Ahad, 2 Julai 2023

,

Legoland! Here We Go!

Lama kami merancang. Aqlan pun selalu tanya bila boleh pergi.


Bila aku baru kahwin laki ajak pergi. Masa tu tahun 2013 dan kami pergi pun guna kupon Mamee. Jadi setelah dapat diskaun tiket tak cecah RM100. Legoland pun masih kecik lagi. Aku dan laki masa tu pun mood honeymoon aje. Amboi throwback pulak ya.

Setelah Aqlan lahir kenalah tunggu at least dia cecah 100cm. Jadi barulah banyak permainan boleh cuba. Kemudian lahir adik Aqlan bernama Aqeel. Jadi kena tunggu dia cecah 100cm juga. 

Oh ye dia cecah 100cm lepas hari jadi ke 5 tahun ni ya..2023..elok 10 tahun lepas kali terakhir aku ke sana dengan laki.

Pergi Legoland bukan murah. Belanjanya banyak. Lagi2 ada anak 2 orang pun kena berkira. Perjalanan ke sana pun ada perbelanjaan makan, tol dan minyak. Dah sampai di sana tidur dulu apartment luar Legoland sebab dah sampai petang...tak guna datang sebab time operasi jam 10 pagi hingga 6 petang. Sewa apartment 3 bilik sebab keluarga mentua ikut sekali. So kami semua ada 8 orang. Esoknya baru check in bilik hotel Legoland. 

Laki belikan annual pass terus untuk kami berempat sebab harga lebih jimat dan boleh datang sesuka hati dalam tempoh setahun. So kami datang beratur untuk collect pass jelah. Lepas bayar secara online tu akan ada email minta hantarkan gambar. Jadi setiap pass ada gambar masing2 jadi tak bolehla orang lain guna pass tu..cumanya kat sini kami park mula2 di tapak parking biasa RM10 per entry. Ambil kad parking Legoland jangan pakai TnG ke atau kad2 lain. Sebab boleh claim semula bila nak check in hotel Legoland. Lepas tu bawakla masuk kereta parking bawah kereta..kalau tak per entry RM50 ya. Pakai annual pass ni dapat up to 30% discount terpilih untuk pembelian dalam premis Legoland. Dan sewa bilik hotel termasuk sarapan pagi which is heavennnnnnnn...tapi aku tak ambik gambar banyak dalam restaurant sebab aku nak makan sarapan haha.

Legoland ni elok pergi 4 hari 3 malam baru puas. Paling besar theme park..tu pun ada yang tak masuk sebab dah keletihan. Serius besar. Yang paling kecik Sealife la. Which is budak2 ni memang laju je area tu cepat2 je nak keluar..sabo jelah..and water park tu 1 day habiskan kat situ last day terbaik sebab muka kau akan burnnnn. Dan letih yang amat main air ni ya. Mak dah 46 okay..bukan 36 macam 10 tahun lepas. So tenaga tu kurang dan jadi penakut sikit. So cerita Legoland akan jadi banyak part sebab gambar banyak tapi takla nak upload semua. Kot one day anak aku nak baca blog aku kan..tiber dia rindu gituhhhh. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.