Khamis, 5 Mac 2020

,

ڤڠومومن ڤنتيڠ. إيسوق ساي كلوار دالم رنچڠن بورق كوڤيتيام TV3

Pengumuman Penting. Esok Saya Keluar Dalam Rancangan Borak Kopitiam TV3.

Saya pun tak akan sangka, Ainin dari Borak Kopitiam, sebuah rancangan bual bicara santai di TV3 menghubungi saya pada hari Isnin jam 7.25 pagi.

Eh kita cakap saya ya..


Semua proses sangat cepat. Isnin dihubungi melalui DM. Ainin bertanyakan koleksi tin Shell saya. Aneh.. saya fikir dia berminat hendak beli atau scammer, maafkan saya Ainin.

Saya kerap dihubungi scammer, malah pada Sabtu lepas saya dihubungi melalui nombor handphone mengatakan saya ada tuntutan di mahkamah.
Keyword:

  • Sabtu, 
  • dihubungi menggunakan nombor handphone, 
  • ada ringtone lagu cina dan 
  • suara seperti dirakam. 

Hello.... saya banyak tengok cerita penyiasatan la. Terus block.

Ok fast forward, rakaman selesai jam 6.00 petang Rabu.



Soalan saya pada Ainin bagaimana dia dapat reach saya?  Google pengumpul tin. Ramai je pengumpul tin tapi saya yang respond dulu katanya. Wahhh..

Esok Jumaat rancangan Borak Kopitiam akan bermula dari jam 8 pagi. Saya tak tahu segment saya minit ke berapa. Kalau ada masa marilah menonton..

Suami ada merakam saya waktu ditemuramah. Bila dengar suara sendiri rasa tak mampu nak teruskan. Hahaha.

Bagaimanapun saya harap esok tidak mengecewakan Ainin dan team; Rudy, Siva dan Ani. (Maafla kalau eja nama salah). Semoga producer dapat melihat bakat Ainin.

P/s. Kalau terlepas boleh tengok balik di YouTube TV3 dan FB Live TV3.

Mehla tambah bilangan rating kat rancangan Borak Kopitiam.

14 ulasan:

  1. wahhhhh.. syabas veta.. hahaha. tahniah babe. ada faedah kumpul tin

    BalasPadam
  2. wahh ahkak dh jadi retiss tuuu., tahniahnyerr.,
    esok pagi kol 8 wak dh keje yer., hahaha nnti leh tgk youtube je la

    BalasPadam
  3. ohmaiiiiii tahniah kak.. dah jadi artis ke camni ni..hobi mmg rare pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai siapa masuk TV semua artis ke. Kekekekeke..

      Padam
  4. wahhh.. sayang akak tak dapat tengok langsung.. nnt akak tengok youtube ye..
    kalau ada lebih2 tin nnt akak pass kat Anis.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.