Jemputan majlis kahwin anak kawan blogger ni melalui WhatsApp je. Terus nak pergi pasang niat awal2 lagi nak jumpa Aishah. Memang takkan dapat berbual lama sebab dia dan suami nak kena melayan tetamu jadi kami sampai2 je salam2 je dulu. Pastu terus pergi makan. Ehehehe.
Aku makan nasi 2 senduk |
anak bujang makan nasi dan keropok sahaja |
Yang ni makan seronok dulu pastu baru nasi |
Well hello nak masuk 2020..tahun depan dah nak 43. |
meja makan kami terbaik. Ehehe.. |
Kek pengantin. Sedap. |
Air teh tarik dia...tak dapat dihabiskan. |
Aku asyik makan kek red velvet. 3 keping. |
katerer ni biasa nampak kat tepi lebuhraya iklannya terpampang besar |
Desserts lagi...Aqlan suka cheese tart. Siap tak habis angkut bawak balik apa ada dalam pinggan..dah kenyang sangat. |
Perjumpaan blogger sendu. Ahahahah gambar ditangkap encik zcat. |
Kena photobomb sikit dengan suami Aishah. Maaflah tak ajak join bergambar pulak. Dah terover bergambar dengan mak pengantin. |
Amik kau Aishah tak tahan gelak. Dia kata aku selsema ke..aku cakap tadi makan banyak pedas kot..sedap..pastu dia balas aku caj ya.. aku pun selamba cakap eh tadi aku dah bagi duit tau. Hahaha |
Ha Kan.. aku ni memang cakap direct. Tak reti sangat cakap berlapik 8 lapis. Semoga ukhuwah yang berjalan diberkati Allah. Kalau ada Suzie ni aku taktahu apa pulak inti perbualan kami. |
Bagi chance sikitla. Ada juga tangan kecil masuk frame. |
Dah siap makan semua bila nak balik barulah berposing. Tq encik zcat sebab bagi kita peluang berjumpa kawan alam maya. Next time jumpa kita borak lama sikit la ye Aishah. Ehehehe...alamak bila masa pulak tu ye.
Semoga ukhuwah terus terjalin.
BalasPadamTahniah buat mempelai
InsyaAllah
Padamtq for coming beb... hope makan kenyam.. insyaallah next kita ajak mbah suzie p ngeteh2 k?? keep in touch yeah..
BalasPadamOk je..onzzz
Padam