Ahad, 14 November 2010

Sekinchan Ikan Bakar At Sri Gombak

semalam zcat nak pergi lunch di Sri Gombak. sanggup kan datang jemput aku kat rumah. dia diminta untuk cuba makan di Sekinchan Ikan Bakar oleh kawan2 gym yang tinggal di area situ. aku kan last week dah pergi makan Papparich kat situ, so tahulah tempatnya kat mana..

Lunch hour hari sabtu memang ramai orang. pulak tu kami dah lewat sampai.. biasalah stuck jammed dekat persimpangan Flamingo-AKLEH-MRR2. 

mahu jam 2 lebih gak baru tiba..itupun berpusing2 cari meja dulu sebelum boleh tempah ikan. sebab ikan2 bakar ni ambil masa yang lama untuk dimasak.
 boleh bawak laptop dan surf web percuma. handphone canggih pun boleh tumpang wifi..
pekerja cuma bawakan air dan ikan bakar..nasi, ulam-ulaman kena ambil sendiri
 pilih ikan di sini
 makan di sini selain dari tingkat atas

 tunggu ikan


jadi kami pun duduk dimeja no 106. kat area bawah. ingat nak duduk atas dapatla air-cond. cuaca kan panas sekarang ni..tapi dah full, kemudian macam ada event pulak tu siap boleh dengar dari speaker.

jadi..kitorang order air dulu..haus ni....
sirap bandung RM1.80, jus epal hijau+asam boi RM4.00
 kerang bakar RM8.00
 ikan keli bakar RM10.00
 ikan pari bakar RM10.20

 ulam-ulaman RM2.00
 sambal termasuk harga ulam-ulaman.berapa kali nak ambil pun sekali bayar je
 dah licin!
jangan segan2 kalau dapat makan sehingga licin. ini menunjukkan makanan sangat sedap. tapi tak dapat melawan kehebatan Ikan Bakar Sri Nikat kat Hulu Langat tu

ok semua puas hati tengok gambar? pergi try la kalau mahu rasa..kitorang kena RM39.00 je...

5 ulasan:

  1. sy pun dah mkn ikan bakar sekinchan ni tp caw kota damnsara...suami sy lah kata sedap sgt tapi bg saya biasa jer..suka yg ikan bakar yg biasa jer, yang ni kan mcm berkuah sikit..

    BalasPadam
  2. hanim; mmm tulah..zcat nak datang makan sebab nak makan ulam-ulaman je sebenarnya tapi dia juga suka ikan2 tu..kita pun rasa biasa je cuma sedap dapat makan kerang besar.

    BalasPadam
  3. ada rumah kat sri gombak tapi tak pernah masuk lagi kedai tu sebab tak ada geng. nampak sedap seh. bangga ade nama sekinchan sebab rumah nenek saya dekat sekinchan. :D

    BalasPadam
  4. nok ko dah pegiiiiiiiiii...nak jejak gak ar..takpe aku dekat...bebila leh

    BalasPadam
  5. benrauf; takkan la takle ajak adik ke mak ke...nak tunggu geng kadang2 diorg ni busy dengan kehidupan memasing

    mimy; harapkan dekat tapi tak pergi2 kan..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.