Legoland Again
This year kami pergi lagi sebab itulah gunanya ambil annual pass kan. Bukan murah ya so gunalah semaksimum mungkin. Cuma sebabnya jauh nak pergi tu more than 400km jadi dapat pergi 2 kali sahaja. Itupun kenalah plan sebab semuanya perlu teratur.
Tempat Menginap
Kali ni kami tak tidur di Hotel Legoland. Cukupla tahun lepas dah tidur 4 hari 3 malam. Puas dah. Memangla senang sebab parking dan nak access ke Legoland tersangat mudah tapi kosnya tinggi.
Memang menjadi hal aku yang cari tempat tidur ni. Bila fikir2 semula almost every vacation aku la yang jadi tukang cari tempat tidur yang affordable. Laki aku bagi aku buat pilihan tapi aku rujuk dia balik la. Dia pun nak senang juga.
Kami pilih Elysia Park Residence. Hanya sejauh lebih kurang 3km ke Legoland. 1 studio house apartment. Which is comfortable untuk kami 4 orang.
Parking
Disebabkan kali ni tak tidur dekat Hotel Legoland, parking jadi satu keperluan besar. Maksudnya kami nak berjalan kaki ke Legoland tu dalam jarak sedekat mungkin. Kalau parking di dalam Hotel dan bukan menginap maka harga parking ialah RM50 sekali masuk. So kalau nak guna juga masukla dan jangan keluar2 sehingga rasa perlu. Jadi kami try parking di Mall of Medini. Kami sampai hari Ahad dan dapat free parking. Jalan tak jauh dan mudah access ke Legoland.
Esoknya hari Isnin kami datang lagi. Dan disebabkan Aqeel dah start tak sihat kami cari parking lebih dekat. Jadi kami parking di area Ben's Independent Grocer yang merupakan anchor tenant Mall of Medini. Rate dia 1 jam pertama RM1. Jam ke-2 RM5, Jam ke-3 dan seterusnya RM10. Jadi pandaila2 nak budget masa tu.
Untuk pemegang annual pass Legoland ada sediakan parking sekali masuk RM10 dan boleh redeem free parking tiket. Tapi kalau takde annual pass tak dapatla redeem tapi caj parking sekali masuk RM10 berbaloi, cuma sangat jauh like lebih 1km kot kena berjalan. Kami dah try tahun lepas sebelum check in Hotel Legoland so yeah no... kesian sangat pada orang tua dan kanak2.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.