Ahad, 9 Disember 2012

Barang Hantaran Merisik

Kami pada mulanya tak bercadang memberi hantaran sebab keluarga Zcat hanya datang untuk merisik. Tapi dia hendak mebawa tepak sirih dan cincin. Kemudian mengikut kata mama dia hendak membawa manisan. Setelah berbincang akhirnya aku dan Zcat akan bertukar hantaran 5 berbalas 7.

Pencarian hantaran bermula apabila kami dah list down kan apa nak diberi. Daripada aku;


  1. Apam polkadot
  2. Buah anggur
  3. Cupcake
  4. Songkok
  5. Kain pelikat
  6. Kain pasang untuk nikah
  7. Biskut bangkit








untuk buah anggur

untuk apam polkadot

untuk cupcake

Semua hantaran ni berdasarkan cadangan Zcat. Aku ikutkan saja.

Manakala daripada Zcat pula;
  1. Sepasang baju nikah
  2. Coklat
  3. Buah-buahan (strawberi, kiwi, dan plum)
  4. Sebentuk cincin merisik
  5. Kuih bakar kemboja

untuk diisi buah-buahan





Kemudian memikirkan tema hantaran, aku mahukan light pink & light green. Dan aku bercadang menggubahnya sendiri. Maka pencarian membeli bahan2 untuk membuat bunga gubahan pun bermula.

Kami ke 2 kedai Bunga Reben di Jalan TAR, ke kedai Fah Lean di Balakong, Mydin Jalan TAR & Subang untuk membeli peralatan menggubah, reben2, bunga2 tiruan dan bekas2 untuk mengisi makanan. Aku juga ke Econsave Kajang untuk membeli anggur pada harga yang murah – betul2 sehari sebelum hari aku dirisik.

Aku juga beremel dengan teman2 rapatku, Ann & Reen untuk bertanya dan update persediaan merisik. Mereka berdua dengan senang hati menyumbangkan apam polkadot & cupcake sebagai hantaran. Aku sangat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan mereka berdua.

Di Jalan TAR juga kami ke Wisma Yakin untuk membeli songkok & kain pelikat buat Zcat. Kami tak pandai menawar banyak. Jadi songkok baldu dari RM65 dapat RM60. Kain pelikat dari RM60 dapat RM50. Zcat pula menambah wang sendiri untuk membeli sehelai lagi kain pelikat kerana warnanya sangat cantik.

Kembara mencari kain pasang untuk nikah sangat jauh. Sehingga ke Shah Alam. Namun tiada apa pun dibeli kecuali sehelai selendang untuk majlis merisik. Aku pun cuma bercadang memakai baju kurung yang ditempah. Kain tu diberikan oleh emak, dan emak memang mahu aku pakai ketika dirisik.

Dan akhirnya aku berkenan dengan sepasang kain baju kurung chiffon berwarna off white yang sudah siap berjahit di salah satu butik di Ampang Park. Dari harga asal mencecah RM300.00 baju itu dapat dibeli pada harga RM200.00 sahaja. Dan itu juga minggu terakhir untuk beli kain yang memang murah  dari seorang pembantu kedai yang akan tamat kontrak bekerja pada keesokan harinya iaitu 16 Mei 2012! Hah, sudahnya Zcat terus ke ATM dan membelikan untuk aku pakaian tersebut pada hari itu juga. Hari tu aku bercuti sebab nak ambil keputusan ujian darah. Alhamdulillah. Paras kolesterol dah turun 5. Zcat gembira sambil berkata, “bakal isteri saya sihat..” hehehe.

Pada hujung minggu kami keluar mencari kain pasang untuk Zcat pula. Disebabkan aku lupa bawa kain pasangku, maka kami tak jadi membeli. Aku cadangkan Zcat beli sahaja tapi dia tetap mahukan kain itu dibawa bersama baru boleh beli. Sudahnya kami bertekak dan aku sentap sekejap. Sambil Zcat terus memandu untuk ke Masjid di Wangsa Maju. Kemudian kami berjumpa kawannya Izwan(Maharisi Design) sebab Zcat nak pinjam dulang hantaran.

Keesokan hari kami ke Gulati’s Subang untuk membeli kain pasang. Aku pun dah bawa bersama siap2 kain baju nikahku untuk dipadankan warna. Senang je dah dapat padanan. Selepas diskaun, aku membayar hanya RM80.00 untuk 5 meter kain chiffon. Kemudian kami melihat2 kain untuk resepsi. Kot2 ada yang cantik dan harga berpatutan.

Pada minggu terakhir, aku siap menggubah bunga2. Hatiku puas melihat hasil kerja tangan yang serba ringkas dan membayangkan bahawa Zcat gembira menerimanya. Ialah aku dapat tahu dia hantar ke kedai, mestilah lagi cantikkan.

Cincin Merisik

Zcat dan aku banyak ke kedai barang kemas untuk melihat cincin yang sesuai untukku. Dari ratusan hingga ribuan ringgit. Sebenarnya semasa lawatan ke kedai emas Sri Pinang di Semua House, KL, aku dah berkenan dengan sebentuk cincin emas bertatahkan batu sapphire dihiasi dengan zircon. Tetapi disebabkan Zcat mengajak aku meninjau juga ke kedai2 lain, aku ikutkan katanya.

Akhirnya aku tetap mahukan cincin sapphire itu sementelahan pula itu adalah minggu terakhir jualan gudang iaitu pada 31 Mac 2012. Cincin batu sapphire biru membuatkan aku teringat2 sepanjang minggu…maka yang itulah bakal terselit dijariku.

cincin merisik


Kursus Nikah

Langkah pertama kami setelah lamaran dibuat, kami menghadiri kursus kahwin yang diwajibkan kepada semua bakal pengantin Malaysia. Setelah memilih tempat, kami memilih untuk berkursus di Menara LPPKN Jalan Raja Laut, KL.

Kursus hari pertama pada 24 Mac 2012. Zcat datang menjemput, dan aku sempat menggorang kuew tiaw untuk sarapan pagi. Dalam keadaan kelam kabut masuk ke kereta, aku terpijak tahi anjing/tahi kucing? Aish habis sneaker adidas aku…tapi nanti samakla. Takkan nak buang, lagipun Zcat yang belikan.

Sampai di tempat kursus kami mendaftar dan mengisi borang menghadiri kursus. Menulis nama pasangan dan membuatkan aku tersenyum gembira.

Setiap kali kuliah bermula, kami mesti mengisi borang kehadiran untuk memastikan kehadiran penuh 6 tajuk kuliah.

Pada waktu lunch aku dan Zcat melihat peserta beratur panjang, jadi kami ke dewan solat dulu. Kemudian bila hendak makan, semua sudah habis. sudahnya makan kuew tiaw ajelah. Kami bagaimanapun dapat menjamah kuih muih ketika minum petang. Kuliah tamat jam 7 malam dan kami solat Maghrib dulu sebelum keluar membeli-belah di Jalan TAR sambil melihat2 kedai menjual cincin untuk merisik nanti.

Sebelum balik, kami sempat solat Isyak di LPPKN. Senang.

Hari kedua kursus start lebih awal sebab ustaz nak habiskan jam 1 petang. Jadi semuanya pantas. Isi kuliah kelakar dan lebih penting – hal nikah cerai.

kursus nikah


Tamat kursus kami membeli beberapa buah buku agama sebagai rujukan. Diskaun menarik diberikan. Sijil diberikan seminggu kemudian dengan harga RM80.00 (yuran kursus).Untuk menempah kursus, sila rajin2 menelefon pengendali kursus. Jadi jimat tak perlu datang untuk tempah... Parking kereta di bawah Quality Hotel. Tiket parking, dapatkan stamp daripada pihak hotel mengatakan anda datang kursus, jadi dapat harga flat rate, RM8 ke RM6. Kalau tak dapat stamp tiket memang pengsan nak bayar parking...yelah dah berapa jam kan..


Lamaran

Aku dilamar Zcat pada tepat jam 12 malam ketika sambutan tahun baru 2012 di The Strand, Kota Damansara, Selangor. Di tengah-tengah kebisingan muzik dan lagu yang dimainkan. Tidak disaksikan sesiapa, tapi katanya “sudi tak kawin dengan I?”.. dan aku menjawabnya “sudi.”

lamaran

lamaran

lamaran

Tiada bunga atau cincin klise seperti filem Hollywood. Atau makan malam yang fancy. Atau pakaian yang cantik. Kami berdiri mengadap pentas konsert dan menggerakkan badan & kaki bersama ribuan pengunjung lain.

Selesai konsert kami ke Pelita Uptown Damansara, minum-minum tea tarik dengan kawan Zcat; Sham & Senah.

Rabu, 5 Disember 2012

Sabtu, 1 Disember 2012

Best Western Wana Riverside Hotel, Melaka

Ini tak dapat dikira sebagai honeymoon kot. tapi jalan2 di Melaka, memang seronok. kami ke Melaka sebab esoknya nak pergi kenduri di Segamat, Johor....

biliknya besar

paling penting dapat katil size King.

TV sekadar tengok filem2 biasa..atau dengar lagu..


ya penting ada ironing board. sebab esoknya nak pakai baju kurung bagai..

tandas bersih. biasa masuk hotel tandas no 1 untuk dicek.

ahaaa...planning merendam mesti adaaa

luar bilik terus nampak cruise

bandar Melaka

malamnya kami pun pergila ke River Cruise ni nak naik malam pulak. dulu masa bujang aku naik siang dengan mak, adik & keluarganya.

cuti sekolah. orang memang ramai tapi tak ramai sangat. sebenarnya boleh je dapatkan perkhidmatan dari hotel kami untuk ke sini. tapi kami lebih suka memandu sendiri. kemudian  boleh berjalan2 ke tempat lain pulak

suasana

yeah jom pergi