pagi2 lagi kami dah bersiap nak keluar dari rumah mak etty. yelah flight jam 630pm tapi kami nak jalan2 cuci mata dan beg duit sikit. hehe.
terus naik bas ke MRT kami ke JEM (Jurong East Mall). nampak Starbucks, terus duduk2 nak minum. semua dalam tu Cina je. kami je Melayu. tengah sedap2 minum - actually tak sesedap di Malaysia. air aku pesan tak selazat di Malaysia, tak tahulah kenapa.. tiba2 ada seorang makcik Cina ni bertegur sapa dengan kami dalam Bahasa Melayu. tanya2...macam2.. in the end, oh you Melayu pandai ya minum Starbucks? Oh man! sentap kott...
selepas dah minum kami pun masuk Robinson. tengok perfume. Singapore itu jelah yang murah. kalau dah beli dapatkan resit untuk pulangan cukai di airport nanti. 10% pun duit juga...
lepas tu kami terus ke airport je. tak kuasa dah nak jalan2. beg pun dah penuh sangat..
|
beg boleh expand. pijam adik ipar punya. sangat puas hati dengan kualitinya. 360 katanya. |
|
skytrain to terminal 1 |
|
salah satu hiasan airport |
|
bukan hiasan biasa.... |
kat sini kami ke Starbucks lagi tapi takdela cina datang tanya2 macam kes tadi. lepas dah check in kitorang merayap dalam mall airport pula. tak pasal2 ada orang datang tanya2 sikit kemudian dapatla sebotol perfume kecil. sebab lelaki punya, zcat la dapat.
|
alas perut |
coklat kat sini pun murah2 tapi aku takde hati langsung nak beli, perfume memang lebih murah. tapi perfume yang aku beli kat Robinson JEM berbaloi2 sangat. sebabnya, beli dapat hadiah macam2. kat airport tak dapat hadiah..huhu....suka hadiah aku ni...
|
tempat untuk claim tax balik |
|
bye changi |
|
hello LCCT |
well kalau bukan sebab mak beria-ria ajak aku ke Singapore, aku mungkin tak pergi. malas aku nak ke Singapore ni. bukannya ada atuk nenek dah. tapi saudara mara memang ramai.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.