Khamis, 17 September 2020

,

رسيڤي كروتوڤ

Resipi Kerutup


Ok memang banyak je post aku masak kerutup. Kali ni aku buat kerutup laki aku suka pulak..macam rasa dia al dantè la. Kali ni bukan main agak2. Ada ukuran jadi sementara masih ingat..baik tulis.

Blend kering
1 sudu besar (SB) ketumbar
1 SB jintan manis
1 SB jintan putih
1 SB bunga lawang
1 SB serbuk kayu manis
1 SB buah pelaga
1 SK cengkih
1 SK lada hitam
2 biji buah keras

Serbuk kayu manis tu blend asing sebab dia kan kayu...ada juga jual siap2 tapi ada bau manis2. Sesuai untuk desserts.

Blend basah mesti campur air la...
20 biji Bawang merah
11 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas


Perapkan dengan 1.2kg daging batang pinang yang dipotong kiub, simpan dalam peti ais 2 jam minimum. Lagi lama perap lagi sedap. Kali ni aku buat perap dalam 12 jam.


Panaskan kuali
Minyak kelapa
2 biji bawang besar hiris
3 SB Cili boh
Masak hingga pecah minyak
Masukkan daging yang diperap

Selepas setengah jam..
Masukkan 2 kotak kecil santan kacau sebati dulu
1 SB asam jawa dibancuh dalam 1 cawan air
1 SK garam kasar
2 SK garam halus
1 SB Gula melaka/nira
3 SB kerisik

Bila hampir masak baru masukkan..
1 helai daun kunyit racik halus2
3 helai daun limau purut.

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.