Sejak tamat zaman belajar, aku mula2 tinggal dengan keluarga Kak Cupa di Bangsar. Masa lepas abis blaja kat UKM tahun 2003, aku sambung keje aku di Petrosains hinggalah aku dpt keje dengan sub-con Petrosains iaitu Stagno Tech. Ulangalik ke Bangsar-Ampang amatla meletihkan . Naik tren dan bas aje pergi balik mau makan 2 jam. Hari2 aku tgk org berlainan dlm tren, bermacam kisah aku tengok live! Kendian bila dpt keje dekat Nadin, aku masih menumpang di rumah kak Cupa-excuse me, bayar rental tau..
nilah bilik aku tinggal...bilik orang gaji hehe
Then, satu hari kak Cupa ckp, abg Musa ditukarkan ke KTM Bukit Mertajam, jadi diorang semua kena ikut pindah. Aku time tu tergamam gak, nampaknye kenalah aku berpindah..yang comelnya, Muhammad dan Dina tanya aku Cik Neng ikut kitorg pindah sekali tak? aku senyum jelah kat anak2 sedara kesayanganku ni..
tahun 2008 atau lebih tepat 30 december 2007 aku pindah ke bandar baru ampang..cari punya cari dapat bilik lot rumah kedai..tak kisahlah janji senang pergi kerja kat ampg point. mula2 nak hidup sendiri ni sedih gak, mlm pertama dah kena kacau dek "ceplos". terkejut gak aku, terus bangun ambil wudhuk.
nak makan satu hal la..kenala pandai cari port makan..dahle aku cerewet..so nak senang mkn kfc or burger dekat giler dgn umah. sebab kak Cupa akan berpindah pada 18 Januari, aku pun bila hjg minggu balikla Bangsar. Rindu kat budak2 kecik yang bising dan comel. Pastu mkn makanan rumah..erm siksanya dok sorang2..
Disebabkan asyik terperuk je dalam bilik, aku makin lama makin tak tahan.. pulak2 lepas kes lampu spotlight keta kena curi aku dah tak senang duduk tinggal di area situ. so aku pun pindah lagi ke pangsapuri kemboja..tingkat 8 pada 30 November 2008. dekat sini selamatla Baby aku sebab ada guard. Tapi aku still terperuk dlm bilik terutamanya bila housemate bawak balik BF or sedara mare dia dtg..erm tak tahan..aku nak ke bilik air pun payah nie..
satu hari yang baik, mak angkat aku call tanya aku nak pindah rumah tak.sebab dia pun tak suka aku tinggal dekat situ..even mak aku pun aku tak bg dtg..masa kat umah kedai dulu mak dtg jugak tgk2 aku..hehe aku pun sbnrnya mls nak pindah tp sebab aku pk aku leh jd dosa sama ni sbb terlibat dgn aktiviti rumah tu walaupun aku tak rela....!
so 29 Mar 2009 aku pindah ke apartment seri baiduri di bukit indah..wow marvelous tempat nie.. nie barulah boleh jadi rumahku syurgaku...tempat lepakku. thanks to Yanti dan mak angkatku sebab mengambil berat tentang tinggalku. ada swimming pool..walaupun agak penatla tingkat 4 naik tangga lagi..kalau tak kurus taktaula aku..apapun aku enjoy tinggal sini..dan mula kumpul harta..beli mesin basuh dan ice box..pasni ingat nak sofa pulak,err bebaru ni dah beli dapur gas..yehaaaa...aku suka rumah ni sampai akhirnya aku masukkan internet..so bolehla lyn games..uhuhuhu
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.