Part 1 – Health & Growing Up
Aku dibesarkan di pelbagai tempat. Meskipun dilahirkan di Raub, aku dibesarkan emak di rumah kami di FELDA Sungai Koyan. Dari bayi hingga usia meningkat 5-6 tahun, aku hanya bersama emak dan adik-beradik ku yang ramai..tapi emak pernah cerita aku pernah dijaga jiran semasa emak menghantar bapak naik haji kali pertama pada tahun 1979. jiran ku itu ialah makcik Zah Jaiz.. Jaiz tu nama suami dia..dekat kampong aku ni nama isteri disebut bersama nama suami, bukan nama ayah..macam mat saleh pulak..
Kemudian sekali sekala aku akan dijaga kakak sulungku kak Dewi di Temerloh. Sehinggalah kak Dewi berkahwin, aku masih kadang2 tinggal bersama dia bila cuti sekolah. Tak tahulah mungkin itu kehendak aku sendiri untuk tinggal dengan dia, takpun dengan kak Cuma di Raub.
Bila mencecah usia 9 tahun, actually belum sebab aku lahir bulan 7, aku menjejak kaki tinggal di sekolah pondok..dengan tak pandai basuh kain, jaga diri sendiri.. Kemudian kena malaria..dah gegel satu badan..timing dia jam 6 pagi dan 12 tgh malam.. haha macam kura2 sbb habis kawan2 dekat asrama selimutkan aku dgn berlapis2 selimut, hempap bantal..last2 masuk hospital Jerantut 3 hari..payah sangat!Masa mak dating nak jemput balik, aku menangis..kemudian mak hantar ke rumah kak Cuma sampai aku sembuh.
Facilities asrama memang tak memuaskan tapi family aku rilek je hantar aku ke sekolah tu. Dah berkudis satu badan, ada kutu pulak..sudahnya aku balik rumah kak Dewi lagi..dialah yang membela aku, mencuci kudisku setiap pagi sehingga jeritan aku didengar oleh jiran2 sekeliling..sakitla kena tonyoh nanah dengan air garam lepas tu sapu ubat..eiii.. dengan segala makanan kena control, tensen tak boleh makan ayam, telor.. apa yang aku makan ikan bilis, ikan tamban, nasi.. kicap tak boleh sebab nanti kudis tinggal parut..Alhamdulillah, memamg aku takdela parut kudis yang ketara dah besar2 ni..
Bila dah pandai sikit jaga diri, aku tak berkudis lagi, tapi ada je penyakit berjangkit yang aku kena..akibat kutu banyak, aku dibotakkan, dah macam jantan pulak..dahle..itula kali terakhir aku dibotak licinkan oleh bapak. Yang kelakar bukan aku je kena botak, adala 2-3 org geng yg kena botak kes macam aku jugak.. hahaha..tapi masa tu kecil lagi, jadi rilek je..
Kemudian kak Dewi berpindah ke Kuantan. Untuk menyenangkan keadaan, apabila aku sakit ke,aku pun turut berpindah ke sekolah yang dekat2 dgn rumah kakak aku. Kena demam campak pulak..habis bintik2 satu badan. Masa tu aku dijaga oleh keluarga kawan sekolah..aku tak ingat nama pakcik tu tapi kami mesra memanggilnya bapak.. ala-ala macam panggilan bapak kandung aku pulak.
Penyakit berjangkit tak henti2..tapi aku tetap membesar, Cuma bila sakit aku tak suka beritahu ustazah..diorang bengkek je dengan perangai aku..alih2 demam la..ponteng kelas la jadinya..
By the next year aku kena kuning..abis satu badan kuning siap mata pun kuning sampai orang mengata aku tak kan hidup lama kalau tak ubat..ceh…tiap2 pagi berjemur bawah matahari sebelum jam 10 sambil tengok kengkawan gi sekolah hehe..masa ni kawan aku Nazifah yang jaga. Oh dia jaga aku betul2..masa tu pulak aku gila minum kopi o..tiap2 kali mintak mesti dapat.
Last penyakit aku dapat masa sekolah pondok ni ialah cacar..abih kudis satu badan..denyut pulak tu..ibu cacar kat tekak..aduh derita kejap. Time ni aku dijaga secara rawak jelah sebab aku tak demam..hehe..berkuping2 cacar bila dah kering..makan pantang..kalau tak mahu berbunga bintang kulit aku..
Satu peristiwa lucu ketika nurse datang untuk memberi suntikan BCG. Waduh takutnya aku..terus lari masa nak sampai turn aku. Siap menyorok di rumah kawan..haha..so surprised! Aku takde BCG tau..menengok kawan2 demam lepas ambil BCG aku gelak je..yang paling tak tahan siap bernanah kudis aku tengok..heeeeeeeee…
Sebenarnya jika berkesempatan balik rumah, aku sangat gembira, tapi aku selalu menangis dulu sebelum balik terutama bila nampak muka mak datang jemput. Mungkin aku sedih sebab mak biarkan aku siksa di sini, tapi aku tak pernah ceritakan apa siksanya..macam barang kena curi / hilang..lapar takde duit nak makan, makan tak cukup, tidur sejuk je takde tilam..beralas tikar je aku ni..kalau nasib baik ada orang tumpangkan toto..
Aku memang sangat kurus..tapi tak pernah menimbang berat la. Badan sekeping, rambut pendek dah jadi macam jantan pulak..aktifnya aku petang2 keje nak main je lepas usrah dan kerja usrah.
Bila dah meningkat remaja, aku mengalami jerawat jelah..siap dengan kulit sensitive tak boleh kena panas, demam pastu mulalah burn sana sini..
Dan bila aku semakin besar, aku dah tak mengalami demam berjangkit lagi..alhamdulillah. antibody ada sikit, jadi imunisasi masa baby berguna skrg..
The last time aku kena virus denggi dalam darah, masa tu minggu exam final. Siap mc dan pensyarah buatkan soalan lain untuk aku. Masa tu Fairuz yg jaga aku..org kata aku masa tu macam penagih dadah, lemah sgt2. siap ke klinik kena masuk air satu botol.
Cuma yang pasti tahap kolesterol aku agak tinggi. Dan aku diberi ubat untuk mengurangkannya. Tapi kini aku dah tak menelan pil lagi – berhenti tanpa nasihat doctor – menyampah nak buat ujian darah lagi pastu tahu makin naik bukan makin turun..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.