Selasa, 26 November 2019

Pengalaman Tinggal Di Kg. Baru Ampang

Gambar2 ni diambil pada 28 Julai 2015. Saja buat kenangan sebelum berpindah ke BK..masa ni dah start kemas2 barang pun. Cerita ini akan jadi cerita terbalik...or flashback. Aku pun tatau nak start mana dulu..godek2 fon jumpa gambar tapi rupanya tak pernah blog.

TV pertama aku beli dengan duit bonus harganya RM800. Yang temankan beli arwah Pakcik Zainol dan Ping. Beli kat area yang aku tak mungkin pergi sendiri. Jalan Pasar..

Meja ni beli kat Carrefour Ampang. Mak yang belanja RM199..masih ada berbalut lagi tak buka2 sejak pindah BK. Bangku2 je dipakai. Tikar petak2 tu beli kat Raub masa tu nak balik raya RM50..pun mak belanja. Yang karpet kecik tu beli kat mana ehhh..

Sofa IKEA. Pun beli dengan duit bonus sama tahun beli dengan TV.. tilam Siam tu beli kat Bukit Kayu Hitam RM40 je mbalik dari bercuti dari Langkawi naik bas ramai2 dengan orang2 yang pelbagai ragam. Kira rombongan makcik Kiah la..haha..

Lorong dah kecik aku tambah lagi rak2 IKEA  

Ok kipas ni beli kat Cosway je. Yang aircond bergerac ni laki beli. Karpet merah tu beli kat Jakel bulan puasa..orang ramai sesak.. Jalan TAR

Almari biru tu laki beli kat Giant untuk Aqlan. Dah tak rupa macam ni...masih boleh pakai tapi sebab Aqlan suka main sorok2 dalam ni aku simpan besi2 Salam kotak. Yang bekas2nya isi pakaian laki. Almari coklat tu sejak aku duduk Bangsar lagi. Arwah bapak aku masih hidup lagi. Mak la suruh beli dia siap bayarkan RM250 ok beli kat kedai perabot bawah jalan Bangsar. Masa tu menara Maybank pun belum wujud k.

Hoarders. Hahaha. Almari coklat tu pemberian housemate. Masa tu duduk Bukit Indah. Dia nak kahwin dia pindah keluar tanak bawak almari suruh kita ambil. Sekarang jadi almari baju Aqlan dan Aqeel. Letak baju2 untuk jalan2.

Mesin basuh ni pun beli guna duit bonus masa duduk kat Bukit Indah. Aku tak tahan dah basuh tangan masa tu. Penat sebab aku selalu basuh baju seminggu sekali je..

Peti ais ni beli sekali dengan mesin basuh tulah. Masa tu aku masuk kedai elektrik kat Bandar Baru Ampang pastu aku rupanya pelanggan pertama. Aku berkenan tapi dia tak bagi harga rendah..Aku pun merajuk la konon2, cakap I bawak RM1100 cash je  kalau u bagi mesin basuh dan peti ais ni I akan beli sekarang. Pastu dia bincang2 dia pun bagi..hehe..tong biru tu masa lahirkan Aqlan ada krisis air..

Dapur satu tungku ni aku pergi beli dengan Ping. Beli dengan hos gas..harga masa tu RM70 kot. Kecik gila kan dapur rumah ni..ok boleh langgar2 montot kalau duk ramai2..hahaha

16 ulasan:

  1. kenangan kan, pasti takkan dapat dilupakan ^_^

    BalasPadam
  2. Kalau tengok gambar lama mesti teringat kenangan lama suka duka hidup kita :)

    BalasPadam
  3. kdg2 rasa syg je kan.. tp kenangan tetap kenangan . BW kat sini salam kenal dr saya from www.lizaizara.com

    BalasPadam
  4. gambar dulu2 memang byk kenangan..lagi2 kalo rumah tempat menginap yang pertama..kan

    BalasPadam
  5. Kenangan indah ni..SA mana barang2 beli dengan duit sendiri memang dah jahanam dah..ada yang dah buang dah pun

    BalasPadam
  6. Bila dikenang2 balik sure senyum2 sendiri kan. Mmg kenangan lah.

    BalasPadam
  7. Sentimental value sangat ni.
    Mrs. A barang-barang time duduk rumah sewa tak banyak pun itupun ntah mana perginya hahhaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita masih ada lagi...guna cermat. Masa tahu TV rosak sedih juga..

      Padam
  8. bukit indah bukit belacan .. wak pon penah dok sini.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sampai ke sudah tak dapat locate bukit belacan kat mana.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.