Ahad, 1 Februari 2009

People Around Me


Dikelilingi orang2 asing dalam hidupku membuatku belajar pelbagai perkara baru. Jika sebelum ini duniaku hanyalah familiku. Berkenalan dengan orang2 disekelilingku membuatku rasa ingin menyatakan serba sedikit tentang mereka di dalam blog ini.

Mereka Yang Sudah Dewasa-Mukallaf (Tahu Membezakan Mana Baik Dan Buruk)

Aku berasa pelik melihat kawan2 perempuanku yang sudah berumahtangga tapi masih lagi tidak kisah tentang kewajipan mandi junub selepas bersama dengan suami mereka. Alasan2:
  • Dah terlambat bangun, tak sempat nak mandi...?Nak kena cuci rambut lagi.....rambut panjang, leceh lambat kering...ini kalau kes nak pergi kerja pagi esoknya.
  • Kalau balik kampung, kalau suami dah minta, kena bagi jugak, esoknya nak mandi malu sebab bilik air satu, nanti nak mandi pagi2 subuh malu kena usik sebab melayan suami malam tadi??

Walaupun aku belum berkahwin, tapi aku tahu kewajipan untuk mandi junub ni selepas bersama suami tak kirala keluar air mani ke tidak. Mandi ni untuk menyegarkan badan, ada sebab2 dia kenapa Allah wajibkan kita mandi. Pelik aku ni diorang kawin tak lepas ke fardhu ain? Setahu aku tak tahu fardhu ain ni berdosa. Benda ni wajib dituntut, dipelajari, diamalkan dengan ilmu bukan ikut sedap nafsu je.

Mengerjakan Solat

ini adalah amalan yang paling dituntut. Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap syahadah. Tapi inilah amalan yang paling susah nak dibuat...??Terutamanya;
  • Waktu subuh-terlajak la subuh gajah. Takde diqadaknya, alasan dalam Al-Quran tak dinyatakan pun kena ganti solat kalau tertinggal, kita sebagai manusia yang kena mereport amalan pada Allah tiap 5x sehari janganlah buat2 tak faham kita siapa disisinya..
  • Waktu zuhur kalau kat opis tengah sibuk dengan kerja sampai terlajak ke asar, dahnya tak buat gak..sebab kerja disisi manusia lebih penting amalan disisi Allah..??
  • Waktu asar-nak balik rumah baru solatla...sempatnya, lepas tu jammed kat tengah jalan asar pun burn
  • Waktu maghrib-baru sampai rumah penat pulak nak makan dulu, kenyang sangat rehat kejap dah terlepas waktu.
  • Waktu isyak mungkin ramai tak tinggal sebab ini waktu yang panjang. Kata seorang kawan bila ditanya tentang solat isyak; jawabnya isyak bukan lagi afdhal ke dibuat jika dah larut malam..astaghfirullahala'zim.. Mane punya tok guru ni...??
  • Waktu keluar shopping-ni kes paling banyak.. Kalau kat rumah atau ofis boleh solat, tapi kat shopping complex payah sikit. Padahal sekarang shopping complex dah banyak surau awam dibina, siap sedia tempat wudhuk, telekung bagai..lagi satu aku tengok sebab masing2 dah bermekap cantik, malas nak cuci nak mekap balik, tak bawa alat2 cucian mekapla, kalau lelaki pulak alasan seluar kotor..erm tak faham, kita dah dewasa kenapa tak guna akal tu untuk bawa benda2 tu kalau rasa nak shopping lama2. Mungkin berat beg tangan atau leceh nak bawak tapi kalau bawak barang shopping 2-3kg pun rela..
  • Waktu melancong-waduh, melancong pun boleh malas nak solat. Nak kata masjid tak de, kawasan R&R sekarang ada je surau, kat hotel pun boleh alas2 la sikit dengan tuala/cadar ke lantai tu. Yelah kita pun tak tahu tetamu bilik sebelum tu bangsa apa. Bilik memang dicuci tapi bersih jelah belum tentu suci..
  • Waktu tengok wayang-wayang banyak timingnye tapi kenapa nak pilih jam 4 ptg kalau citer tu 3 jam, dah tentu burn asar, nape nak tgk jam 7ptg, dah tentu burn maghrib,..
  • Waktu menziarah rumah orang - janganla segan sangat nak minta tuan rumah yang kita nak tumpang solat,..risau sangat fikirkan kita akan susahkan tuan rumah, tuan rumah memang gembira layan kita sebab tetamu yang datang dirai, tuan rumah dapat pahala, kita balik bawa dosa dia yang kecil2 keluar, habis kalau kita pun tak solat kita bawa balik lagi satu dosa besar..tak ke haru..

Rasulullah SAW bersabda " beza antara orang musyrik dan orang kafir dengan orang Islam ialah solat"

Amalan Berpuasa

Puasa Ramadhan adalah puasa yang wajib dilakukan pada bulan Ramadhan. Jika meninggalkan dengan sengaja tanpa sebab2 yang dibenarkan maka berdosa. Sekiranya seorang perempuan berpuasa kemudian haid, dia boleh meninggalkan puasa tapi dia wajib menggantinya kelak sebanyak hari2 yang dia tinggalkan. Begitulah juga sekiranya dia mengalami nifas sekiranya melahirkan anak atau keguguran.

Aku sengaja nak menyentuh bab2 mengganti puasa ni sebab ada yang terlajak sampai nak masuk Ramadhan seterusnya baru nak ganti. Dah mula kelam kabut. Jika dibuatnya kena period dah tak sempat. Maka ada yang fikir macam2 alasan, contohnya;
  • Ganti jelah tahun depan-tanpa sedar yang bila dah melangkau setahun tu, diwajibkan membayar fidyah sehari dengan satu cupak beras kepada orang2 miskin. Sepengetahuan aku satu cupak sekarang sama dengan 600gram beras. Kalau susah nak jumpa orang miskin tu bayar jelah pada institusi yang menguruskan anak2 yatim/orang2 fakir miskin.
  • Ada tu pulak fikir bayar fidyah jelah takyah puasa boleh?Ya Allah ni mane satu tok guru dah dia belajar ni. Ni kata2 yang aku dengar secara langsung dari seorang kawan lelaki. Terkejut aku, cepat2 kau betulkan pandangan dia tu.

Bab2 puasa ni memang rajin juga orang nak buat pada bulan2 selain bulan Ramadhan, yang sedihnya ada yang berpuasa tapi tak solat. Sebab puasa lagi senang tahan lapar je..solat 5 waktu payah sikit. Tapi kita kena ingat bahawa solat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar, solat adalah tiang agama, tanpa mengerjakan solat adakah amalan kebajikan kita yang lain akan diterima disisi Allah? Wallahualam, semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa2 kita.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kenaifan diriku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.