Isnin, 30 Disember 2019

Colmar Tropicale French Village, Bentong, Pahang

Setiap kali balik Koyan mesti lalu lebuhraya KL Karak dan nampak je signboard ke sini. Tapi inilah kali pertama datang seumur hidup ni. Haha.

Lepas siap semua hal2 di Raub, laki tiba2 ajak ke sini. Sebab semata2 nak datang sini memang tak. Tapi sebab dah alang2 lalu dan masih ada masa jadi pergilah sekejap.

Masa sampai dah jam 5 lebih. So Japanese Garden dah tutup.  Rabbit pun jam 5.30 petang nak tutup. Tak kisahla..so tiket masuk:-

RM16 dewasa
RM8 kanak2 12 tahun ke bawah
Baby Aqeel masih free.
Dapat kupon makan RM7 setiap tiket dewasa dan RM4 setiap tiket kanak2. So RM18. Tak boleh redeem di Starbucks, 7E dan apa tah lagi satu..tak perasan.

Cuaca redup so bestla jalan2. Parking tu masa kami masuk lift rosak so menapak turun dalam 2 tingkat. Kalau siapa bawak stroller masa tu memang penat jugakla nak mengusung kan.

























































Yang paling happy datang sini Aqeel. Sebab dia asyik berjalan ke hulur ke hilir. Abah dia jaga. Aku pulak jalan2 dengan Aqlan. Hehe.

Puas bergambar Aqlan lapar so kami ke restoran yang boleh redeem guna kupon la. Food sangat so so. Jadi bil RM28 kena bayar RM10 je setelah ditolak total kupon RM18. Sorry to say makanan tak worth it jual RM22.. nasibla labu budak tu makan juga cuma memang tak habis. Setakat hilangkan kelaparan je.

Lepas tu sambung jalan2 lagi. Sebelum maghrib kami nak bertolak. Ok village ni buka sampai 10 malam.

10 ulasan:

  1. petang pon ramai org kat situ erk.. sonok tuuu

    BalasPadam
  2. Views cantik.
    Tak pernah sampai sini lagi.
    Itulah pernah gak baca reviews pasal food kat sini harga tak worth it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep. Bawakla food sendiri. Beli pun sebab ada kupon makan.

      Padam
  3. tak pernah sampai sini lagi walaupun kerap lalu masa nk balik kg.. cantik sungguh view dia :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikutkan nak bergambar sampai malam tapi bawak budak2 rasa tak elok pulak.

      Padam
  4. ya Allah. bestnya. kami belum sampai lagi ke situ. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 42 tahun baru sampai. Padahal laluan balik kampung tu.

      Padam
  5. sy suka Bukit Tinggi tapi mak tak gemar sngt jadi malas nak ajak dia kesana.
    i like sbb calm dan x banyak aktiviti buat so boleh relax..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak rilek2 tak dapat sebab baby tu berlari2 laju kita pulak yang risau dia jalan ke mana2.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.