Naik river cruise dah jadi benda wajib kalau ke Melaka. Especially bila ada budak2. Aku dah tak ingat berapa kali naik. Maybe 4x dah. Malam sudah, siang pun sudah..panas sudah..hujan pun sudah. Hahaha.
Ok hari kedua lepas makan sarapan kat McD Melaka Mall...sampai ke sudah terlupa tak dapat macaron lagi dah balik baru teringat jadi geram pun berpanjangan...3 keping sepuluh ringgit lebih kot..hari pun tak mengizinkan buat aktiviti luar atau lawat kawasan tanpa bumbung, jadi kami pun naikla river cruise. Mula2 ingat tak ramai.. sekali masa menunggu tu tiba2 je dah ramai pelancong China datang. So penuhla kerusi menunggu nak naik bot.
Rasa cantik pulak masa ni. Hahaha. |
Tiba masa kami pun naik. Mula2 ok lagi budak2 ni..pastu nak berdirila. Nak dukungla..last bila dah hujan turun lebat mulalah kena duduk tengah2 sikit sebab tempias. Pelancong2 pun turun kat pirate ship tu jadi kami pun dapat duduk la lebih luas hehe.
Laki cakap nilah muka aku bila dah tua2 esok. Kira dah ada bayangan la..hahah |
Kemudian kami balik apartment dulu solat siap2 sebelum keluar balik. Harap hujan berhenti bolehla pergi mana2..tapi still hujan dan budak2 pula tiba2 tidur je kepenatan. Haish mana nak pergi ni?
dah beberapa kali naik
BalasPadamEnjoy je kan..
Padam