Sekadar recap...mampu ko aku nak recap ni macam masuk kelas pulak..hari ke 7 lepas aku bersalin dah ke hospital hari2 selama 5 hari tengok baby di NICU Serdang. Kemudian ke KKM pulak untuk cek jaundice. Jadi laki cakap dah macam tak berpantang..jalan pulak laju2 padahal kena czer. Tak sedar diri macam kuat sangat. Well takde sape happy beranak anak tak ikut balik..siap masuk NICU. 12 hari pulak tu.
Ok habis recap.
Disebabkan aku takle ke mana2 jadi aku buat persediaan ala kadar je. Sebab yakin akan ada yang datang menziarah di hari raya....1st time kot...rumah kami orang datang raya. Setiap tahun memang kami tak de di rumah balik kampunglah..
Mula2 aku tempah kuih raya dari anak buah. Laki juga tempah dari kenalan dia. Kemudian panggil helper kemas 2 hari sebelum raya. Rumah bersih.
Malam raya adik ipar masak daging hitam 2kg. Laki rebus ketupat adabi (better Nona uolls) tapi takpelah kan..habis juga makan ketupat. Esok pagi raya adik ipar balik beraya dengan mertua. So kami kat rumah 4 orang tunggu jelah siapa datang.
Hidang air kosong je? |
Lepas Jumaat dalam jam 3 lebih camtu barulah ada yang datang iaitu kak Dewi dan anak2 serta cucu2. Kemudian datang juga anak2 yatim dibawah jagaan anak buah satu van Starex. Nasiblah ada ayam boleh masuk airfryer. Alhamdulillah makanan cukup. Rumah memang meriah.. rasa gembira kami semua ni bila ramai tetamu datang. Dalam hati laki risau makanan tak cukup tapi kak Dewi kata dia faham sebab datang rumah orang berpantang. Hahaha. Tumpuan kat Aqeel la. Cerita sikit2 je pasal Aqeel. Depa pun dah seram dengar. Okay makan jelah banyak2 hehe. Jam 6 mereka semua balik.
Sampin laki hilang kemana.. |
Pastu aku pun layan TV jap. Dah lama tak tengok cerita oiii..tiba2 adik ipar dan mertua sampai jam 7 malam.
Esoknya adik ipar dan mertua masak laksa pulak. Mertua ada bawak rendang ayam, ketupat palas dan lemang...haish takle makan. Aku makan rendang ayam sikit. Sikit.? 2 ketul gak aku makan.
Jam 4 petang camtu kak Ted dan Yome lak sampai. So diorang ni terkejut tengok aku kurus. Aku baru turun berapa kilo je. Makan tengah pantang kan..bolehkah aku turun 20kg? Phewww..
Mak ada sekali Yome bawak dari rumah kak Pa. Kak Pa lak tak datang sebab tak sihat. Demam katanya. Makan dan makan jelah. Bertambah2.
Cucu mak yang ke 52 |
Kisah Tetamu Tak Diundang
Dalam jam 6 lebih tiba2 ada bunyi ting tong. Laki aku keluar tengok ada budak nak datang beraya. Laki aku ok je. Sekali mak budak tu pun ada. Terus rasa bizarre. Tak kenal, tak tahu siapa dan dia datang beraya dengan anak2. Semua ahli keluarga aku tertanya2. Aku pun tak tahu nak jawab apa. Laki aku je borak2 dengan dia. Siap bila balik bagi mainan dari kedai 2 ringgit. Aku pulak siap baca ayat qursi hembus ke laki. Korang rasa? Laki aku cakap dia datang dari Cheras dan nak beraya ke rumah sedara di BK6 which is jauh lagi dari area rumah kami. Aku masih rasa aneh tapi laki aku positif siap doakan moga anak2 dia (wanita misteri itulah) akan menjadi seseorang dan boleh jaga mak dia. Sebab katanya macam dari broken family macam takde laki. Tak silap aku datang naik motor. Ada beberapa pandangan yang mungkin buat wanita tu terasa..maaf kami memang sangat pelik...
Esok hari Ahad tu pulak makcik laki dari Sg. Long datang melawat. Tapi dia takleh cium baby..sebab dia selsema. Ye ye...yer...baby dahla istimewa jadi kalau ada sakit jangan cium dan dokong baby tak kiralah anak siapa pun. Sebab mak pak baby tu penat dah menjaga..cuba sedaya upaya supaya baby tu sihat sejahtera..semua pun atas izin Allah.
Itu jelah kisah raya 2018. So aku takde kasut atau beg tangan raya. Pakai selipar kepit je atau sarung. Hahaha.
siapah wanita itu...tinggal tanda tanya ?!!!
BalasPadamSampai ke sudah misteri.
Padamamboi ramai the cucus, kalau berkumpul mau terbalik rumah.. rezeki aqeel rami yg dtg tengok orng baru, aqeel kumpul wet raya banyak2 tau
BalasPadampsttt.. nmpak ang kuruihhhh..
Memang tak muat kalau semua datang rumah kami ni. Duit raya aqeel nak kena masuk tabung dah..
PadamKurus? Alhamdulillah tapi belum cukup ni kena usaha lagi.
SELAMAT HARI RAYA ANIS..maaf lahir batin naaa... bila kami leh mai melawat aqeel? hehehe
BalasPadamNak datang mai ah weekend. Tapi tengok hang punya jadual beraya cam penuh je.. hehe..
PadamSelamat hari raya.
BalasPadamNampak meriah sambutannya
Alhamdulillah. Kalau arwah bapak masih ada perkataan kegemaran beliau ialah berkatuhum. Iaitu keberkatan keatas kamu.
Padamseronok tgk orang ramai dtg.....cucu ke 52?fuh ramai...meriah...tkut plak wanita misteri itu
BalasPadamCicit mak kita dah 16.
PadamWanita misteri harap2 semua ok tak berbahaya.