Al-Quran pertama aku masa umur 9 tahun arwah bapak yang bagi untuk dibawa ke asrama. Al-Quran itu tak tahu ke mana bila aku bertukar asrama. Sebab kami biasa letak Al-Quran di tempat umum. Boleh share baca semasa di surau madrasah.
Aku dapat kitab tafsir Al-Quran bila aku nak masuk matrikulasi. Masa tu umur dah 22. Arwah bapak siap bawak aku pergi beli kat Jalan Masjid India tahunan 1999. Beli sebab dalam peraturan kena ada tafsir Al-Quran. Beli saiz kecil je. Tapi terjemahan bahasa Indonesia.
Tafsir Al-Quran aku dah didedahkan sejak umur 10 tahun lagi. Aku baca kak Dewi punya. Seronok baca. Especially kisah nabi2. Aku ni suka sejarah. Jadi masa kat sekolah menengah aku suka bila nampak ustazah bawak tafsir Al-Quran sebagai bahan rujukan pelajaran pendidikan Islam.
Jadi bila dah ada sendiri aku lagilah kerap membaca. Cuma sekarang aku dah lama tak baca kitab tu sebab tulisan dia aku makin tak nampak. Kabur. Rabun dekat.
Tahun 2010 aku dapat 2 kitab Al-Quran. Mula2 dari Zcat. Masa tu tahla dia ajak aku keluar makan. Balik makan dia bagi aku tafsir Al-Quran. Pun terjemahan bahasa Indonesia tapi lebih besar. Aku pun termangu2. Terkulat2. Tak pernah keluar dengan lelaki, balik dapat Al-Quran. Masa tu kawan2 aku nampak aku letak atas meja diorang pun apa lagi....haaa apa lagi terima jelah...eh belum apa2 la..lagipun dia kata dia bagi sebab ada orang jual.
Kemudian masa bulan puasa aku dapat satu lagi kitab Al-Quran daripada bekas tenant. Pun aku termangu2. Al-Quran ni special..siap ada pen dan earphone. Kau tunjuk ayat2 Al-Quran tu dengan pen elektronik yang disediakan nanti ada yang bacakan. Aku jaga baik2 wooo...bateri kena keluarkan kalau dah simpan.
Yang terbaru aku dapat masa selepas aku menikah dengan Zcat. Ustaz pada Zcat yang bagi. Uh uh....berat ni banyak orang bagi aku Al-Quran.
Aku tengah baca Al-Quran yang ini sekarang. Yang buat keronyok tu si Aqlan la. Dia nak jugak walau dah diberi Muqaddam. |
Dan alhamdulillah aku dah khatam beberapa kali dengan kitab2 Al-Quran yang aku dapat. Jadi pemberi2 Al-Quran, aku mengucapkan terima kasih banyak2 kerana dengan pemberian kamu semua..aku sedar lebih lagi bahawa membaca Al-Quran itu adalah wajib. Kena menuntut ilmu tajwid lebih dalam ni. Lebih2 lagi bila sampai yang 5 harkat atau 6 harkat tu aku selalu confuse. Eiii geramnya...dengan diri sendiri.
Apa pun....aku berharap untuk dapatkan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu beserta tafsir yang lebih dalam. Dalam fikiran aku buat masa ni aku nampak Al-Quran Amazing.
alhamdulillahh., semoga dipermudahkan dan dimurahkan rejeki senantiasa., aminn
BalasPadamAmin..
PadamALHAMDULILAHHH.. semoga lebih mahir dalam membacanya ye.. sambil lebih mendalami maknanya...
BalasPadamMujahadah ni.
PadamHumm..bestnye....teringin nk dptkn satu. Skrg ni ada slm fon..
BalasPadamDapatkan...sangat bernilai.
Padamalhamdhulillah..muga di permudahkan..
BalasPadamInsyaallah
Padam