Siapa yang tak terjebak beli secara online ni..mostly memang akan beli kan. Sapa yang belum pernah beli menggunakan medium ni untuk beli barang, aku nak tanya.. banyaknya masa hang p kedaiiiii..
Ok aku dah terjebak beli online ni lama dah...aku rasa sejak aku kenal dengan laki aku ni la. Masa zaman kawan2..dia asyik beli kupon makan murah2. Sapa pernah beli melalui Groupon, MyDeals dan segala macam sebelum boom Lazada, Shopee...dan etc...etc..
So bila beli online risiko dapat barang tak elok atau dented. Atau langsung tak dapat barang. Kira kena kapur la ni. Haaa...mai aku nak ceghita..ingat aku pernah kena dulu sekali...aku beli shawl 2 helai dapat 1 je..aku tanya2 tak dibalas.
Pastu ko ingat aku insaf ke beli online ni? Dah terpujuk diri...beli lagi. Hahaha..memang haaa penangan iklan dok keluar kat IG la, FB la..haish..
Ok baru2 ni laki aku kena. Dia nak tukar radio keta MyVi aku sebab dah out. Dia dah bayarla..pastu tak sampai2 la ke sudah. Aku kesian kat dia. Masa tu dia dok bawak MyVi hari2 p kerja nak ada entertainment. Sudahnya dengar dari HP ajelah. Aku memang hangin dengar dia cerita. Tapi dia pujuk diri sendiri wak lek cakap ni lah risiko beli barang online. Aku geram weh.
Pastu baru2 ni dia belila sembur Dettol tu..alaaa la ni kan benda tu hot. Dok nyahkuman tu. Dia pelik Shopee tulis delivered. Aku kata takda apa2 terima..memang sejak musim PKP ni dok rumah kena alert dengan bunyi van ka motor ke dok hon2 hantar barang. Aku pernah tidur nyenyak baik punya..last2 kena p collect kat Pos Malaysia. Hahaha. Ok balik cerita Dettol...laki aku boleh pasrah redha je.. aku memang geram ajelah. Last2 Shopee pulangkan duit. So kami tatau apa masalah seller tu sebab laki aku apa komen pun tak buat kat Shopee.. alahai baik gila la laki aku..orang dok tipu dia..dia sabar weh. Tapi dah dapat duit balik legala.
Then kami dok order sabun cuci pinggan lak. Pun dok kata delivered tapi takda pun. Aku hangin balik. Sebab mahai.. sabun beli online lagi mahal dari kat kedai sebab caj hantar mahal la. Beli 4 botol..sabun lak habis kat rumah..laki aku terpaksa keluar rumah jugak p beli. Ok laki aku ni golongan mudah diserang covid19 ya. So dia kalau boleh memang tanak keluar rumah selalu kecuali kalau terpaksa. Aku sampai cuci pinggan jimat2 sebab hari tu memang lastla picit habis botol sabun cuci pinggan siap dah goncang2 dengan air. Ok kalau hampa ingat aku ada buat sabun bancuhan dengan garam yang viral tu kan..aku tak buat dah. Sebab effort sangat. Laki aku pun kesian kata takyahla buat..dia beli jelah kat aku.
So punyalah lama....laki aku order 21 April..minggu lepas baru sampai.. tiba2 sampai lepas kata dah delivered. Nasibla selamat sampai. Ada sikit lekit2 tapi cara depa handle botol tu kelakar. Kalau nak pos benda cecair takmo bocor memang kena letak plastik kat tudung dia. Patut buka tutup botol buh plastik pastu tutup balikla. Ni dakkkk...dia p balut luar kepala tutup botol dengan plastik dan ikat getah. Aku pun tak dan ambik gambar sebab kalau barang sampai aku nyahkuman dulu dengan Dettol tu takda masa la nak p ambik gambar hoiii...baik aku bunuh kuman dulu. Hai lawak.. tapi alhamdulillah barang sampai. Sudahnya ada 7 botol sabun cuci pinggan. Haaa pakaila sampai lebam. Laki aku beli kat 99speedmart 3 botol terus sebab dia pun ingat memang sabun tu tak sampai2 kami kena tipu ke apa ke dia takmo fikir. Yang dok fikir aku jelah kan..
Tapi bila dah sampai aku ingat sabun tu bocorla..pastu depa dok kata delivered tu pasal apa...haa agaknya ada yang dok ganti balik..sebab barang2 lain semua dah tiba awal..sabun cuci pinggan ni la paling lama...ok dari Kedah.
Habis kisah. Eh belummmm...
Tu kisah pembelian oleh laki aku. Aku pun ada kisah..hahaha.
Ok aku order barang ni. Seller dari China la. Aku paham la lambat sampai aku no hal..tapi barang sampai tak cukup. Aku order 11 barang dari dia. Yang sampai cuma 5. Nasib yang sampai yang memang aku amat perlu. Yang tak perlu tu tak sampai aku hangen jugak. 6 barang kot. So aku dah cakap dengan seller dah 2 hari. Lembab na respon dia. Kata chat responses 99%. Dah kena..hambek..lembab. last2 sebelum masuk hari ketiga aku terima barang baik aku klik return/refund kat Shopee. Aku baru buat je sat2 ni. Aku dah mula hangen..tapi aku sabar. Aku da habaq kat seller kalau takdak barang aku nak refund. Tapi dia dok sebok minta label barang la. Macam2 aku dah buat ikut kata dia. Tapi esok last dah..meaning nanti Shopee release duit kat dia semua padahal aku tak dapat semua barang. So aku kena bertindak cepat. Sapa pernah kena...aku tunggu je ni..
mmg bengang kan mak kalo x dpt brg yg kita order., huhuhu
BalasPadamBengang wak..
PadamWak tak pernah lagi shopink maya2 ni.
BalasPadambagusnya lahaiii...
PadamAssalamualaikum. Uish, dasyat juga penangan pembelian atas talian ni. Setakat ni, SS pernah je beli online. Itu pun tengok keperluan. Kalau boleh pi kedai, SS sanggup je pi kedai. Tapi musim PKP ni bila tengok keadaan dah bertenang, baru berani keluar. itu pun berteman. Kalau beli online, inilah yang paling SS takot. Ss memang berjaga2 dan mcam2 fikir baik buruk sebelum buat pembelian online. Done follow #192
BalasPadamwaalaikumsalam. Kali ni memang terkena banyak sangat. Sebelum PKP memang suka shopping dalam Mr diy je. Beli online sebab barang diingini takde di kedai fizikal. Nilah risikonya.
Padamitulah
BalasPadamstress kalau beli barang...
yang sampai x cukup atau dapat benda lain
memang patut klik refund jer kalau seller berdolak dalih kan
dia dok dispute pulak. La ni masih bercakap kat chat tapi bukti takdak. Tu le rasa dia ni reseller sebab dia kata dia cek dengan warehouse..eh eh geram aku.
PadamAlhamdulillah setakat ni takde la pengalaman pelik-pelik. Setakat barang lambat je la especially PKP ni.
BalasPadamKita semua harap dapat barang yang dibeli tiba kat tangan dalam keadaan elok tak kira lambat atau tidak.
Padam