Khamis, 30 Januari 2025

January Babies

2025. 

Wow alhamdulillah masih hidup sampai hari ini. Bernafas dan dapat beristinjak dengan normal. Saat lemahku di atas katil selepas melahirkan anak pada 2014 dan 2018, kena pakai kateter untuk membuang air kerana menjalani pembedahan melahirkan anak.


But apa yang nak ditulis sebenarnya adalah ucapan untuk 2 kekanda. 1 abang dan 1 kakak lahir pada Januari. 


1 Januari abang nombor 2 dilahirkan. 30 Januari kakak nombor 2 dilahirkan. Beza umur abang kedua dengan aku ialah 14 tahun dan beza kakak kedua dengan aku ialah 11 tahun. Abang kedua warga Singapura. Dan kakak kedua walau lahir di Singapura tapi telah menjadi rakyat Malaysia berpuluh tahun lampau sejak tahun 1975. Aku pun belum lahir. Sebab tu aku dilahirkan di Malaysia.


Kemudian hari kelahiran ipar2 dan anak2 buah serta cucu2 saudara tak dapat aku tuliskan semua. Kita.. memang lebih ingat adik beradik walau ramai sebab kita, bila berjumpa kecoh dan bising 1 rumah.


Me with Aqlan and Aqeel years ago. What year? I can't remember.