Ahad, 20 November 2022

Abang Sulung Telah Kembali Kepada Penciptanya

Memang sejak sebulan lepas abang Choy sakit2 makin menjadi. Ada kiriman pesanan dari Kak Ma suruh balik Koyan bila ada masa. Dia sedih tengok keuzuran abang kami yang semakin bertambah. Masih aku ingat mesejnya abang Choy nak minta maaf pada adik beradik kalau ada salah silap..rasa hidupnya tak lama.


 

Beberapa bulan lepas aku balik Koyan dia ada balik sekejap dengan isterinya untuk jumpa Mak. Kami sempat bergambar di dapur. Tapi abang aku ni selalu nak look tough. Masa kak Ma ke Kuantan, dia balik Koyan untuk tengok dan jagakan Mak. Kemudian minta kak Ma balik cepat sebab dia pun tak berapa sihat. Masa ni kita semua ingat dia sihat. 

Aku pun memang cadang nak balik Koyan ziarah dia di hospital hari ni. Penat tak habis lagi balik dari Ipoh semalam sebab laki aku kena balik Taiping untuk mengundi dengan adik ipar dan Mak Mentua. Aku memang mengundi di sini. Pagi kemas2 beg baju dan nak bawak Aqeel je sebab petang ni Aqlan ada kelas karate. Dalam sibuk mengemas baju yang sesuai untuk tidur di motel di Kuala Lipis tu..aku sambil2 tengok mesej kat HP. Dari Abang Bad katanya abang Choy dah meninggal. Aku terus rasa entah..dada aku...fikiran aku jadi celaru. Terus nak balik keluarkan baju Aqeel dan kemas baju untuk balik Koyan. Kena lain sebab sana ada abang ipar suami kak Ma tu jadi aurat kena jaga pakaian pun lain la sikit dari tidur kat motel tu. Dalam kelam kabut tu ada juga yang tertinggal.

Minta tolong adik ipar jaga anak2. Mentua pun ikutla balik rumah adik ipar nampak gaya sebab takde siapa pula nak layan mereka di rumah kami. Jalan elok je takde jem..orang dari pantai Timur memang jemla sebab baru balik dari mengundi kat kampung masing2.

Kami sampai di masjid almarhum selesai disolatkan tak sempat tengok, jenazah nak dibawa balik ke rumah kelaminnya sebab balu abang nak tengok buat kali terakhir. So kami ramai2 ke rumah abang. Aku naik atas van jenazah dan tengok beliau buat kali terakhir macam tidur je..muka macam bapak aku pun ada. Tapi aku tak cium. Kak ma cium. Aku diam je bila dia bagitahu sebab aku rasa kena ke cium jenazah? Dia abang aku takde masalah tapi aku rasa takyah la cium.

So bila nak disemadikan aku tak ikut. Laki aku pergi. Aku duduk rumah teman Mak sambil pujuk2. Mak menangis. 2 orang anak lelaki Mak dah pergi. Tahun lepas abang Lut. Tahun ni abang Choy. Mak juga kehilangan kakak dan adik lelaki dia Tahun ni. Betapa Mak aku perlu menghadapi semua ni...tapi adik aku cakap kadang2 Mak aku lupa yang abang Lut dah meninggal setahun lalu.

Lebuhraya KL Karak

Dengan cucu saudara, Azizah

Dengan balu almarhum abang, Kak Long Suhana

Dengan adik bongsu, Yome

Kubur almarhum Bapak


Ada saudara sebelah kakak ipar aku bawa makanan untuk dijamu. Mak tak mahu makan. Aku minum air dan makan cekodok pisang. Haus..minum air berkodi2. Nak menunggu pulak adik beradik lain yang on the way nak ziarah. So ada yang sempat jumpa di rumah abang ada yang sempat jumpa di perkuburan. Aku ziarah kubur sebelum balik Koyan.

Sampai Koyan aku ziarah kubur almarhum bapak pulak. Hujan gerimis lepas tu. Penat tatau nak cakap. Laki aku pulak tergelincir di kawasan perkuburan 2 kali. Tatau la lebam ke tak..tapi dalam sakitnya masih nak bawak kereta juga.