Pasal PKP yang bersambung sampai 28 April 2020 ni aku dah agak pun. Macam2 kluster muncul bawak balik dari negara2 yang dilawati.
Tahun ni memang kami tak keluar shopping mana pun sebab awal Januari lagi dah kuarantin sekeluarga sebab masa tu Aqlan kena influenza dan maybe kami semua kena cuma tak buat test, test Aqlan sorang je pun dengan ubat dia dah RM300. Masa ni kat China dah start Corona. Tapi Malaysia yang ketika itu masih di bawah puak tu, terus benarkan pelancong masuk dan pelbagai alasan tak masuk akal diberikan. Syukurlah dah tukar government.
Okay lah dah duduk rumah ingat jari tu dan mata tu duduk diam ke...mesti nak shopping juga walau dihujung jari jerr..
Januari
First time beli telekung bunga2 |
9/1 bayar..dapat bila tah lupa lak.. tapi tak lama pun..aku ni pun satu suka beli hari Khamis or Jumaat. Beli telekung. Mula2 was2 gak buatnya saiz muka kecil dah tak muat nak menampung pipi bulat ni ha..tapi beli juga sebab dah lama takde telekung baru. So beli murah2 je, siap ada print munge2. RM79. Suka betul aku kalau free postage ni. Haha. Aku beli dari Hana Rizqi Enterprise. Bila dah dapat tu elok je terletak kat muka. Takde terkecil atau terbesar. Lega.
Februari
17/2 aku dapat Ringke S10+ cover. RM43 yo tapi sebab anak aku suka baling fon baik aku berjaga2. Sebelum ni dah jatuh dah crack sikit kat area kamera selfie. Tapi rasanya kena skrin protector je tu. Skrin protector pun dah RM100 kalau tak protect tak tahulah...
24/2 bayar, 27/2 terima. Beli tudung shawl pleat dari MahkotaKL. Ah ni kena bayar pos tapi nak jugak kan..RM49+ RM8. Beli kaler suji. Hehe. Beli sebab malas nak gosok nak bergaya pergi Asmak Grand Award 2020 Kat Genting Highlands. Tapi rupanya dia pendek sikit jadi nak melilit tu kena betul2 la supaya elok terletak. Tak beli dah kot dari depa ni. Tapi kain superb. Cuma tang pendek tu tak berkenan.
Pastu beli monopod, selfiepod jenama Yunteng kat Lazada RM22.99 pergh lama tak beli dari sini.. sebab nak guna masa Asmak Grand Award jugak. Kemahen kan..pastu tanya diri sendiri gak kenapala aku tak beli benda ni dari dulu kan senang nak selfie dengan ahli keluarga.
Aku juga beli mini BBQ grill RM16.80. Sebab geram kan asal p grill pastu laki aku malas basuh dawai melekat melekit tu dia p buang. Dah la dawai tu je dah nak RM16. Sekali offer Lazada flash sale murah la dapat..tapi sampai ke sudah belum guna sebab PKP. Angan je nak ajak kawan datang BBQ kat rumah.
Pastu jari gatal beli vacuum untuk kereta RM41.70. Aku ingat adalah juga plug untuk pakai dalam rumah boleh vacuum sofa..sekali plug dia kena cucuk kat tempat abu rokok. Plug USB bukan model yang aku beli. Patut la murah. Lain kali study habis2 ya..flash sale camnilah.. impulse. Ok sampai la ni aku belum guna vacuum kereta aku. Hahaha..sebab nak buat tapi ada je benda lain. Masuk kereta drive ambil Aqlan dari sekolah, pastu kepanasan masuk rumah terus.
Last belian aku ialah set apron dan tote bag Rizalman hat belang2 tu. Masa ni aku dah otw naik Genting. Punyalah susah nak buat payment. Matikla tiba2 harga jatuh RM103. Campur upah PS pun baru RM113. Murah jer.. actually sebelum tu aku dah minta kawan aku belikan apron kulit Rizalman tapi licin habis tak sempat beli online..so aku pun murung sekejap. Aku upah kawan satu ofis dulu. Dia ni memang suka jadi PS kot..tapi memang bertabahla ye kalau p garage sale Rizalman Ibrahim. So bayar jelah upah dari dok berebut tu. Dahla aku mudah pening kalau ramai2 orang. Memang sejak dulu aku macam tu sebab tulah aku tak suka pergi tempat ramai orang.
Hey sapa ada jual apron je? Laki aku nak pulak. Dia pun nak bergaya. Alah Dato' Rizalman, keluarkan balik apron kulit tu... |
Mac
Beli set kutleri untuk travel RM3, pencuci pinggan mangkuk silicone RM1.30 satu, aku beli 6 terus...dan penerap biskut RM8.90. Kau macam2 kan....
Eh eh sikitnya shopping..bagusla PKP ni kan jimat..laki dah bagi duit untuk beli barang..sampai la ni aku beli buat payment. Barang dah pilih..tapi covid 19 ni aku malas la nak beli dari China. Aku beli dari local jelah..tapi pastikan tak beli dari seller yang tulis pre order 30 days. Tu dari China gak tu.
mana gmbr selfie pakai monopod tu ahkak? hehehe
BalasPadamsalam PKP tahun 2020., ;p
Kena scroll galeri hp ni yang malas..
PadamBanyaknye belian time PKP ni.
BalasPadamsama je PKP ke tak..memang suka beli online. Haha.
PadamSaya sejak PKP lagi seronok beli online. Kat rumah sentiasa ada orang, kan. Sehari kadang-kadang sampai 3 kali orang delivery hantar.. Haha!
BalasPadamMesti asyik menunggu kat pintu kan..
PadamRisau nak membeli sekarang ni takut barang lambat sampai
BalasPadamitu memang tak dapat elak..
PadamDuduk rumah diam diam tapi jari tak leh dok diam..ade je nak dibeli. ye lah tak boleh keluar rumah kita shopping online je :)
BalasPadamHaah..tapi ni dah 3 minggu tahan diri tak beli apa2 ni.
Padamhaha samalah kak, saya pun macam2 dah beli ni. Habis PKP nanti boleh buka kedai dah kot?
BalasPadamTunggu update pembelian seterusnya. Hahaha..bukak kedai malampau kau dik..nak ganti MR DIY ke.. haha
Padam