Selasa, 3 Disember 2013

Singapore Trip 2013

26 Oct kami menaiki Air Asia ke Singapore. kenapa air asia? sebab air asia je murah tambangnya time tu... yang pergi aku, adzman, mak & abang choy. flight hanya selama 50 minit. kami tiba di Changi airport jam 1250pm. check out semua kami naik sky train ke terminal 3 dari terminal 1. sampai terminal 3 kami naik SMRT ke Jurong East selama hampir 1 setengah jam.







sampai kat rumah pak busu, hujan turun. diselangi dengan lagu2 dari karaoke bawah rumah flat. ada kenduri kawin. lagunya dinyanyikan sampai jam 1030 malam. disebabkan hujan, kami duduk jelah dekat rumah. makan tidur makan tidur. hehehehe. mak etty lak masak sedap.

malam tu pulak abg shuib satu family dan kak jah datang melawat kami. maka berborakla sakan sebab last jumpa time aku bersanding hampir setahun yang lepas...

esoknya baru kami jalan2. so rumah pertama ialah rumah mak anna di Serangoon dengan menaiki teksi...okay nama penuh makcik aku yang berumur 81 tahun ni Ideriyanna. see nampak tak nama2 kami ni tukar belakang je.. hehe. mak anna masih kuat cuma katanya tulang dia dah mereput. mak anna belanja kami makan tengahari nasi beriyani Islamic. popular di Singapore katanya.



Selepas balik dari rumah mak anna kami ke rumah mak annie pulak di Chai Chee Avenue. mak annie tinggal sorang2.  mak annie ni anak dia 2 orang dah meninggal sebab kanser. aku pulak mengantuk masa sampai kat sini. dah makan2 biskut dan minum air gas aku tido jap. hahaha. bila bangun abang hamid dah sampai. ok kami semua keluar ke rumah abang hamid anak mak annie kat Joo Chiat.


Rumah abang hamid ni di kawasan rumah teres. kira di Singapore kawasan perumahan mewahla. rumah yang biasa keluasan dia tapi harga dah sejuta dollar. abang hamid ni keje dengan gomen singapore. kata mak etty dia buat kira2 or audit macam adik aku. yang penting, bini dia pandai masak. sedap. makan sampai siap tapau.


lepas dah makan semua, abang hamid hantar kami ke stesen MRT. kami berdua nak jalan2 ke Marina Bay. puasla mak dan mak etty angkut barang makanan pemberian saudara mara. termasuk air gas dari mak annie. hehehehe.


i'm melting...on the way to jungle park
marina bay in day

marina bay in night
model tak berbayar kami sebab tak diundang pun dalam ganbar ni..!!

ferris wheel 35 dollar seorang..tak berbaloinya..

inside marina bay

adala beberapa orang baling duit buat wish kat telaga ni

sekali keluar air mencurah-curah. kemana kah duit tu dah pergi??

up-close sikit. nampak tak ada ada outlet

siap boleh naik sampan tapi tak tahu berapa dollar..
kami duduk kat sini sambil2 menikmati telaga kat atas tu. kuat juga percikan air. dah macam bunyi mesin basuh pun ada




lepas tu dah penat kami pun jalan-jalan. nak balik dah. naik MRT kena berdiri. sama je dengan perangai orang kat Malaysia. ko bunting ke tua ke, ada diorang prihatin sangat nak bagi duduk?




sambung esok-esok.. balik rumah mak etty malam tu nak tidur je dengan nyenyaknya.. nasibla balik kami naik taxi mpv.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.