Khamis, 28 Februari 2019

,

Cara Untuk Ganti Puasa Sebulan Ramadan

Nak tanak seorang ibu yang melahirkan anaknya di bulan puasa atau bulan Syaaban pun, kena ganti sebulan penuh puasa tu. Kes aku anak lahir 30 Syaaban. 37 minggu. Ikut tarikh doktor bagi patut lepas la 2 minggu puasa tu tapi larat lagi ke nak puasa kalau darah tinggi pun mencanak naik nak dekat 200. Tu pasal dapat anak lebih awal dari jangkaan.

Lepas dah habis tempoh pantang tu..habis nifas bagai, mana boleh ganti terus. Pulak2 menyusu badan lagila..badan pun tak habis letih lagi kandung anak tu 9 bulan. Dalam tempoh pantang tu pulak berulang alik ke hospital dan KKM sebab anak masih perlukan rawatan. Paru2 bocor, jaundice semua nak kena rawat. Keletihan dia...hanya Allah je tahu. Susulan ke klinik pakar Paed tu tak berkesudahan lagi ya. At least sampai umur 2 tahun. Takkan dah habis 2 tahun baru nak ganti puasa...dah sah2 kena bayar fidyah berganda, jadi tahun ni nak kena puasa jugak sebab Ramadan dah dekat. So cara aku:-


  • Lepas dah 6 bulan baby dah boleh makan jadi masa tu masa terbaik untuk ganti puasa. Baby tak harapkan susu ibu je sebagai makanan tumbesaran dia.
  • Untuk tengok keserasian makanan seperti bubur nasi tu dengan penerimaan perut baby, aku start puasa masa dia berumur 7 bulan. Tengok ok je dia makan, takde masalah..takde kelaparan.
  • Hari pertama ganti puasa tu kenalah sahur. Hari2 pun kena sahur. Tapi malam sebelum nak sahur esok pagi tu pun makan kena berkali2. Supaya tak lapar dan melepek esoknya. Dah macam budak darjah satu nak belajar puasa pulak. Sahur tu penting. Minum air kena banyak2. Macam aku minum air kopi dah 500ml..air masak dah 500ml..kadang 1 liter. Memang nak muntah air pun ada. Ok minum air manis tu perlu untuk gula. Kang esok puasa pengsan takde gula kang payah gak. Dahla nak kena jaga baby, menyusukan lagi..kerja rumah lagi..ada jugak abang baby tu nak kena handle jugak. Syukurlah dia dah pandai sikit uruskan diri.
  • Puasa weekdays je. Sebab laki takde kat rumah. Hahaha. Ok bagi yang jadi suri rumah macam aku ni memangla tak penat nak kejar public transport dan angkat file tinggi2 dah, tapi kerja rumah lagi banyak ok dan non-stop. Malam ko jangan harap nak tidur lena juga sebab baby ni dia akan bangun anytime je bila dia lapar. So susu badan kan, kena bagi direct. Pump susu? Haha bukan takde pump susu tapi kalau dia dah kerap minum bila masa susu tu nak bertakung untuk di pump (macam masa bekerja makan gaji dulu, lainla..siap boleh bengkak susu kalau tak pump.)
  • Minggu pertama puasa 2 hari je. Sebab masa tu January 2019 awal bulan laki cuti panjang pulak. So Khamis dan Jumaat je puasa. Sabtu tu rasa dah raya dah...padahal ada lagi 27 hari nak kena ganti puasa. Okay Ramadan tahun lepas cuma 29 hari.
  • Bila tiba hari appointment dengan doktor baby pun tak puasa. Sebab tahu dah prosedur dia macam mana. Private ke government service ke tetap lama kena tunggu juga berjam. Baik tak puasa bila haus boleh minum banyak2. Yang penting jangan sampai baby tu terabai pemakanan dia sebab kita nak ganti puasa..memang bukan mudah..kita puasa ganti Ramadan tu wajib..bagi anak makan kenyang tu pun tanggungjawab besar.
  • Ada hari tak boleh puasa kena migrain sebab cuaca panas.. kadang rasa susu badan tu tak cukup sebab stress jadi tak boleh teruskan puasa sebab kesannya pada baby dan diri kita juga. So takyah puasa la. Enjoy jangan menekan sangat diri tu. Yang penting tulis dalam diari dah berapa hari ganti. Bila weekend laki reward belanja makan. Ececece..laki aku pun dilahirkan 1 Ramadan ya, puas jugak mak mentua ganti puasa tu. Siap dia cerita dia ganti puasa 10 hari.. 10 hari..aku tak boleh buat direct 10 hari...pengsan rasa.
  • Bila masak untuk berbuka puasa tu masakla lebih sikit lauk. So esok boleh buat sahur takyah masak2 dah. Ada juga hari nak makan nasi goreng waktu sahur aku dah prepared siap2 bawang mak nenek perencah semua malam tu jugak. Esok bangun campak2 je.
  • Ada hari tak terbangun...alarm dah bunyi tapi mengantuk ya amat. Sekali terjaga macam ada 10 minit je waktu imsak pulak tu..masih boleh makan ya cuma kena berjaga2 waktu azan Subuh tu. So aku makan biskut coklat yang manis dan air  kosong. Gula penting sangat diambil masa sahur kalau tak memang melepek.....
  • Aku juga ada hari malas masak untuk berbuka atau bersahur. Selalu Isnin dan Jumaat. Jadi bantai je makan apa yang ada boleh ngap dengan cepat atau laki tolong belikan makanan.
  • Niat janganla lupa. Selain niat puasa, niat juga moga makan sahur tu mengenyangkan kita untuk berpuasa penuh dan boleh beribadah.
  • Kurangkan kerja2 rumah yang tak perlu seperti mengubah perabot dan menyusun pinggan mangkuk (favourite aku ni). Masa awal2 puasa tu memang aku tak basuh kain. Actually laki hantar baju ke laundry sejak minggu aku nak bersalin dah. So memang lama la dah berbulan2 dia ke laundry...aku baru je start basuh kain balik sebab dah ok sikit.. aku kan czer mana larat nak angkat bakul baju2 kotor dari tingkat ke atas ke bawah hari2. Pastu nak sidai kain baju..nak angkat cepat2 especially waktu hujan turun..berkejar dengan baby dan anak sulung lagi..kena tough ya. Anak2 aku lelaki walau 2 orang je pun tapi lasak dan aktif serta fast charging. Tidur setengah jam pun lepas tu bangun dah tah ke mana2 bergerak dalam rumah. Laki aku juga upah helper 2 minggu sekali datang kemas dan lap segala tingkap, perabot dan kipas dan macam2 lagila dia buat hingga rumah nampak bersih dan berkilat. Ya aku tak mampu nak kemas semua tu. Setakat menyapu tu bolehla.
  • Bila masak makan untuk anak sulung tu aku masak lebih juga untuk aku berbuka. Contoh masak nasi ayam. Atau pasta carbonara. Kalau masak sikit2 nanti aku kena masak lagi sekali untuk berbuka kan dah buang tenaga tu.


Kepada yang belum berganti puasa tu...selamat mengganti segera sebab bulan Ramadan lagi 2 bulan lebih je. Kot siapa nak share macam mana dia ganti puasa bolehla cerita kat komen ke atau buatla entry. Syok jugak kan baca pengalaman korang yang kena ganti puasa macam aku. Huish menguji kesabaran dan keimanan ya. Sebab aku ni kalau kena migrain masa puasa aku takkan berbuka..sebab sayang..maka tahan jelah sampai Maghrib berkumandang.

2 ulasan:

  1. aku ganti puasa masa cuti saja, waktu kerja memang tak larat la dengan paneh mengelegak cuaca sekarang ni. kalau duduk semata dalam office takpe jugak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan settle sebelum masuk bulan puasa 😆

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.