20 Mac 2019 |
22 Mac 2019 |
23 Mac 2019 setakat jam 7.38 pagi tadi |
So hahaha selalu tu betul ke gelak? Aku jarang gelak. Tapi aku suka gelak hahaha dah noktah. Eh jarang gelak adakah aku sombong macam kayu atau muka 14 kata seorang hamba Allah tu. Dulu2 la selalu je kena cop macam tu. Ada aku kisah? Sebab tu kot aku tak ramai kawan sebab aku ni jenis tak peduli sangat. Aku bukan caring person. Aku pilih siapa yang layak. Sebab bila dah rapat tu cam menyesal lak kawan tu berkawan dengan aku. Banyak cakap pulak rupanya... tu pun kata2 seorang dua kawan zaman belajar dulu lah.
La ni aku takde buat kawan baru pun. Selalu tegur2 kat IG ke status whatsapp tu sebab aku punya adrenalin gembira terlonjak tu tengah ON. Hahahaha jangan kecil hati la ok. Aku memang direct person. Memang ada juga kata2 aku berlapik. Kita ni kadang2 yang tak rapat tapi tiba2 datang tegur hentam macam dah kenal lama memang boleh naik marah. Kalau kawan rapat tegur lak ada sedikit sentap. Tapi bagi aku lebih baik berterus terang dari menyesal kemudian hari. Kita pun tak tahu berapa hari lagi Allah bagi pinjam nyawa ni. Nak sombong buat apa kan. Sombong tu sifat Allah. Kita ni makhluk hina dina ni siapa je pada pandangan Allah.
Aku tengok yang pageview paling banyak ialah resipi. Pastu pasal review dan tips. Aku suka je masak tapi selalu guna resipi orang. Takde lagi mereka resipi. Bukan pandai. Review jujur dari penggunaan sendiri tanpa ditaja tu paling susah kan. Tapi aku suka share apa benda aku beli dan pakai. Ok ke tak. Tapi aku tak sukalah cakap "kalau beli kat kedai itu ini tak best ke tak sedap ke jangan beli." Bagi aku tu macam musnahkan bisnes orang. Korang masing2 ada deria rasa sendiri. Jadi rasailah pengalaman itu walaupun pahit. Memang agak marah bila rasa tertipu dan bengang kenapa tak diberitahu dengan jujur selepas terkena. Tapi lepas dapat pengalaman pahit tu lah kita dapat pengajaran dan hikmah. So aku sendiri pun dah kena beberapa kali. Diamkan aje.
Bercakap pasal makanan yang dijual di kedai2 ke atau tepi jalan ke atau dalam mall2 besar ke atau dari rumah ke, aku tak suka viralkan sangat. Laki ada berkisah satu kedai ni masak sedap, yang mencuba tu pun viralkan..ramailah datang tapi akhirnya peniaga tak menang tangan. So bungkus. Orang yang viralkan mula2 tu rasa bersalah. Tapi kata peniaga mereka memangdah nazak pun, 8 tahun je bisnes. Maybe bila ada masalah kewangan walaupun dapat pelanggan yang ramai berpusu2 mengunjungi kedai tapi sebab tak dapat buat pinjaman dah akhirnya tak boleh beli stok makanan, bil2 tak dibayar maybe kena shutdown jadi stok makanan rosak. We don't know people problem. But please don't create problem to them. Kesian. Boleh jadi juga bila ramai sangat datang peniaga tak dapat kekalkan masa servis, lambat siap, food taste tak buat dah lain rasa dan macam2 boleh berlaku. Orang makin marah sebab beratur lama. Akhirnya di viralkan pulak pasal ni dah nampak buruk terus tak laku. Kan ke kesian.
Tips2 berguna untuk surirumah macam aku nak jimat duit ni memang aku suka share. Hahahaha..walaupun laki bagi duit belanja, bila keluar dengan laki dan anak2 laki belanja lagi so aku tak usik sangat duit tu. Kadang2 laki bagi balik jumlah yang aku dah belanjakan untuk hobi, kecantikan dan makanan. Hobi tu macam beli buku, barang menjahit atau sebab hobi saya ialah suka beli apa yang nampak sesuai untuk kegunaan seisi rumah. Selalu gak kena soal jawab balik beli sebab apa? Kena ada jawapan kukuh atau kalau kurang kukuh tu sila buat benda lain macam bagi laki gelak besar so akan dapat balik duit. Hahahaha. Kecantikan tu macam beli barang penjagaan dirilah. Skincare ke vitamin ke baju lawa ke...tudung ke walau tudung dah cecah 100 helai. Makan selalu ada hati nak biskut atau makan pastri mahal tak reti buat. Hahahaha. Atau mengada2 malas nak buat pun ada.
Walaupun laki bagi kad kredit tapi aku cuma guna untuk bayar bil doktor je. Sebab kalau jumpa doktor budak2 ni tanpa laki memang aku tak cukup duitlah. Especially bila jumpa pakar. Aku belum ada sifat gila guna kad kredit laki dan shopping till drop. Setakat ni masih jujur bagitahu dulu nak guna macam kalau pergi Sogo dan beli baju budak2. Hahaha..dah lama tak pergi Sogo weh..kami amalkan hidup bebas hutang selagi boleh. Kami laki bini dah lama habis bayar hutang belajar. Hutang kereta pun habis. Rumah sewa je. Kami tak mampu beli rumah. Lagipun dah ada plan balik kampung lepas laki retired jadi buat apa beli rumah kalau dah ada rumah kat kampung. Bunyi macam rugi bayar sewa tapi ingatlah assessment, quit rent dan pelbagai masalah rumah ni...lagi banyak kot. Rumah kami duduk ni ada anai2. Tuan rumah tanak buat apa2. Ingat murah nak panggil penghapus anai2? I'm sure there's a big anai2 punya castle bawah tanah ni. Buku laki masa zaman belajar letak dalam stor habis semua dah kena nomnom. Tukar pintu stor je dah RM700.
Dulu aku suka cerita pasal review kat kedai makan. La ni aku malas. Aku makan ambik gambar buat blog atau post kat IG atau peram. Kadang cuba cari resipi masak pulak kat rumah apa yang dah dimakan kat kedai tu.
Aku suka juga cerita pasal perjumpaan dengan kawan2 sambil makan. Tapi semenjak aku kawin dan beranak pinak ni aku makin jarang jumpa kawan2 dan lepak.
So cerita aku banyak pasal anak2. Pasal jalan2 travel dengan laki yang memang suka ambil gambar untuk aku buat blog. Dia menyokong minat aku sejak dari mula2 berkenalan dulu. Berapa banyak cerita mallhoping dengan dia. Hahaha...pasal makan2 kami..lama2 aku rasa eh ni betul ke aku buat? Riak ke tunjuk semua ni. So aku stopla perlahan2. Namun aku masih cari pasal makan sedap kat blog atau IG orang lain. Korang share aku baca je. Hehehehe.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.