Jika ada yang masih ingat omelanku pasal order 11 barang dapat hanya 5..maka inilah kesinambungan dan pengakhiran ceritanya.
Ok siapa2 yang menemukan masalah macam aku bolehla buat macam aku buat..ni namanya teladan.
Bila barang kiriman dibeli ada masalah macam kes aku tak cukup 6 barang.. 6 barang oiiiii mana aku tak marah.. sila chat dengan seller terus. Ambil gambar sebagai bukti. Jangan nanti2 kan..sebab PENTING.
Dah la masa tu zaman PKP, jadi selalu aku dapat barang, penghantar barang akan hon2 dari luar rumah lepas tu dia akan letak atas batu pagar rumah. Tak pun letak atas batu tempat simpan sampah dan surat2. Tanak bersentuhan la kan.. paling haru depa baling tepi kereta bila kami takda dirumah. Tapi ni selalu J&T punya kerja. Hareyyy.
Dah ambik barang aku letak luar pintu rumah pulak sebab nak sanitize dulu. So aku akan belek kemudian.
Tapi....masa kes ni aku tak tahan tunggu. Sembur gak dengan Dettol tu dulu pastu terus buka. Memang ada gunting dah siap2 aku letak kat area pengumpulan barangan online yang tiba. Eleh korang pun terjebak gak.. jadi bila buka aku macam eh..macam tak cukup. Berkali2 aku cek. Aku dah macam tak senang duduk la..yang ada semua elok je takde yang rosak. Pembungkusan elok je takde kes macam ada orang buka ke apa sebab kalau beli barang dari luar negara macam China, barang akan dihantar oleh Shopee Van.
Terusla ambik gambar. Send ke seller la...seller ni pulak slow nak jawab. Aku tanya kang 2 or 4 jam kemudian baru jawab. Dah tu dia minta pulak ambil gambar bar code. Aku buat. Dia minta 1 je aku bagi 5 barcode terus. Sebab ada 5 barang..kang dia ingat aku tipu. Aku cakap kalau takde barang aku nak refund. Kalau barang nak dikirim berasingan pun bagitahulah...ni apa note pun takdak.
Maka bermulalah sessi "sembang" yang agak panas. Slow giler jawab.. dia kata nak cek dengan stor people..terus aku dapat tangkap dia ni reseller atau dropshipper la. Ambik order je, store yang bungkus barang dan pos. Malas tau aku nak citer satu2 tapi aku tahu korang tu dah terpancing nak tahu apa aku buat dengan seller ni kan... kan..
So 12 May aku dapat barang, selalu 3 hari kita diberi masa untuk tekan butang received barang kat Shopee Apps tu kan. Kalau lepas 3 hari tak tekan jugak, Shopee akan release payment terus ke seller. Aku dah gelabah masa tu. Tatau nak buat apa.. siap dah DM Shopee ambassador tapi aku delete message tu cepat2 before dia baca or seen. Haha..sebab aku rasa buat apa tanya depa..baik aku tanya Shopee terus..so aku pun terusla tekan butang...pada 14 May untuk minta refund. Si seller dispute 15 May. So adala discussion between aku, seller dan pihak Shopee.
Memang la tak besar amaun dituntut tapi mana boleh biarkan. |
Si seller ni banyak dalih. Dia kantoi bila cakap lebih kurang maksudnya begini "base on weighing of product we delivered to you, we believed that its only 2 or 3 product is missing". Kepala otak kau..mana boleh guna base on berat barang..kenapa tak bagi delivery note ke apa..or invoice..ha tulah nak jadi seller tapi bodoh..kau nak tipu bekas pekerja kira2 ni kau silap la..masa tu aku memang nak menyembur aje tapi aku sabar..kat sini memang aku tulis apa aku nak cakap kat dia tapi aku tak tulis.
Shopee minta bukti. Aku bagi, siap screenshot perbualan dengan seller. Lama wei..29 May baru ada agent khas untuk kes aku. Aku between that date memang aku tanya2 juga seller tu..apa citer kes ni diam je..dia memang diam..hangin mak tau..
Siap delivery man mesej aku nak tunjuk bukti dia hantar.. |
Last2 11 June Shopee mesej aku depa akan kreditkan balik duit untuk barang yang aku tak dapat. Alhamdulillah.
Moral of the story..
- Beli barang jangan banyak2 dengan satu seller.
- Bila barang diterima tak memuaskan hati, chat dengan seller. Jangan tekan received items. Tekan REFUND/RETURN. (Waaaa aku ada satu kes lagi waaaaaaaaa...tapi barang poslaju yang simpan aku nak kena menjawab before 20 June nak kena extend Shopee waranti..)
- Elak beli dengan dropshipper la. Depa ni pun kadang2 terkena dengan pihak yang menguruskan barang tu. Sebab tu kena ada ilmu.
- Better chat before buy and pay la. Aku memang selalu tekan terus beli je..dah kena ni padanla..teladan kan.
So aku pun dah dapat balik duit tu. Aku tak habaq la sapa seller tapi aku memang ada review kat sana. Hahaha...1 bintang sudah untuk experience dengan seller. Barang yang aku beli dengan dia pun lagi 2 tak guna lagi..sebab tu hiasan untuk bilik anak2.
bengang kan kalo order brg tapi service x memuaskan nafsu.. huhuhu
BalasPadamAlhamdulillah..dapat duit semula
BalasPadamKita ada hak, kita bayar tau hehe
BalasPadamAlhamdulillah dapat semula duit
BalasPadamOkay good tips beli barang jagan banyak-banyak dengan satu seller hehehee...
BalasPadamJenis seller susah nak bawak bincang ni memang kena push lah kan. So far refund shopee tak ada masalah sebelum ni. baru baru ni tengah tunggu refund sebab dapat barang rosak.
BalasPadamSelagi dia pulangkan kita ok je.. jangan berdalih dan janji kosong. Ingat ni bukan percintaan dengan orang..hahaha.
Padam