Langkah pertama kami setelah lamaran
dibuat, kami menghadiri kursus kahwin yang diwajibkan kepada semua bakal
pengantin Malaysia. Setelah memilih tempat, kami memilih untuk berkursus di
Menara LPPKN Jalan Raja Laut, KL.
Kursus hari pertama pada 24 Mac 2012. Zcat
datang menjemput, dan aku sempat menggorang kuew tiaw untuk sarapan pagi. Dalam
keadaan kelam kabut masuk ke kereta, aku terpijak tahi anjing/tahi kucing? Aish
habis sneaker adidas aku…tapi nanti samakla. Takkan nak buang, lagipun Zcat
yang belikan.
Sampai di tempat kursus kami mendaftar dan
mengisi borang menghadiri kursus. Menulis nama pasangan dan membuatkan aku
tersenyum gembira.
Setiap kali kuliah bermula, kami mesti mengisi
borang kehadiran untuk memastikan kehadiran penuh 6 tajuk kuliah.
Pada waktu lunch aku dan Zcat melihat
peserta beratur panjang, jadi kami ke dewan solat dulu. Kemudian bila hendak
makan, semua sudah habis. sudahnya makan kuew tiaw ajelah. Kami bagaimanapun
dapat menjamah kuih muih ketika minum petang. Kuliah tamat jam 7 malam dan kami
solat Maghrib dulu sebelum keluar membeli-belah di Jalan TAR sambil melihat2
kedai menjual cincin untuk merisik nanti.
Sebelum balik, kami sempat solat Isyak di
LPPKN. Senang.
Hari kedua kursus start lebih awal sebab
ustaz nak habiskan jam 1 petang. Jadi semuanya pantas. Isi kuliah kelakar dan
lebih penting – hal nikah cerai.
Tamat kursus kami membeli beberapa buah
buku agama sebagai rujukan. Diskaun menarik diberikan. Sijil diberikan seminggu kemudian dengan harga RM80.00 (yuran kursus).Untuk menempah kursus, sila rajin2 menelefon pengendali kursus. Jadi jimat tak perlu datang untuk tempah... Parking kereta di bawah Quality Hotel. Tiket parking, dapatkan stamp daripada pihak hotel mengatakan anda datang kursus, jadi dapat harga flat rate, RM8 ke RM6. Kalau tak dapat stamp tiket memang pengsan nak bayar parking...yelah dah berapa jam kan..
tempat sama aku kursus nikah :))
BalasPadamyang tak tahan 2 hari tu takde air-cond...
BalasPadamMasa kursus kami jer umur above 30an, lain sume 30 ke bawah. Masa ustad pngil nama bgi sijil last day, siap tepuk blakang husband aku ucap tahniah
BalasPadamaku dan adzman pun usia terlebihhh..hehehe
PadamPas tu sume tgk aku sbb aku dtg ngan dia. Malu bagai.. Tak leh lupa time tu.
BalasPadamZmn skang ramai kawin awal. Alhamdulilah brtemu jugak jodoh kita kan wpun lmbat.
BalasPadambetul tu, masa aku dulu pun...kemain muda belia je yang lain. terasa diri dah tua pun ye jugak hihihi
BalasPadamusia bukan ukuran..yang penting kematangan..hehe
PadamAkhirnya kita lepas gak beb... Dah dpt sijil mcm percaya tak percaya. Umur 35 bru pegang.
BalasPadam