Isnin, 17 Februari 2025

,

Sekolah Dah Si Bongsu

Pejam celik pejam celik yang bongsu pun dah masuk sekolah darjah 1. Macam2 persiapan dibuat berbulan2 sebab tanak terbeban. Beli sikit2 ikut bajet yang ada.


Anyway kisah si bongsu nak masuk sekolah ni dah berbulan ya masa masih di tadika lagi. Kita cakap nanti pergilah satu sekolah dengan abang. Cuma abang sekolah pagi dan adik petang. Vice versa sekolah pagi petang masing2. Jumpa waktu pagi, tengahari dan petang balik dari sekolah masing2. 


Dia kira hari bila nak start sekolah. Takpelah kita pun gembiralah sebab dia dah bersedialah kan. Beli barang2 sekolah tunjuk pada dia. Dia pun happy2 la sebab serba baru. Siap opahnya pun belanja bekas pensil PAW Patrol. Bukan murah ye. Nak beg Transformers pun kami belikan..nasib murah sale di Tropicana Mall.. masa tu belum tukar jadi IOI Damansara tau.


Tiba hari sekolah bangun pagi mandi gosok gigi makan sarapan semua ha elok je pergi. Kami berempat naik kereta sebab hari pertama macam2 boleh jadi. Lagipun boleh hantar masuk sekolah. Selepas hantar abang ke SK kita pun ke SRA la. Masuk la hantar dia ke tempat berkumpul. Siap bergambar semua. Muka pun ceria je jumpa kawan sekelas tadika. Ha..abahnya tulis surat ke guru besar minta satukan kelas senang. Lepas tu mereka kena masuk dewan kami pun balik la untuk sarapan pagi. Tup2 rupanya boleh tunggu hingga rehat. Takpela..jadinya ibu kawan dia teman la makan sama2. Ahahaha nasib bagi duit RM3 siap2 tadi. Dia pun beli air sirap dan waffle. Kemain eh. 











Masa jemput dia balik tu dia nampak la kita kat depan pagar sekolah..dia berlari2 anak dengan botol air biru. Dah confused la kita mana datang botol siapa ni.. sebab botol air dia hitam. Rupanya botol air best friend. Dia pun pergi hantar ke kawan tu. Pastu cakap ibu Afiq tunggu sampai balik kenapa ibu tak tunggu. Mana ku tahu nak..ibu penat nak balik aje. Ahahahah. 


Kemudian dah balik rumah bagi makan nak jemput abang dia pulak. Dia pun kenalah pergi SK sessi petang. Masa sampai terus masuk kantin. Abangnya sampai kita bagila makan siap2 bawak nasi goreng ayam dari rumah. Sebab kena tunggu dia ni masuk kelas pulak.. tapi sebab ada perhimpunan dengan guru2 kami pun balik dulu sebab nak hantar abang ke SRA.









Dah hantar abangnya kami ke SK semula tunggu dia rehat pula. Dia dapat air mineral dan roti krim coklat. Tapi dia tak makan..abahnya beli jiwa bawakkan air susu strawberry. Lepas habis rehat kami pun balik.


Dah petang jam 5.25 camtu pergi SRA ambil abang dia. Lepas tu hujan kan jadi kelam kabut sikit. Terus pergi SK semula. Kena ambik dia di dewan sebab guru2 nak lepaskan pelajar naik van dulu. Tiba2 ada seorang ibu ni minta cikgu lepaskan anak dia dulu sebab dia tinggalkan anak kecik tidur di rumah.. eh naya. Dah alang2 tu kami semua dapat ambik anak masing2 tak perlu tunggu semua pelajar naik van balik. Ramai weiii.






Dah ambik beg dia lari2 laju pula cari kereta abah. Dahla parking penuh jadi dah tentu aku pun mula la nak naik angin dengan ini budak sebab dia terus keluar pagar. Dapat tangkap dia ha dia mula buat perangai dahhhh.. tanak pegang tangan..konon dah besar sangat kita ni risau kereta motor van..


Dah akhirnya ajak makan di mall baru dia senyap. Dia menangis ya. Letih la tuuuu..


Ha penat kann kannnnn..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.