Isnin, 6 April 2020

,

رسيڤي سابون چوچي ڤيڠگن جيكا اندا سوكا برجيمت چرمت

Resipi Sabun Cuci Pinggan Jika Anda Suka Berjimat Cermat

Sabun ni dah viral tahun lepas lagi. Ok memang ada yang dah share di IG. Tapi aku was2 nak ikut. So bulan 1 sampai bulan 3 aku masih pakai sabun cecair biasa beli kat kedai. Bantai beli ikut suka laki aku. Laki aku ni memang suka shopping barang dapur. So apa dia beli aku guna jelah. Sampai bulan 4 ni bila PKP masih berjalan dan nak elakkan diri keluar rumah selalu untuk beli barang keperluan jadi aku buatla kali ni.

Resipi asal..


  1. Sabun cecair 1000ml atau 1 liter la.
  2. Air 5 liter.
  3. Garam halus dibancuh dulu dengan air panas.
  4. Campur semua dalam satu bekas kacau2 la.


Resipi aku...


  1. Sabun Sunlight 1 liter
  2. Garam kasar 350gm dimasak dengan 1.5 liter air...memang lama ya nak masak garam kasar kasi cair...
  3. Selebihnya air paip untuk cukupkan semua bahan jadi 5 liter sahaja.


Sebab aku tak ikut resipi asal aku was2 sabun jadi cair.. kalau dah campur2 semua maybe jadi 6 liter dan boleh tahan pakai sampai 6 bulan kata yang share tu. Pada aku ikutla berapa banyak pinggan mangkuk dibasuh hari2. Maybe tak sampai 6 bulan macam dia maksudkan. Pulak2 musim PKP kerja makan je kan jadi kerjanya asyik basuh pinggan.


Ok step by step yang mudah..alahai anak kau pun boleh buat..







Hasil mungkin berbeza ikut jenis sabun cecair la. Kalau yang paling pekat setakat ni Joy. Garam pun kalau guna garam halus aku tatau macam manalah kan...ok bekas 5 liter tu bekas air untuk masuk dalam peti ais beli kat MR. DIY je dalam RM13++. La ni pakai bekas dari kaca untuk bubuh air kosong dalam peti sejuk lagi baik..prefer IKEA.

Review aku...haha..ok semalam masak kek..so bekas2 kek ni kau tahulah dia punya kesan minyak ya ampun kan...tapi bila aku cuci guna sabun buatan campuran ni kan elok je..bersih dan takde berminyak mudah sangat..lagi pulak la ni aku pakai silicone washer tu instead of sponge basuh pinggan scott brite yang selalu diguna tu..dah le mahal kan pastu kalau basuh hat minyak2 mulalah dia melekit rasa nak buang je..tapi guna silicone ni elok pulak. Eh sebab ada bulu2 halus tu pun satu hal membantu sangat...


Nah video air sabun tu..


Nampak je macam cair tapi hasil tip top. Ok sekian review free apa yang elok kita share kan..


8 ulasan:

  1. tau pasal vira hari tu tapi ishh kemalasan tu tahap ke berapa tak tau la tu yg tak terbuat lagi tu...hehe

    BalasPadam
  2. Tak pernah tahu pun sabun ni walaupun viral. Haha. Nice tips. Mudah-mudahan rajinlah saya nak cuba buat. Hehe. Salam kenal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time nak buat kita share lagi sebab biasalah kali pertama buat tah hapa2. Nak tahu berapa lama sebenarnya bertahan.

      Padam
  3. baru tahu tentang sabun viral ni. okay gak tu ada penjimatan dan berkesan tanggalkan kesan degil minyak dan kotor.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.