Rabu, 14 Disember 2016

,

Akhirnya Aku Dapat Koleksi Penuh Tin Shell Sempena 125 Tahun Di Malaysia

Terima kasih kepada Encik Zcat sebab dia yang belikan semua koleksi tin 125 tahun Shell di Malaysia ni.!!


Maybe orang lain dah lama dapat kumpul. Aku sebenarnya last week lagi dah dapat full collection tapi entah tak update lak. Hehe.

Masa untuk kumpul tin ni agak lama....tin kecik senanglah..pastu tin sederhana...pastu tin dia saja sorang2 takde geng...pastu baru tin2 besar..semua tin ni dibeli di Shell area rumah je.

Tin paling besarlah paling lama nak dapat. Sebab nak kena beli minyak hitam.. tapi dengan kepandaian dan budi bahasa Zcat dia dapat beli tin tu tanpa beli minyak hitam pun. Kena tunggulah promosi habissss... kemudian tin yang berlambak2 kat kedai tu baik diorang let go. Buat penuh stor diorang je. Sape pun yang suka sangat kumpul tin macam aku..tak ramai kot.

Memang masa koleksi Lego keluar cepat je habis..nasib aku tak minat sebab hobi kumpul lego macam common. Haha aku kan luar biasa.

Udah lepas ni kita cari koleksi tin lain pulak. Ada la tu kang pergi merayap kat Supermarket.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.