Sabtu, 9 Mac 2019

,

Happy 5th Birthday Aqlan Shah

Makin tahun makin malas ibu kau ni nak buat2 makan. Noooo sejak ada adik kecil dia yang banyak akal tu macam2 benda ditangguh. Selalu sibuk berfikir mendeko apa. Siap sebulan dah rangka apa nak buat. Ni...


Tup2 adik ipar a.k.a. mummy dia balik kerja buat surprise untuk dia. Memang kami minta adik ipar belikan kek sebab tempat kerja dia dekat dengan mall. Kan senang nak cari. Kemahen mintak nak kek strawberry.








2 hari sebelum tu dah bagi hadiah. Basikal. Dah lama aku kepingin belikan untuk Aqlan. Kesian tengok dia lihat orang lain main basikal. Asyik naik basikal 3 roda tu je.. tapi yang bayar dah tentu Abahnya. Basikal beli di Sri Rampai. Dekat2 dengan Nasi Lemak Saleha. Makan nasi lemak dulu baru pergi beli basikal.




Oh birthday Aqlan 5 Mac. Kalau ikut bulan hijrah 3 Jamadilawal. Dah 5 tahun anak ni. Banyak dah bercakap. Angkat Aqeel pun boleh..ishhh seram jugak kadang2 tapi dia selalu nak membantu, bagi jelah peluang sekali sekala.


Dia nak kek Oreo pulak.

Hari Sabtu sambut pula di rumah Kak Pa. Sebab dengar Kak Ma datang dari Kerteh. Ada bakal pengantin juga..hihi..cucu baru kak pa pun baru keluar bilik. Kesian masih kuning..Mak pun ada. Kira ramai orang jadi kita pun sajalah nak bagi makan2.




Asalnya nak masak kek buah dan buat karipap. Tapi sakit perut sepanjang hari Jumaat dan Sabtu. Malam Jumaat tu minum air teh detox. Haaa...mendapatla. Sudahnya kami ke bakeri Ikhwan di Putrajaya. Beli kek. Pastu ke restoran sebelah beli nasi lemak tetek.
Bakal pengantin lelaki, anak kedua kak ma, Imran.


Memang kelam kabut hari tu. Mula2 kak ma kata nak balik awal pagi naik bas jadi tak sempat jumpalah kot. So aku pun malas2 la kat rumah sambil jahit baju. Baju nak pakai pergi kenduri ni... tiba2 kak ma mesej marilah datang balik lepas Zuhur pulak. Eh macam2..aku pun naik bilik jam 10 tengok Aqeel dalam buai. Pastu dah angkat naik atas katil aku pulak tidur. Hahaha.. sudahnya sampai rumah kak pa waktu zuhur. Yang penting sampai kan..hajat nak jumpa kakak2, mak dan anak buah serta cucu. Eh eh..

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.