Bilik sewa pertama selepas keluar dari uni ialah dalam rumah kuarters kakak aku tinggal. Sebab aku kata sewa aku tak tinggal free. Aku bayar pada kakak ikut duit aku ada. Boleh macam tu? Masa tu mula2 kerja gaji seribu je. Kakak aku pun paham kot. Sebelum tu aku kerja sebagai volunteer di Petrosains lagila kurang gaji tu sebab gaji dibayar per hour.
Kemudian kakak aku kena ikut suami dia berpindah ke Butterworth so aku pun kenalah keluar cari bilik sewa lain. Masa tu memang kadang dah rasa penat berulang alik kerja dari Bangsar ke Ampang. Jalan kaki dulu ke Stesen PUTRA-LRT kemudian naik bas dari Ampang Park sampaila depan Ampang Point. Hari2 ada overtime balik lewat..letih wooo.. kalau train rosak kena naik bas 2x ke 3x letih weiii..
Jadi lepas mencari2 dengan gigih tu aku last2 sewa bilik rumah kedai. RM200 sebulan termasuk api air. Oklah kan dekat naik bas 1x je. Jalan kaki pun takla lenguh sebab mendatar. Masa kat Bangsar turun bukit ya. Aku pindah lepas beberapa bulan beli kereta. Lampu depan kena curi, cover rim tayar pun curi adoila. Tapi itu bukan masalah besar..ada seseorang buat something kat pakaian dalam aku. Ah....baik aku cabut. Oh ya pencuri dalam rumah pun 1 hal. 2 pasang kasut aku dia curi. Aku selamba je cakap dengan tuan rumah ada budak bawak lelaki masuk bilik sebab tuan rumah tegas. Sebab tu aku nak keluar sebab aku rasa tak selamat. Kita ni keluar masuk bilik ke bilik air manalah nak tutup aurat..ada pulak jantan tak guna tu.
Jadi bilik sewa kedua tak susah sangat cari..dapat rumah flat Kemboja namanya. Ada lift. Tak ingat berapa tingkat. Sign agreement sebab owner sewa rumah tu dia budak akaun. Apa2 jelah aku pun account. Dia ni details dan meticulous. So bil air dan letrik semua bayar sama rata..rumah dia ada mesin basuh separuh auto tu so boleh guna. Dia tinggal dengan mak dan adik dia. Tak kisahla..tapi bila 1 hari aku keluar bilik dalam keadaan mamai ke bilik air dah basuh muka baru perasan ada lelaki tidur di ruang tamu.. aku pun rasa aneh2. So yes aku pindah la lagi. Bilik sewa ni pun RM200 sebulan ok jer..tapi seluar Giordano aku kena curi gak kat sini masa sidai di luar rumah, hampeh. Letihla..
So bilik sewa ketiga lagi senang sebab ada orang nak keluar tengah cari orang nak ganti so aku masukla..bilik sewa RM180 je. Yuhooo paling murah dan ada pak guard lagi dan kolam renang. Aku pun happy2 la beli mesin basuh dan peti ais. Dapur juga ha ko..siap masak2. Tong gas bagai. Aku suka duduk sini walaupun rumah paling atas..6 tingkat takde lift ya. Takde masalah2 aneh. Aku keluar sebab aku tak mampu la nak bayar rumah sorang2 sebab akak bilik master dia dah nak keluar sebab rumah dia dah siap buat. Memang dia bayar paling banyak rumah tu total RM650 sebulan. Bahagi 3 oklah. Sebelum tu dia ada minta untuk cover bilik 1 lagi bila yang duduk situ nak keluar sebab nak kawen. Last2 kawan aku masuk dia nak tinggal situ lepas kawen. Oklah kan..tu pun dia dah tolong bayar bilik kosong tu padahal dia masih menyewa kat rumah lain. Aku pun keluar dengan happynya.
Aku sewa rumah kali ni sorang2. Malas dah nak hadap macam2 perangai. Aku dah matured ek hahaha. Rumah ni kawan aku tolong cari. Rumah kuarters guru sekolah Cina. Pelik kan..rumah baru tapi takde cikgu nak duduk. Kisahnya rumah lama dirobohkan. Depa buat baru, so sementara tu kena cari rumah lain, then cikgu dah malas nak pindah balik. Aku masuk pun sebab kawan aku kenal dengan admin sekolah kalau tak jangan harap ya. Masuk rumah kena cucilah pening siap samak wei. Rumah kotor gila sebab bawak masuk kasut habis bertanah bagai. Rumah baru tapi dah hudoh sebab penyewa sebelum tu contractor dia tak bayar sewa RM330 sebulan. Apoooo.. dudukla situ sampai aku kawin dan beranak satu sebelum akhirnya aku berhenti kerja dan pindah duduk rumah yang husband dah sewa sejak bujang. Last bayar sewa rumah tu RM450. Still affordable ada 2 bilik dan 1 bilik air.
Now aku duduk rumah yang husband dah sewa hampir 20 tahun kot? Aku dah kawin dengan dia 12 tahun. Masa 2012-2015 ulang alik hujung minggu je. Penat pack dan repack takyah cakap. Ada pulak budak kecik tu barang dia lagila banyak kena pack. Kenangan betul.
Dah 10 tahun budaknya. Dia tak ingat pun rumah tu. Masa keluar umur dia baru 1 tahun 6 bulan. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.