Shopee Kotak Duit
Melayan pulak aku tengok AC buat live untuk Shopee Kotak Duit 26hb lepas. Untuk pengetahuan kalau kau nak join masuk senang je..simpanla nombor cabutan..sebab cabutan dibuat Isnin hingga Khamis sampai 12.12.2020.
So sambil berharap Shopee call ko..dah angkat HP tu kena jawab 1 lagi soalan. Sebelum pilih kotak...so masa aku tengok tu..panggilan pertama tak dijawab walau Shopee dah call 2x. 2x je depa akan call ok. Next depa akan call nombor lain pulak. Sebelum tu dia cabut 4 nombor sahaja. Nasibla nombor siapa dia akan call..kertas cabutan tu pun dia minta pengundi vote nak buka sampul nombor berapa.
Ok..Kali kedua Shopee call..so owner tu angkat. Dari JB. Dia kena jawab apa gambar belakang dari note RM1. Dia jawab betul...so next AC minta dia pilih abjad dari kotak2 yang ditandakan dengan hurup2 dari ejaan SHOPEE..maka dia pilih hurup E merah. AC tanya final ke...dia jawab ye..nak pendekkan cerita AC offer dia ambik RM500 takyah buka kotak. Dia tanak..offer pulak RM1000 pun dia tanak. Last2 buka...dia hanya dapat RM12. Adoiiii...
So hari tu huruf S la yang ada nilai RM12,000. Lain2 ada RM120, RM1.20, RM1,200 dan RM0.12..hahaha kotak untuk AC 12 sen..hahahaha lawak juga AC aku tengok malam tu.
Ok ni bukan artikel berbayar. Aku cuma tulis sebab kot korang scroll2 Shopee bolehla amik nombor..nasibla nombor korang naik..sedia jelah..hahaha..depa akan call jam 9 malam Isnin hingga Khamis. Tapi nombor hari2 tukar tau. Mana tahu anda lebih kaya RM12,000 hari ni berbanding semalam. Cehhhh..
Black Friday aku tak beli apa pun... layan tv ajoh. Tapi sebelum tu sempat buat vadey dan frozen kan. 50 biji dari 1kg kacang dhal.
aduh rupanya rm12 je rezekinya huhu
BalasPadamSudah tertulis kan.
Padam