Alhamdulillah. Kami bersyukur padaMu Ya Allah kerana kurniaanMu yang melimpah ruah. Semoga kami terus jadi insan yang bersyukur dan diberkati.
Husband dapat kerja baru pada usia pencen tahun depan. Kerja start January 2026 tapi hari ni dah diberi kereta, laptop dan smartphone. Jadi kami pun pusing2 bandar dan pergi makan2.
Aku macam biasa nasihat anak2 rajin2lah berdoa. Ingat doa2 yang Ibu suruh hafal. Jangan tinggal solat.. dan kereta ni abah dapat guna selagi bekerja dengan company ni jadi kena jaga elok2. Jangan kotorkan dan macam2 nasihat la.
Sebagai ingatan pada kami sekeluarga..beberapa tahun lepas (almost 6 years) suami alami potongan gaji yang banyak jadi perbelanjaan bulanan banyak ditampung dari pengeluaran KWSP. Beberapa bulan lepas juga gaji dibayar lewat dan separuh2. Aku boleh tengok tekanan yang dihadapi dia. Hingga aku pun meminta sesuatu dari Allah.
Ada hamba Allah yang berkongsi doa dan apa yang perlu diminta. Nak ikhlaskan hati berdoa dan meminta dari Allah sebab kemungkinan rezeki jadi sempit sebab tak redha dengan suami. Ada perbuatan2 dia yang menyakitkan hati lepas tu walaupun marah diam2 menjadikan rezeki tu tertahan.
Jadi inilah doanya. Ayat pertama surah Al-Fath. Baca 9x sesudah solat subuh sambil mintalah sungguh2.
Kemudian baru2 ni aku jumpa lagi satu doa dan baru nak amalkan. Surah An-Naml ayat 30.
Semoga bermanfaat.




0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.