aku ni baru je balik dari klinik gigi Ampang. yaa..klinik kerajaan. lama? aku tak rasa lama..mungkin sebab dah biasa dengan ramai orang datang buat pemeriksaan. iyalah kat klinik kerajaan caj murah2 je. mana ada semua orang mapu nak bayar berpuluh2 atau beratus2 untuk sebatang gigi? apa lagi 2 atau banyak pula masalahnya.
aku sehingga hari ni tak pernah dapatkan rawatan gigi di klinik swasta. entahla sebab aku rasa selesa dengan doktor gigi kerajaan.
oklah untuk menjawab soalan Ann;-
- klinik pergigian walk-in Isnin dan Rabu je. jangan gatal2 pergi hari lain.
- nak bawak kereta ada je tempat parking. tapi luar kawasan bangunan la. aku dah cek tadi rasanya tak kena saman sebab takde line kuning. aku jalan kaki je..sebab dekat sangat.
- daftar masuk kat kaunter pergigian. kaunter banyak tau. jangan salah. tanya je petugas2 kaunter macam aku buat tadi. aku pun blur sebab 1st time ke sini. bayar RM1 je masa daftar.
- ko agak2 boring nak tunggu nama dipanggil bawalah apa2 untuk dibaca ke..aku bawa PSP sampai tak dengar nama dipanggil. bila mesin pemanggil panggil baru aku sedar. hahaha..dah 15 minit. nasib petugas kaunter tak marah. yelah ko orang ramai sangat, bising..lagi pulak aku tengah jadi BEN 10 tadi. hahaha.
- masa menunggu tak dapat ditentukan. sebab mereka utamakan ibu mengandung & warga tua. jadi banyak2 bersabar. itu pasal kena bawa apa2 yang boleh ko khayal bersama.
- bila dah masuk bilik rawatan, doktor gigi macam biasa cek semua gigi ko. aku fahamla 2-3 benda je. haha.
- kemudian dia tanya nak buat apa, sebab walk-in dia akan terus buat, tapi 1 rawatan je. masalah gigi lain..next walk-in dia cakap.
- so aku pun nak tampal gigi sebab kalau dah sakit........memang tak boleh tidur.
- doktor akan tanya pendapat. nak tampal/cabut..tengok kadar kerosakan. so aku nak tampal.
- maka aku kena RM2 je. hehehe...
aku tak alami karies yang teruk, maybe aku rajin guna flos gigi akhir2 ni. jadi doktor kata aku tak perlu cuci. dulu2 aku rajin cuci masa di UKM. oh alhamdulillah. next visit aku nak tampal lagi 1 gigi yang tampalannya dah tersopek sikit. guna2 la belen cuti tahun lepas sebelum burn akhir March ni.
Update aku pergi last Monday 24 Nov 2014.
Masa buat tampalan tu doktor cakap plaster kuning takde which is better than putih. Bulan Jan 2015 baru ada. Ah lantakla asalkan aku boleh tampal gigi ni ha.
Update aku pergi last Monday 24 Nov 2014.
Masa buat tampalan tu doktor cakap plaster kuning takde which is better than putih. Bulan Jan 2015 baru ada. Ah lantakla asalkan aku boleh tampal gigi ni ha.
satu malaysia mmg sme sama ek hari utk gigi tu...si adik ni dah 2 goyang giginya tp tak jugak tercabut2...igt nk pegi masa cuti skolah nanti cadangnye..
BalasPadambagus jawapan ko...harus aku print tampal dekat peti sejuk rumah aku, boleh buat panduan laki bini. thanks babe
BalasPadambagusnya tak pernah pegi swasta.. mekchu pulak tak pernah pegi kerajaan sbb ngeri tgk mulut kawan2 yg terkoyak.. hihihi..
BalasPadamratu; kanak2 kan selasa & khamis. jumaat diorang pergi sekolah rasanya
BalasPadamann; sila2la pergi laki bini. aku rasa klinik ni bagus. hehe jadi aku citerla. tak bagus pun aku citer gak. hehe
BalasPadammekchu; terkoyak? aiseh napa jadi mcm tu? ke sebab dentist baru2 habis blaja...
BalasPadamAssalammualaikum Eri-chan...
BalasPadamhuuu...bestnye info..tp nk tnye Eri ni,klinik gigi kerajaan kt ampang ni kawasan mane eh?dekat x ngn mane2 landmark?sy sok bukit belacan je..nak pegiiiii....saket gigi..hukhuk..tq... =)
dekat Giant Spektrum kan ada simpang tiga masuk kanan kemudian kanan lagi terus nampak berderet2 van ambulans. senang jek..
Padamtq Eri, japg pas abes keje nk trus cari.. =)
PadamEri, sy nk tanye..yg awk maksudkan tu hospital ampang ke?psal sy da berpusing2 cari klinik gigi kerajaan tp xjmpe..hmm..ke sy silap ye..?
Padamtak. ni memang klinik kesihatan. camner ek nak cakap lagi, saya dah bagi paling senang direction. even ada papan tanda ke situ. kalau dah sampai 3 junction tu kan sila ke kanan, terus bawa kereta sehingga hujung masuk kanan lagi. kat situ ada bangunan kompleks lama macam kena tinggal tapi ada je sebenarnya bisnes. memang akan nampak rumah2 banglo/teres yang besar berpagar klinik tu memang dekat situ je. ada je ambulans, ada juga orang jual kuih muih depan klinik.
PadamHai, nak tanya, kat Klinik Ampang ada rawatan Scaling gigi tak?
BalasPadamRasanya ada. Dulu pergi ada gak tanya tapi doktor kata kita takyah buat sebab gigi ok je. Doktot akan tentukan gigi tu layak buat ke tidak.
PadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
BalasPadamWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
Kenapa kena walk in hari isnin-rabu je ?hari lain tak boleh ke ?
BalasPadamKlinik kerajaan dah tetapkan camtu. Hari lain tu diorang pergi sekolah atau ada appointment.
Padamsaya punya gigi hmpir 2 minggu sakit bln2 puasa al mubarak nie... nak gie klinik swasta mahal hmpir 700.00 ratus kena keluar duit semata-mata sakit gigi punya pasal..... kenapa klinik kerajaan tak buka hari sabtu operasi hingga pkul 2pm kan elok jika ada jika kecemasan berlaku.. adakah sy bertambah gemuk atau dosa2 sy telah allah ampunkan.... sakit gigi tangkap sampai ke otak terasa... bukan biase-biase sakit
BalasPadamAduh ngeri la dengar gigi sakit. 2 minggu lama sangat tu.
PadamPrivate memang mahal..tapi saya cabut gak gigi berlubang tu akhirnya di private sebab dah tak boleh tunggu Isnin..RM500 terbang.
Dentist gomen dibayar gaji oleh gomen jadi kena ikut waktu operasi gomen la..dulu2 klinik kerajaan buka je Sabtu sampai jam 12. Tapi klinik gigi memang weekdays je..tak pernah buka weekend.
Saya rasa sakit gigi lagi sakit dari nak beranak. Jadi silalah pergi jumpa dentist cepat2 ya.