Cerita berkenaan macam mana aku tak tahu yang aku ni pregnant agak korang rasala lepas aku cerita...
Disebabkan aku alami sakit pinggang yang buat aku tak senang duduk...aku pun pergi mengurut kat wah tor tit tar di Puchong. Kemudian lepas balik mengurut mc sebab lebam2 dan satu badan sakit. Doktor kata aku ada slip disc.
Bila cerita kat seorang runner kat office dia kata pergila ke kelas renang untuk betulkan. Kelas renang ni conduct by conductor yang berlesen dari US. Masa pergi aku tengok latihan memang agak tough. Aku pula rasa semacam. Dia kata if you suspect you're pregnant than better check. Sebab masa tu period aku bukan lewat 2 bulan.. dah 4 bulan. Haha. Inilah problem bila period tak tetap..tak pernahnya nak risau....
Oklah...aku pun beli pregnancy test dulu. Yang tertulis 99% accurate. Brand watson je. Masa tu 30 September 2013. Isnin. Patut aku ikut zcat pergi kelas agama selepas maghrib tapi aku macam tak larat. Sekali test.... satu simbol -+ sudah appear. Kalau ikut kotak pregnant la. Oh tunggu....aku tunggu zcat balik dan tunjuk keputusan. Dia pula tak faham. Amenda? -+ ? Hahahaha. Selepas diterangkan aku cakap takpe esok I pergi cek kat klinik bawah ofis.
Esoknya aku pergi buat test..doctor kata confirm pregnant ni. Aku bagitahu zcat melalui WhatsApp dia pula tak jawab2. Ok relax.. malam tu kami bincang akan pergi jumpa doctor panel pula on weekend.
5 October 2013 sabtu barulah pergi. Cerita kat mo dia kata jom terus scan. Yay!!!! Aku pula yang terkebil-kebil. Sekali scan... bukan daging dah fetus ok. Dah lengkap. Hahahaha...17-18 weeks dah.
Bila bagitahu zcat, kami 2-2 mengalir airmata. Aku sebelum tu masa scan dan berair mata tak henti2. Maka ya.. terusla belajar mengusap perut dan tak sampai seminggu baby bump dah kelihatan. Bye bye jeans and baju kurung.
Pada kawan2 memang lambat aku ceritakan sebab aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Aku ni nak menjaga hati yang berbilang2.. even zcat pun nak menjaga hati beberapa orang kawan. Maklum kami ada orang2 yang rapat dengan kami sudah berumahtangga sekian lama tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Kami pun tak mahu terlalu excited sebab macam2 perkara boleh terjadi. Alhamdulillah semuanya sihat sehingga check out terbaru ialah pada hari ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.