Kami gemar makan sushi. Almost every month akan makan. Sekali laki ajak try new sushi restaurant. Katanya dah setahun buka tapi dia tak pergi2 sebab dia risau tahap sushi setakat kafe AEON. Siapa pernah makan tahulah..
Kami pergi dalam keadaan sangat lapar. Lepas solat kat Madjid Hasanah terus pergi. Eh masjid pun dah barulah tempat wudhuk wanita. Nampak sangat dah lama tak masuk masjid tu. Sebab laki suka ajak solat kat ofis dia..jalan kaki je kalau ke masjid tu. Tapi sebab aku tak kuasa nak naik tingkat 3 walau ada lift bagai...maka masjid jadi pilihan utama. Memang aku prefer masjid pun dulu. Lebih barokah.
Ok masuk2 je kedai sushi ni rasa warm welcoming. Tunggu sekejap untuk ambil tempat duduk. Penuh juga ya lunch hour hari Sabtu. Dapat tempat duduk, dudukkan Aqeel siap2 dulu sebab seat dia betul2 sebelah food belt tu. Pastu nak order makanan macam blur2 sikit kena tengok semua page la. 1st time kan. Ok sudahnya order ayam goreng dan nasi dengan ikan Saba tu dulu. Sebelum sampai makanan2 ni makanla dari hidangan di food belt tu.
Kami macam nak cuba semua makanan sebab nak tahu mana sedap kat tekak. Nak buat perbezaan dengan Sushi King. Bertahun dah makan kat sana.
|
Sushi dalam tofu manis. Rasa topping tu pedas2 sikit. |
|
Sushi telur |
|
Salmon sushi dan telur ikan |
|
Salmon sushi dengan tuna dan telur ikan |
|
Sushi crabstick |
|
Sushi salmon |
|
Sushi telur ikan |
|
Sushi udang dan smoked cheese mayo |
|
Sushi telur ikan dan...entah tak ingat |
|
Sushi salmon dimasak separuh dan smoked mayo. Pergh yang ni paling sedap.. |
|
Halia fav aku la..kicap masin je ada |
|
Nasi ikan Saba ni ikan dia besar 2x ganda dari Sushi King. Hahahaha puas hati makan tapi nasi kena share dengan Aqeel. Dia suka sangat makan dengan sup miso. Seaweed pun banyak tak kedekut. |
|
Ayam goreng for Aqlan. Aku makan tak kena sangat dengan tekak rupanya ada sos aku tak cecah. |
Satu lagi kami order mee Udon. Mangkuk besar ingat anak bujang tak habis sekali dia bantai makan semua. Punya banyak dia makan...
Air order teh hijau je untuk laki. Aku lak ngada2 nak minum air soda frizz ada longan ada lemon..ada mint leaves..haaaa air dia memang mahal sikitla..
|
Air ni nak cecah RM14 |
|
Belakang tu tempat prepare sushi |
|
Ada robot hantar makanan tapi gambar tak terambik pulak |
|
Decoration ceiling pun cantik..art sangat |
Ok harga sepinggan sushi ikut warna la..
Purple RM5.40
Red RM4.30
Orange RM3.20
Pink RM2.10
Memang murah dari Sushi King. Dan lebih tasty...bye2 SK. Hahaha..cuma cawangan tak banyak..dan menurut review memang ramai beratur kalau weekend. Alhamdulillah. Ni lagi satu restoran milik Muslim. Jadi kita sokonglah kan.
Sejak ada Nippon Sushi berdekatan rumah, memang nak support sini je dah.. Sushi pun besar-besar. Puas hati sangat.. 😄
BalasPadamTulah baru tahu ada..
Padamkalau kena dengan kaki makanan Jepun nie..memang layan
BalasPadammakanan pun tidak berminyak sangat
Boleh makan berpinggan2
Padamsalmon steak ade tak kat Nippon Sushi nih? hehe
BalasPadamTak tengok menu betul2.. maybe takde ni..🍣🍣
PadamSedapnya sushi. Kalau ke bangi bolehlah cuba rasa kan
BalasPadamSila2..
PadamWah! macam menarik je tu nasi ikan Saba tu.
BalasPadamKat Seremban Get Away pun ada Nippon Sushi baharu open Mrs. A tahu pun sebab member share kat WhatsApp tapi belum pernah cuba lagiks!
Kena cuba..berbaloi dengan harga..
PadamHarga set Saba tu berape eh?
BalasPadamDalam RM18. Tapi puas hati makan ikan dia besar.
Padam