Isnin, 6 Mac 2017

Kos Sambut Harijadi Secara DIY

Tahun ni laki niat nak bawak anak pergi A&W tapi disebabkan gangguan perbelanjaan bulanan akibat kemerosotan ekonomi (sejak Julai 2016), kami rasa baik berhemat, bercermat, berjimat. Ya kami suka jalan2, itu kos tak dapat elak...tapi untuk sambut birthday Aqlan takpe jelah buat DIY tahun ni. Lagipun dah merasa yang lavish tahun lepas sudahlaa....jadi tahun ni sebab aku banyak masa terluang dan idea datang hasil lihat post birthday party anak2 orang lain (anak omputihlaaa) yang dibuat secara DIY.

Mula2 tetapkan tema...Roket..sangat jarang kan...Aqlan semua nama planet dia dah hafal dan tahu, sedangkan aku pun tergagap2... hahaha... homeschooling berjaya? kalau anak tu malas belajar, malas juga. jadi aku biarkan saja dia cari ilmu apa dia suka tapi dengan pemantauan. Tentulah tak suka yang ganas2. walaupun anak tu lelaki. Bukan bermakna akan jadi lembik tapi biar beradab dan berbudi bahasa.

Perkara pertama aku bayar untuk birthday ialah kertas crepe. Beli kat Popular 6 keping. banyak benda2 lain aku dah ada, tahun lepas punya deko banyak beli tak pakai sebab bila dah appointed orang lain, mereka dah sediakan semua. Macam nak buat roket sendiri hanya guna kertas silinder tisu dapur, kertas kadbod berwarna, kain perca, tali, butang, pistol gam dan stapler. Semua tu dah ada.. Jadi mula2 aku nak cerita duit yang dibelanjakan untuk sambutan birthday tahun ini.

DEKO

kertas crepe 6pcs RM7.00 - Popular
belon 3 pax RM6.36 - Eco Shop
googly eyes RM2.90 - Karysma
star shaped beads RM5.90 - Popular
tali RM14 - Karysma
cotton ball RM5.30 - Daiso
Happy Birtday Sign  RM5.30 - Daiso

HADIAH


  1.  toys 14 pcs RM29.68 - Eco Shop
  2.  toys 6 pcs RM10 - Giant
  3.  wrapping paper 2 pax RM4.24 - Eco Shop
  4.  riben RM2.12 - Eco Shop
  5.  sweets 2 pax RM4.24 - Eco Shop


HIDANGAN


  1.  spaghetti Kimball 500gm RM3.30
  2.  meatball 800gm RM11.30
  3.  mushroom Hosen RM3.90
  4.  tomato puree 220gm RM3.10
  5. tomato RM2
  6.  prego sauce RM12.61
  7. chicken cocktail 500gm RM21.98
  8.  daun pudina RM1.99
  9.  lemon RM7.99
  10.  sirap RM6.57
  11.  gula RM2.95
  12.  ais RM3
  13. daging lembu RM37.09
  14. bawang merah india RM3.40
  15. gula perang
  16. kicap RM6.90
  17. cili kering RM2.07
  18. halia RM2.03
  19. bawang goreng RM9.60

Aku hanya masak spaghetti dengan kuah bolognese, nasi putih 4 pot dan cocktail ayam dicucuk spaghetti... Laki buatkan air lemon+pudina dan sirap+lemon. Adik ipar masakkan daging rendang hitam dan kek velvet (kek di sponsor)

RM238.82..so lebih kurang RM240. Tetamu yang datang;

9 dewasa
5 kanak2

haha..sebenarnya kami memang ada beli banyak tapi aku hanya masak untuk siapa yang confirm datang. Jadi stok berlebihan simpan ajelah...tak masak pun. macam spaghetti tu beli 2 bungkus, pakai sebungkus aje...

jadi bila difikirkan kos tahun lepas yang menelan belanja dalam +- RM2k jugak, jadi kami tahun ni HANYA belanja 10% dari kos tahun lepas....wooooo.... apapun yang penting tetamu2 yang datang kenyang dan siap tapau bawak balik kek dan rendang hitam.

gambar2 makanan aku tak sempat ambik...dah lapar, makan jelah dulu..hahaha..


Lepas tu aku offer la budak2 ni nak roket tak..harusla diorang nak bawak balik...dah togel sikit dindingnya..mintak 3.. tertinggal 1. Kekekeke..

Keadaan rumah tak teruk mana pun, penat ya ampun...tapi still tak boleh lawan penat tahun lepas layan berpuluh2 orang...

12 ulasan:

  1. sis...eco tu eco kat mana sis pegi? boleh tau where do u stay?? tabik spring sis boleh bajet mcmni! siyes. saya pun kena berhemah ni, baru leh kaya. hahaha.ni duhet mcm air sungai lepas hujan, kekemain deras mengalirnya! recall jamuan raya je...tak buat open house pun..tp tetamu dtg every week non stop..skali jamu (1 mggu) dalam RM5-700 jg.. 3mggu..settled rm2000. kalau open house almost rm5k dah tentu! sungguh, saya kna do something ni..hahhaha. start berhemah jg. tq for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat Balakong nun..alah waze ajoh..hahaha...jangan tanya kita sangat sebab kita ni semua laki manjakan..mana nak pergi semua dibawanya...

      kita duduk Kinrara..tak jauhla dari rumah, Kinrara kan antara KL dan Selangor.

      nak dapatkan barang dapur murah pergi pasar borong selangor kat sebelah Giant Seri Kembangan tu, kedai nama Sri Ternak...kedai tu memang murah.. actually kena rajin tengok promo kat Giant juga..hihi..

      Padam
    2. tq anis.. :). Anis, selanjur ni kita nak mnta tlg sikit.. weeknd ni nak p ipoh..meh tlg sat bgtau makan mana sedap and igt tak landasan keretapi lama yg hang posing maghin..tu kat ipoh ka penang eh?? hahha.maseh darling...

      Padam
    3. eh kat Kajang pun ada kedai Eco tu tapi tak pernah pergi...

      okay kat Bandar Ipoh ya sila pergi makan Mee Rebus Ramli memang mee rebus dia sedap bak hang & Kafe Setinggan untuk try laksa dia..pengsan makan sambil feeling2 ambil gambar dalam tu...waze jelah ya...hehehe

      Victoria Bridge dekat Karai, Enggor di Kuala Kangsar, hati2 tau jatuh dalam lubang kena lenyek je.....ha dan dan tu pergilah makan cendol sedap tepi sungai Sayong tu dah dekat sanagt, order abc sekali.

      Padam
  2. Balasan
    1. jimat sangat2..ni laki yang suruh drop down kos..haha buat rujukanlaa..

      Padam
  3. walupun penat tapi puas hati dgn hasil tangan sendiri, jnji budk2 ni happy, asal dpt nyanyi & potong kek tu dah best sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. citer pasal masa potong kek nanti lepas dah pindah gambar. nangis sekali lagi sebab pakai kamera godang pixel besar..

      Padam
  4. Ye lah..slagi blh jimat..berjimat lah d zmn gawat mcm ni.. Lg pom birthday ni budak tgk ada kek pom dh happy giler kan.. Lya setiap tahun mmg diy je utk birthday fasya.. Xpe murah..asal ank happy

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, diorang yang penting kek dan belon. haha...pastu koyak hadiah..suka naa

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.