Ahad, 9 Disember 2012

Lamaran

Aku dilamar Zcat pada tepat jam 12 malam ketika sambutan tahun baru 2012 di The Strand, Kota Damansara, Selangor. Di tengah-tengah kebisingan muzik dan lagu yang dimainkan. Tidak disaksikan sesiapa, tapi katanya “sudi tak kawin dengan I?”.. dan aku menjawabnya “sudi.”

lamaran

lamaran

lamaran

Tiada bunga atau cincin klise seperti filem Hollywood. Atau makan malam yang fancy. Atau pakaian yang cantik. Kami berdiri mengadap pentas konsert dan menggerakkan badan & kaki bersama ribuan pengunjung lain.

Selesai konsert kami ke Pelita Uptown Damansara, minum-minum tea tarik dengan kawan Zcat; Sham & Senah.

5 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.