke dashboard.

So inilah kali ketiga...sedih? Entahlah masa ni suami yang bawak..orang yang langgar tu pulak tengah sarat mengandung. Terhentak ke stereng. Lagi 6 minggu nak beranak. Kesian kata suami kerana apabila suami pemandu tu tiba, dimarah pula isterinya tu.

Apa pun kami claim la insurance dia. Dia report atau tidak, sebab kami dah report..tak kuasa nak baiki kereta dengan duit poket sendiri.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.