Kini pada minggu ke-3, dalam setiap bulan, minggu ini cukup sibuk dengan membuat invois kepada tenants di MBF dan Seriska. Kekadang menolong kawan satu jabatan untuk Ampang Point. Tapi saya gembira melakukannya sebab amat mudah, buat listing, key-in, print, lipat, tampal setem dan pos. kalau resit dah sign, kena masukkan sekali dgn statement.
Namun yang merunsingkan ialah untuk membuat bayaran berkala kepada supplier, utilities, dan loan. Ada yang urgent, kena tgk fund then released. Ada yg tak urgent tp dah tertunggak berbulan, kena buat juga payment. Untuk loan dan utilities, kalau lambat kena interest plak nanti.
Apa yang paling benci sebab kena pandai2 cakap pada supplier yang cek belum siap, selalunya apa yang dikatakan tak menggambarkan situasi sebenar. Atau lagi tepat kena cover la sebab ada hal lain lagi urgent nak guna duit, so fund tak cukup. Kena tunggu lg sampai next payment dr tenants.
Teringat zaman2 bekerja di maintenance & construction company, macam ni jugak halnya. Tapi aku tak pernah kena jaga loan bank. Setiap bulan buat bajet dan hantar pada bos utk buat payment. Bos approve, proceed, tak pun hold..huha… yang kesiannya pada supplier2 ikan bilis dan sebangsa aku la..kadang 2aku kena dengar luahan hati diorang ni. Bukan aku tak nak tolong, aku takde hak untuk itu. Aku bekerja di bayar gaji bulan, tapi secara akhlaknya, aku berdosa la..sebab menipu untuk menjaga imej syarikat?
Bagi aku yang paling gembira semasa bekerja di Petrosains. Aku gembira setiap hari. Even sangat letih badan kena berdiri sepanjang hari, kadang kerja 1 minggu tanpa cuti tapi aku tetap gembira. Sementalahan kami kena sentiasa senyum dan ceria pada visitor. Pada masa inilah skil berkomunikasi aku bertambah.
Aku menemui pelbagai ragam manusia, dan berkenalan juga dengan beberapa insan yang menunjukkan minat pada sains dan pada aku..hehe.
Cayalah aku bangga bila dipanggil untuk buat penerangan tentang stesen platform. Tak semua volunteer yang sanggup berada di sana . Kena baca manual penuh sains, tempat plak ada kes member nampak hantu? Aku tak pernah plak tp boleh meremang gak bulu roma time sorg2.
Satu hal lagi bile aku terlibat dengan camp-in. Wah best giler…walaupun instructor menjengkelkan kdg2, tp sebab acara sgt menggembirakan hati – jaga kanak2 sekolah, menari dengan diorng, buat kerja2 sains bersama, makan bersama, tidur je tak..dan lagi best, dpt pakai kostum, jahit kostum ialah satu lagi kepakaran aku – dipertanggungjawabkan, dari melakar, beli material, jahit dan fitting..
Oh dear, really miss that golden time lah.. why I choose account as my professional carrier??? Tak kisahlah, dapat jaga diri sendiri ok la tu.
Arwah bapak cakap aku hanya menjadi matang bila segalanya aku bayar sendiri. Hidup berdikari mcm skrg..erk..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.