Berubah Sudah Bilik Anak-anak
Memang ambil masa nak mengubah. Mula2 nak kena plan. Nak susun atur macam mana. Susunan mesti memudahkan pergerakan anak2 ni. Maklumla seorang 6 tahun. Seorang 2 tahun. So memang lasak. Hari2 dok pujuk Aqlan untuk pindah bilik. Bagitahu dia tak boleh tidur dengan Ibu dah. Aqlan dah besar...dia akan jawab haaaa? Aqlan ni memang manja tak pernah pisah tidur kecuali masa aku kat hospital la..paling2 tinggi dia akan tidur dengan Abah dia. Pastu kang dia cari aku balik. Kadang2 boleh rasa ada jari2 halus lembut dok mengusap tapak tangan aku. Kan syahdu titiber.
Yang Aqeel masih kecil masih menyusu. Tapi nak ajar dia pisah tidur cepat memandangkan dia ada abang so bolehla buat teman. Hmmmm.. boleh ke..
Terus terang cakap aku memang nak pisah tidur dengan budak2 ni. Aqlan tu kami dah bagi dia katil lain dalam bilik kami. Tapi malam2 dia akan naik jugak katil kami. Sudah tak muatla jadinya...risau pulak terpenyek. Aqeel kadang masuk buai terus tidur lena sampai pagi. So Aqlan memang happy la boleh peluk2 aku. Adoi manja sangat ni.
Bilik ni sementara je. Bilik ni paling kecik la antara 3 bilik di tingkat atas. Ada satu bilik lagi ditingkat bawah nak buat bilik pejabat dan belajar. So akan jadi library kecil. Eh tercerita sudah..hahaha..
Dulu bilik ni mentua duduk. Bila mentua dah remarried so mentua dah balik Ipoh duduk rumah sana. So kadang2 bila mentua datang memang beliau tidur di sini. Akibat PKP ni juga maka sapa2 pun tak datang jadi kami pun plan la nak buat bilik budak2 sementara. Bilik satu lagi penuh barang . Tunggu clear baru jadi bilik budak2 dan bilik ni akan jadi bilik tamu la.
So sebelum ni katil disusun dua tingkat, atas tu jadi tempat simpan bantal dan cadar2 je. Memang tak guna sebab seram dekat dengan kipas siling. Tangga pun kami letak ke arah dinding sebab Aqlan suka naik. Risau ahhh..lepas tu adik dia pula lahir..lagila risau. Jadi ada almari mentua, almari budak2, rak buku mentua dan budak2 serta tempat sidai tuala. Ada juga beg2 travel letak kat sini. Kira bilik ni penuh barang kumpul habuk aja.
Aqlan ni dia suka teman aku tengok rancangan deko2 kat HGTV. So dia suka ubah2, renovate, buat baru dan cantik2 macam bilik hotel. Tengok rumah Rizalman pun dia dah mula plan nak rumah macam tu. Adoi.. InsyaAllah nak, kena rajin usaha la. Jadi sebab nak suruh dia pisah tidur maka aku kenalah come up with this plan. Haha. Satu permintaan dia. I want aircond. Because if not it's gonna be hot. Eeee..mintak kat Abah hang la....dah sedari kecil tidur dengan aircond kan. Haaa amik..
So mulalah aku cari design yang sesuai untuk depa. Warna especially. Nak katun2 ka..roket ka...atau terus LELAKI. Ha aku kalau boleh takmo kena beli ubah deco banyak kali. Duit bukan cop ya. So aku cari yang sesuai untuk boys la. Berlambak je keluar kat Google pastu ke Pinterest.
Macam2 aku kenan..last sekali aku pilih putih dan kelabu sebagai main color. Sebab katil dah warna coklat gelap, dinding warna krim. Memang tak akan tukar cat sebab kami duduk rumah sewa je. Kalau cat terkupas kita cat balik warna asal. So bermulalah cari kat Shopee sampai 2 minggu baru order. Hahaha. Cerewet satu, nak yang berkualiti tapi mampu milik.
Beli semua dengan lain2 penjual jadi bila tiba lain2 hari. Tapi tak sabar tetap nak pasang walau2 satu2 diubah. So mula2 sampai ialah sarung comforter. Kemudian bedsheet. Pastu langsir. Last sekali baru sarung kusyen sebab dari China. Yang lain Malaysia aje.
Nak letak hiasan takla..tunggula pindah bilik besar sikit. Sementara tu macam ni ringkas sudah. Tak pening nak kemas. Aqlan tu puas gak hari2 pujuk suruh tidur di biliknya. Dia akan jawab..NO....lembut je pastu terus patuh arahan sebab tanak tidur asing.
Harga Barang2 Semuanya RM141.36 tidak termasuk pos. Kalau pilih poslaju mahal sikit tapi sokonglah...
Cadar RM18 × 2
Sarung Bantal RM7 for 2
Sarung Comforter RM19.80 × 2
Sarung Kusyen RM4.74 × 4
Langsir RM19.90 × 2
Yang lain semua dah lama...
Katil disusun begini sebab nak ada ruang untuk bermain. Memang lagi cantik kalau susun bersebelahan tapi ruang akan sempit |
Drawer baju harian. Baju jalan2 hang je. Tunggu laki gantung Mulig Bar IKEA tu. |
Budak kecik ni selalu jadi model sebab dia memang suka ikut ke mana sahaja. Untuk katil Aqlan yang dia tengah sandar tu. Katil dia ada penghadang. |
Aqlan minta aircond. Ambikla yang portable tu. Hehe sejak duduk Kg. Baru Ampang lagi guna tau. |
Akhirnya langsir sampai. Sekali jenis kain memang sama dengan sarung comforter. Puas jugakla cari..tu jadi lama memilih. |
Last sekali sampai gak sarung kusyen. Tapi size 45×45 jadi takde kusyen yang muat. So aku buat kusyen baru. Aku sentiasa ada bahan jahitan ya... |
Budak2 ni bukan perlukan kusyen pun tapi aku nak letak jugak bagi lawa. |
Warna kelabu dia tak sama kelabu sarung comforter. Asal ikut pallete sudah. |
Nak letak hiasan takla..tunggula pindah bilik besar sikit. Sementara tu macam ni ringkas sudah. Tak pening nak kemas. Aqlan tu puas gak hari2 pujuk suruh tidur di biliknya. Dia akan jawab..NO....lembut je pastu terus patuh arahan sebab tanak tidur asing.
Harga Barang2 Semuanya RM141.36 tidak termasuk pos. Kalau pilih poslaju mahal sikit tapi sokonglah...
Cadar RM18 × 2
Sarung Bantal RM7 for 2
Sarung Comforter RM19.80 × 2
Sarung Kusyen RM4.74 × 4
Langsir RM19.90 × 2
Yang lain semua dah lama...
Cantik corak cadar:)
BalasPadamCorak ni dah lama..mula2 nak ambik fishbone tapi takde matchy2 la
Padamkenapa x pakai double decker kan leh jimat space lg tuuh., ;p
BalasPadamwak...kang kepala kena kipas...
PadamNampak selesa dan kemas bilik mereka.
BalasPadamIbunya masih kena kemas mainan..haha
PadamKemas je.. nampak selesa sangat
BalasPadamselesa, kadang2 kita pun saja datang bilik ni lepak2 sambil tengok bebudak bermain2.
PadamNampak kemas..corak pun menarik
BalasPadamSimple je kan...
Padam