Sabtu, 23 Jun 2018

,

Banyak Yang Aku Tak Tahu Pasal KKM

Kalau nak cerita sejarah dengan klinik kerajaan, perkara paling sadis ialah time nak kena cabut gigi. Masa tu sekolah rendah lagi kot. Bapak bawak aku pergi untuk cabut gigi. Tapi aku punya takut menangis sampai tertanggal handle kerusi cabut gigi. Hahaha..tu kat Sg. Koyan la. Yang lain2 aku ingat kat klinik tu teman mak pergi check up Yome. Timbang2 budak tu. Ehehe. Now adik aku tu pun dah 36 tahun.

Oklah kalau nak citer pasal pengalaman2 kat klinik kerajaan ni banyak pulak..ni aku nak citer pasal masa sekarang jelah.

Baru2 ni aku pergi KKM sebab nak cucuk vaksin untuk Aqeel. Masa tu laki hantarlah..siap dia ambil cuti..actually MC sebab sakit tekak.

Aku pun macam biasa sorong budak ni letak luar kawasan kaunter pendaftaran. Sebab tak muat masuk stroller. Dah daftar rawatan untuk anak sekali aku pulak kena panggil. Buku Ibu mana? Eh eh..aku blur..aku memang tak bawak dahla sebab aku rasa aku dah settle. Kekeke.. dah beranak kan..pastu dia minta nombor IC. Ok...sekali dia bagi aku cawan kertas kecil untuk buat urine test. Mengapa? Mengapa? Katanya aku dah sebulan kan kena test urine dan darah. Mengapa? Hanya soal dalam hati.

Aku pun call laki suruh dia datang untuk jaga Aqeel. Yelah aku nak kena p toilet la kan. Nasib la laki belum balik. Sebab parking kat KKM Batu 14 Puchong ni memang takde ok..dipenuhi dengan kenderaan staff je kot. Cepatlah bangunan baru dibuka...alahai..

Laki aku pun datang dan blur2 juga tanya kenapa? Aku cakap entahla..kenapa kena uji semua ni. Ke sebab aku ada kes high BP? Dulu misi call dia takut aku pengsan. Macam2 la tapi aku ikut jelah cakap diorang.

So aku kena settlekan hal aku dulu sebelum Aqeel. Buat urine test dan amik darah. Hantar makmal. Kemudian baru Aqeel kena periksa. Timbang berat semua. Pastu cucuk vaksin. Dahla satu dunia KKM tu dengar dia menangis lapar sebelum tu sekarang tambah sebab kena cucuk pulak.. ok pasal vaksin kat KKM semua ada kecuali Rotavirus dan Pneumococcal. So yang 2 tu kenalah pergi private klinik. Oklah kan..jimat banyak dah ni. Setakat ni satu sen pun belum kena sejak2 bawak Aqeel ke KKM.

Dah settled semua kami pun baliklah. Semua urusan dalam sejam je. Cepat dan laju je. Takdelah tunggu lama2. Orang kurang ramai mungkin sebab masih bercuti raya..masa bulan puasa hari tu penuh...sampai nak cari tempat duduk pun kena melilau mata.

Balik rumah petang tu dapat mesej dari KKM pasal reminder untuk next visit. Aku dengan laki macam what? What? Wahhhh..ok dulu Aqlan semua buat kat Az-Zahrah sebab dapat claim tanpa batas. Now claim medical dah terbatas jadi pandai2lah kan. So aku memang blur2 pasal KKM ni untuk rawatan bayi la. Untuk aku lak tengah fikir nak pindah ke dari KKM Bandar Tasik Selatan ke Batu 14. Hurmm..untuk memudahkan.

Gambar sehari sebelum kena cucuk. Kalau mata anda tajam nampaklah kesan jahit kat bawah lengan dia tu. Kesian kecik2 dah kena tebuk. Bertuah nyawa kau panjang nak oiii..

Ada la 2 follow up kena pergi balik ke Hospital Serdang untuk Aqeel. Paed dan ENT. Semoga membesar dengan sihat anakku.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.